0.01

154 9 5
                                    

"Oppa!" Changmin yang tadi membaca buku memandang kearah suara itu lalu tersenyum melihat adiknya.

"La..Oppa tak siap lagi ke?" Kata adiknya lalu memuncungkan bibirnya. Merajuk lah tu.

"Oppa tak pergilah lagipun bukan ke kawan boleh teman kan?" Kata changmin lalu menyerabutkan rambut adiknya.
"Alah..oppa ni" changmin tersenyum. Dia suka tgk adiknya macam ni. Dasar pembuli.

"Alololo Yoobi oppa merajuk la" changmin pantas memicit pipi tembam Yoobi. Yoobi mengerang kesakitan.

"Sakitlah oppa" lantas dilepaskan pipi yoobi yang menjadi kemerahan disebabkan menjadi mangsa tangan ketam changmin.

"Oppa" panggil Yoobi tanpa memandang kearah Changmin. Dia hanya termenung keluar tingkap. Changmin memandang kearah Yoobi. Muka adiknya berubah sedih.

"Yoobi rindu Yurin" lantas muka changmin berubah. Dia terpaku bila nama yurin disebut. Mukanya lantas menunduk kelantai.

"Oppa minta maaf, semua salah oppa. Oppa buat Yurin macam tu.. betul kata Chan. Oppa kejam" lantas mata Yoobi memandang kearah Changmin dgn muka yang bersalah dia tak sepatutnya ungkit benda yang dah lama. Tapi dia benar ii rindukan yurin.

"Oppa..sorry Yoobi tak sengaja ungkit cite lama . Lagipun bende dah lalu, tak payah salahkan diri sendiri lagi" Changmin tersenyum gembira. Tak sangka adiknya memahaminya.

"Oppa keluar dulu, sorry tak dapat teman Yoobi gi shoping" changmin tersenyum lalu mengambil kunci kereta diatas meja lalu muka Yoobi dipandang sekilas dengan senyuman.

"Oppa..jangan lupa jumpa dgn chan. Bincang elokii" nasihat Yoobi. Sejak kemalangan yang berlaku keatas yurin. Chan iaitu kawan changmin selalu bertengkar.

Changmin tersentak . Pergerakannya terhenti sementara lalu memandang kearah yoobi. Dia tersenyum.

  Tak sangka Yoobi agak memahaminya. Sedangkan Yoobi tu kawan baik Yurin sejak kecil.

"Ok"

-------
P.O.V CHAN
Seperti biasa. Setiap hari minggu aku akan ketasik ni untuk bertenang, tiba-tiba aku teringatkan Yurin.

Ya yurin..

Dia benci aku ke? Dia dah tak sayang aku lagi ke? Ke dah tak cintakan aku lagi? Aku tak tahu nak cari jawapan kat mana. Kemalangan yang terjadi kat Yurin 5 tahun lepas selalu menghantui aku.

Selepas beberapa hari Yurin tinggalkan aku. Aku dibawa kehospital pakar sebab mengalami trauma yang teruk. Aku tak tahu sekarang aku trauma lagi ke tak.

Cuma yang aku tak boleh dengar ialah nama Yurin. Bila aku dengar nama yurin, automatik kaki aku mengigil aku berpeluh mata aku akan meliar kesana sini. Sebab kemalangan tu masih segar dalam ingatan aku.

Aku cuba tak berfikir tentang tu lagi. Sebab aku tak nak jadi gila lagi.

Aku terpandang lengan aku yang mempunyai sedikit kesan tercalar. Dulu bila trauma tu datang aku akan toreh tangan aku dgn gunting.

Sakit.

Memang sakit. Tapi masa tu aku rasa bersalah sangat. Sampai satu tahap aku nak bunuh diri. Trauma Aku makin kronik, tapi aku tanak pergi hospital tu.
Malas.

"Chan.." aku memandang kearah suara tu.

Changmin?!

--------

[ T R A U M A ] by ChanWhere stories live. Discover now