#8 Melukiskan Bayangmu

25 1 0
                                    

Pembonceng motosikal Honda EX5 itu meragut tas tangan yang dipegang Sufia. Sufia cemas dan panik meminta pertolongan tanpa disedari oleh Sufia, dia menangis sambil meminta tolong.

"TOLONGGGG!!!... TOLONGGGG!!!..." Tiada sesiapa yang dengar jeritan Sufia. Bagaimana ingin balik ke rumah Alongnya di Port Dickson? Habis segala wang, telefon bimbit, dan IC nya yang didalam tas tangannya disamun oleh peragut yang menunggang motosikal Honda EX5 tadi.

Ketika Sufia tergesa-gesa d ingin menyeberangi jalan dalam keadaan Sufia panik itu, bunyi hon kereta  memanjang kuat kedengaran dan...

Sufia accident, dia dilanggar oleh sebuah kereta. Orang yang telah melanggar Sufia cemas seketika melihat jasad Sufia tidak sedarkan diri dengan berlumuran darah diatas tar jalan raya lalu orang itu meninggalkan jasad Sufia begitu sahaja. Malang nasib badan, orang yang melanggar Sufia kabur tidak mahu menolong Sufia menghantarnya ke Hospital dibiarkannya sahaja. Mujurlah tidak lama selepas itu, ada dua insan berhati mulia membantu Sufia dan bergegas membawa Sufia ke Hospital bagi merawat Sufia yang cedera parah di bahagian kepalanya. Orang yang telah melanggar Sufia itu melanggar Sufia dengan kuat membuatkan jasad Sufia terpelanting kuat ke tepian jalan.

Habis kulit badan Sufia tergesel calar-balar diatas tar jalan raya.  Dengan pantas dan berhati-hati, tubuh Sufia yang tidak sedarkan diri itu dipindahkan ke atas katil beroda oleh beberapa orang jururawat lelaki. Tiub pernafasan diletakkan di hidung Sufia agar dia boleh bernafas dengan baik lalu katil beroda itu ditolak beberapa orang nurse tangkas masuk ke dalam bilik unit rawatan kecemasan.

***

Azran mendapat panggilan telefon dari Hospital. Jururawat yang menghubungi Azran menyatakan kepada Azran bahawa isterinya Sufia terlibat dalam satu kemalangan langgar lari. Semua orang tidak tahu bahawa Sufia dan Azran sudah bercerai tidak lagi sepasang suami isteri. Selama ini orang melihat kebahagiaan mereka berdua jelas terpancar di segenap ruang angkasa. Ombak laut memukul pantai juga bercerita tentang betapa keikhlasan cinta mereka yang menyatu dengan kasih suci DARI SATU HATI. Bulan dan berjuta-juta bintang di angkasa yang tidak terkira jumlahnya menjadi saksi akan kesetiaan mereka berdua. Sedih hati Azran bila mendapat berita buruk itu. Dia yang berdiri tadi terduduk pilu diatas sofa ruang tamu. Lagi pula, Azran dipanggil untuk merawat Sufia kerana dia yang lebih pakar.

"Adyan, tinggal dengan auntie Zara sekejap ya?."
"Papa nak pergi ke mana? Papa pun nak tinggalkan Adyan juga ke?." Tanya Adyan pilu
"Tak sayang papa ada hal urgent sangat di Hospital. Papa cuma sekejap je. Adyan tak boleh ikut."
"Okay papa," Adyan tidak membantah
"Papa cuba call auntie Zara,"

Azran cuba untuk menghubungi nombor telefon Emma iaitu jiran sebelah rumah nya. Beberapa kali Azran cuba untuk menghubungi nombor telefon Emma kali ketiga baru dapat dihubungi.

Azran menamatkan panggilan telefon setelah dapat menghubungi jiran sebelah nya
"Auntie Zara tak ada dekat rumah. Adyan boleh tinggal sorang-sorang di rumah kan? Anak papa berani kan? Kali ini papa minta tolong sangat-sangat. Kalau Adyan perlu apa-apa, hubungi papa terus. Papa akan pastikan CCTV dalam rumah kita sentiasa berfungsi supaya papa boleh mengawasi Adyan walaupun dari jarak jauh."
"Ok papa. Adyan berani tinggal sorang-sorang. It's ok papa pergi je."

Azran menghantar Adyan masuk tidur ke dalam bilik tidur Adyan. Sebelum Azran keluar dari rumah itu, Azran perlu memastikan Adyan dalam keadaan yang selamat. Masa Azran meninggalkan bilik tidur Adyan, Adyan pura-pura tidur didepan papanya. Padahal Adyan tidak boleh tidur tanpa adanya mama dan papanya.

Azran mencium dahi anaknya itu "Thanks verry much Adyan. Papa keluar dulu besok pagi baru papa balik." Kata Azran sebelum meninggalkan bilik tidur Adyan

Mischievous GirlWhere stories live. Discover now