Kini, Adyan tinggal bersama dengan Azran. Pada hari ini, Sufia dibenarkan oleh doktor pulang ke rumahnya
Along sangat marah bila mendapat berita bahawa Sufia dan Azran telah bercerai. Abang memang jenis orang penyabar orangnya tetapi along tidak...
Pada petang itu, Kak Mawar serta abang Ashraf ambil Sufia dari hospital
"Mari Fia. Kakak hantar Fia rumah abang ya? Kakak perlu bertolak ke Korea besok kakak kena ikut suami kakak.."
Sufia mengangguk perlahan tanda fahamDan kini juga, Sufia harus menjalani pantang selama 44 hari selepas keguguran anak akibat daripada pendarahan yang berlaku. Sufia sangat berduka. Sekarang, banyak dugaan yang mendatang dan orang-orang yang Sufia sayangi pergi menghadap Ilahi. Aku tidak setabah Sumayyah. aku hanyalah manusia yang lemah dan hanyalah insan kerdil.
Abang Ashraf menolak kerusi roda Sufia ke dalam rumahnya. Kini, Abang Ashraf dan isterinya menetap di kediaman mereka kerana kediaman itu kini rasmi diatas nama abang.
Kak Sakinah menolak kerusi roda Sufia ke dalam kamar tidurnya. Sekarang, kak Sakinah akan memanggil bidan kampung untuk bantu Sufia dalam menjalani pantang
Abang menghantarkan Kak Mawar ke hadapan pintu rumah
"Abang tolong jagakan Fia ya? Besok mawar kena ikut abang pergi ke Korea sebab family abang ada buat majlis pertunangan kakak dia disana. Mawar simpati sangat apa yang berlaku pada Sufia. Kalau Mawar lah berada di tempat Fia sekarang, mawar tak sanggup nak lalui semua ini. Orang-orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita satu persatu."
"InshaAllah, abang dengan Kak Sakinah kamu akan jagakan Fia. Besok Mak Bibah akan datang ke rumah ni untuk bantu Sufia dalam jalani pantang," kata abang
Kak Mawar menyalami tangan abang sebelum meninggalkan kediaman rumah itu.Hari ini adalah dimana Sufia harus menjalani pantang selepas keguguran didalam kamar tidurnya
Sekarang, Sufia hanya terbaring di atas katil. Dia tidak boleh terlalu stress. Mak Bibah menuamkan benda panas (abu hangat yg di
bungkus dgn kain,)
yg didemahkan pada bahagian tubuh yg
sakit. bertuam menggunakan tuam utk
memanaskan (bahagian yg sakit).
menuam menekan-nekan bahagian perut Sufia yg
sakit. Kini, Sufia harus sentiasa memakai baju lengan panjang dan stokin untuk mengelakkan daripada sejuk...."Kita orang perempuan kalau dalam pantang selepas keguguran, kena titik beratkan dalam kesihatan diri. Orang selalu ambil remeh-temeh dalam hal ini. para
ibu yang alami keguguran perlu mengambil makanan
yang seimbang, berkhasiat, dan elakkan
makanan yang berminyak, berlemak atau yang
terlalu manis. Seeloknya, banyakkan
pemakanan yang berkhasiat seperti sup panas,
susu panas, oat, buah kurma, kismis, sayur
sawi dan ikan selar serta minum banyak air
suam..." Jelas Mak Bibah yang berpengalaman luas dalam bidan
"Ni, saya ada buatkan ramuan herba untuk kamu. Eloklah kalau diminum.." Mak Bibah menghulurkan segelas air ramuan herba pada Sufia setelah selesai tuamkam pada bahagian perut Sufia
Sufia mengambil gelas dari tangan Mak Bibah nampak aneh minuman herba ini lalu Sufia menghidu air itu sebelum diminum
Baunya tidak sedap sama sekali.
"Kenapa bau dia macam ni?." Tanya Sufia pada Mak Bibah
"Memang bau air ramuan herba ni begini. Elok tau untuk kesihatan..." Jelas Mak Bibah
Sufia memang tidak serasi dengan ramuan herba ini atau lebih tepatnya tidak pernah diminum sama sekali. Itulah kali pertamaMak Bibah menempekkan daun-daun sirih yang telah ditumbuk sehingga lumat di atas bahagian dahi Sufia. Rambut Sufia diikat sanggul tinggi...
Itu adalah steap terakhir yang Sufia jalani pantang selepas keguguran hampir lebih kurang 3 jam"Saya minta diri dulu ya. Terima kasih lah kerana sudi panggil.."
"Saya yang patut berterima kasih kepada Mak Bibah sebab sudi bantu saya..."
Seketika itu kak Sakinah memasuki ke dalam bilik tidur Sufia
"Ha, Mak Bibah nak balik dah?." Tanya kak Sakinah
"Hmm, kerja dah selesai. Mak Bibah minta diri dulu..."
"Jemputlah minum petang dengan kami Mak Bibah dekat ruang tamu.." Kak Sakinah pelawa Mak Bibah
"Ish tak apalah terima kasih jelah. Mak Bibah nak balik dulu hari hampir senja ni. Assalamualaikum." Kata Mak Bibah sebelum meninggalkan ruang bilik tidur Sufia
"Waalaikumsalam,"

YOU ARE READING
Mischievous Girl
RomanceCover By Myself •Mendaki tangga ke #10 ranking in (TWINS) & • #52 ranking in (PERCINTAAN) Love, it's hard to believe if somebody in felling better than enough above The lastest Times. Cinta yang berputik tidak mahu terhenti. Bintang yang tidak te...