#5 Dengarkanlah Hatiku

19 1 0
                                    

Pada malam ini, Arlonsy Miraldi atau lebih mesra disapa Oncy akan datang ke banglo mewah Sufia dan Azran untuk mengajar Adyan subjek Matematik. Adyan sangat lemah dalam matapelajaran Matematik.
Ketika Sufia mengajar Adyan membantu Adyan buat kerja sekolahnya, begitu jelas Adyan tidak tahu menjawab soalan Matematik. Berkerut seribu dahi Adyan. Adyan menggarukan kepalanya yang tidak gatal bila tidak tahu menjawab soalan Matematik itu. Kalahkan perdana menteri yang sedang fikirkan masalah negara

Mungkin dengan adanya bantuan daripada Cikgu Oncy, prestasi pelajaran Adyan meningkat sedikit.

"Assalamualaikum," Oncy memanggil salam lalu menekan butang loceng
"Waalaikumsalam," Sufia menyambut kedatangan Oncy
"Subhanallah, cantiknya Fia harum wanginya bagai bunga bermekar." Kata Oncy dalam hati
"Anda Fia tahu apa isi hati aku kini, betapa bahagianya hati ini namun apakan daya, aku hanya mampu cintai Fia dalam hati. Hanya Tuhan sahaja yang tahu jikalau aku sungguh mencintainya." Kata Oncy lagi dalam hati

Oncy sangat rapat dengan Adyan. Adyan budak kecil yang menghormati orang tua. Selain dari itu, Adyan ringan tulang itu disebabkan, guru-guru di sekolah Adyan menyayangi Adyan.

Oncy mengajar Adyan diperkarangan banglo mewah yang didiami oleh keluarga itu. Perkarangan itu dihiasi dengan kolam renang, daun-daun hijau pokok-pokok subur. Bunyi air terjun dari kolam hiasan sangat tenang. Fresh rasanya bila ulangkaji disini...

Sufia menghidangkan PizzaHut beserta air hot choclate kepada Oncy dan Adyan. Sebelum Oncy datang, Sufia sempat mengorder PizzaHut melalui online laman web PizzaHut Malaysia. Adyan mesti bertambah semangat untuk belajar.
Sufia :"Jemputlah makan ya."
Adyan :"Yeay! Pizza! Laparnya pula..." (Terus terasa lapar bila terhidu aroma Pizza Hawai Chicken yang sungguh terliur)
Oncy :"Susah-susah je Fia,"
Sufia :"Tak susah pun. Makan ya. Saya masuk ke dalam dulu." (Katanya sebelum meninggalkan Oncy dan Adyan)

Jam menunjukkan pukul 10:30 malam. Masanya untuk Oncy balik ke rumahnya. Waktu Tuisyen Adyan telahpun habis.
Besok cuti, bolehlah bangun lewat.

Sebelum Oncy pulang ke rumahnya, Oncy berborak kosong dengan Sufia dihadapan pintu.
Rasa ini, aku tidak pernah rasa sebelum ini, satu getaran jiwa hebat bergetar bila Sufia didekat aku
Oncy mempunyai satu getaran jiwa bila Sufia dekat dengannya. Apakah Oncy telah jatuh hati dengan Sufia? Tapi, mustahil jika aku mencintai diri nya kerana Sufia sudah punya keluarga. Dia telah jadi milik Azran

Oncy sangat mencintai diri Sufia sejak kedua kali mereka berdua bertemu di sekolah Adyan. Namun, Oncy hanya mencintai Sufia dalam hatinya tidak mampu untuk ungkapkan rasa cinta yang selama ini tersimpan di lubuk hati.

***

"Adyan, tinggal di rumah sekejap ya? Mama nak hantar barang customer dekat-dekat sini je. Sekejap je. Adyan jangan merayap ke mana-mana pulak." Kata Sufia pada Adyan. Kotak-kotak disusun rapi Sufia memeriksa dulu barang yang dibeli oleh pelanggan supaya tidak berlaku kesilapan penghantaran barang.
"Okay Mama becaful tau." Kata Adyan
"Ok sayang (mencium dahi anaknya) . Ingat, kalau orang yang tak kenal datang rumah kita jangan sekali-kali Adyan bukak pintu selain papa faham?" "Faham mama. Adyan nak tolong mama angkat kotak-kotak ni?."
"Boleh. Tolong mama angkat bawa masuk ke dalam kereta,"
Adyan membantu mamanya itu mengangkat kotak-kotak untuk diletakkan di dalam kereta

Pintu bonet kereta ditutup setelah semua kotak-kotak di masukkan ke dalam bonet itu.
"Kalau Adyan lapar nak makan, mama ada masak Mie goreng dekat dapur. Mama pergi dulu ya bye sayang." Sufia melambai tangan kepada Adyan sebelum kereta yang dipandu oleh Sufia itu meninggalkan banglo itu
Adyan sikit-sikit boleh berdikari tapi Sufia minta pertolongan juga kepada jiran sebelah supaya memantaukan Adyan yang tinggal keseorangan di rumah itu

Mischievous GirlWhere stories live. Discover now