0.11

58 6 12
                                    

"Kan best kalau jun hyung dan minghao hyung ada sekali" automatik suasana menjadi sunyi. Seokmin yang sedang melayan drama turut tersentak. Chan mengetap bibirnya menahan sakit.Masing-masing termenung jauh mengingatkan mereka berdua.

"Chan .. " hansol tersedar dan terus memandang kearah chan. Perlahan-lahan chan menganguk kecil dengan kepalanyaasih lagi tertunduk.

"Hyung,mian chan punca semua ni, kalau chan selamatkan jun hyung dulu mes-" belum sempat chan menghabiskan ayat,seungcheol terlebih dahulu menyampuk.

"Chan tak bersalah pun, jangan salahkan diri lagi chan, hyung tak nak chan sakit lagi" mata seungcheol tertumpu kearah chan. Emosi sekarang bercelaru. Tv yang dibiarkan buka tanpa penonton .

Selepas hari Jun masuk hospital,sebulan mereka tak bercakap. Sebab berlaku pergaduhan antara satu sama lain. Dan chan membuat keputusan untuk berpindah kerumahnya. Kerana takut dibenci.

Minghao pula masih lagi tak dapat maafkan chan. Minghao dan jun terlalu rapat dahulu seperti abang dengan adik. Jun sudahlah satu satunya kawan senegara minghao mungkin susah untuk dia maafkan orang yang telah membuatkan sahabat karibnya itu sakit.

Disebabkan Jun koma, minghao tak dapat terima kenyataan dan selalu menyalahkan chan. Sampai satu tahap bergaduh teruk antara satu sama lain.

"Apakata kita pergi jenguk Jun esok?" Soal jeonghan membuka mulut lalu melihat adik-adiknya. Semua terbeliak gembira. Dah lama rasanya mereka tidak bersatu beramai-ramai.

"Aah,hyung boo baru nak ajak hyung tadi..tapi hyung dah cakap dulu." Seungkwan memuncungkan bibirnya. Vernon memandang seungkwan dengan pandangan i-n-g-a-t-c-o-m-e-l-k-e.

"Dkey free esok" kata seokmin lalu memandang kearah seungcheol. Biasanya yang paling sibuk seungcheol dalam banyak-banyak orang dalam rumah ni.

"Esok hyung boleh pergi tapi dengan syarat-" seungcheol terdiam seketika lalu menyambung ayat yang tergantung tu.

"Semua mesti ikut,termasuk minghao" mata semua terbeliak. Macam mana mereka nak bawak minghao sekali, sedangkan hubungan chan dengan minghao masih tegang. Takkan taknak ajak chan jugak. Kata semua.

"Tapi hyung.." soonyoung memberanikan diri untuk membuka mulut. Dia memandang kearah chan lalu menoleh kearah seungcheol semula.

"Macam mana dengan chan?" Soal hoshi lalu mengigit bibir. Chan hanya mampu menutup mulut dan mendengar kata kata yang diperbualkan.

"Pergi je nanti tahu tahu la aku " seungcheol menoleh kearah semua adik-adiknya lalu menyilangkan tangan.

"Yang aku nak korang ada semua esok termasuk chan dengan minghao" kata s.coups lagi. Semua menelan air liur.dorang bukan tak kenal hyung dorang. Chan mengeluh perlahan. Harap minghao dapat terima dia sebagai kawan lagi. Dia berasa bersalah seketika. Jika mahu diputarkan masa, chan nak betulkan keadaan.

"Hyung?"

-------

"Apa dia buat kat sini?" Soal minghao dengan nada yang sedikit tegas. Dia tidak memandang kearah chan langsung. Dia hanya memandang kearah seungchul.

"Minghao,bende kan dah lama. Chan pun mangsa jugak masa tu,minghao kena faham" kata seungchul lalu menoleh kearah minghao. Semua membisu tak dapat nak bercakap. Takut pergaduhan dulu timbul.

"hyung,hyung tahu tak dia ni PUNCA jun koma?!" Minghao memberontak lalu bangun dari sofa memandang kearah chan dengan perasaan marah. Sengaja perkataan ' PUNCA ' ditekankan Chan membeku. Matanya sedikit pedih.

"Minghao,maafkan lah chan. Lagipun jun masih hidup-" mata minghao membulat apabila jeonghan membuka suara. Dia tersengih sinis.

"TAPI DIA TAK SEDAR" kata minghao dengan tegas. Badannya mengigil menahan geram yang timbul. Chan menunduk.

"Maafkan aku hyung" kata chan lalu tersedu-sedu perlahan. Dia sedang menangis perlahan. Seungkwan dan soonyoung yang berada di sebelah chan menepuk belakang chan. Banyak chan tempuhi dari kecil.chan mengesat air matanya lalu mendongakkan kepalanya.

Minghao terpaku beberapa saat lalu melangkah pergi kebiliknya. Pintu biliknya dihentam kuat.Terkejut jihoon dibuatnya.Sampai terhinjut-hinjut.

"sekarang apa?" Soal jisoo yang melihat kejadian itu. Seungcheol mengurut kepalanya. Pening bila difikir. Bukan senang nak satukan semula semua orang.

"Chan tidur sini,tidur bilik jihoon dengan hoshi" kata seungcheol mengarahkannya.

"Korang, esok pukul 12 dah ada kat ruang tamu!" Jerit jeonghan lalu melangkah kebiliknya diikuti dengan wonwoo dan mingyu.

"Hyung nak tgk tv lagi ke?" Soal vernon kepada seokmin. seokmin mengangguk perlahan lalu memandang vernon dan seungkwan.

"Ouh,vernon ngan seungkwan nak join. Kitorang nak tgk citer nanti" kata seungkwan. Lalu memandang kearah jisoo, chan,soonyoung,jihoon,s.coups dengan pelik.

"Korang pulak nak buat apa kat sini?" Soal seokmin.

"Ouh,hyung nak tido pukul 10.10" kata hoshi lalu membuat muka. Jihoon yang disebelah mula menjeling hoshi.

"Chan pulak?" Soal vernon dengan lembut. Chan masih emo. Chan tersengih lembut lalu menjawab.

"Chan nak tidur lah, hyung nak pergi bilik sekali ke?"Soal chan kepada jihoon dan seungcheol. Dari tadi seungchul hanya terdiam berfikir.

"Haah,jom chan" ajak jihoon lalu meninggalkan hoshi dibelakang. Chan terus mengikuti jihoon. Jisoo juga mengikuti jejak chan.

"Alo,temanlah hoci" hoshi merayu dari jauh. Jihoon langsung tak melayan perangai kebudakkan hoshi. Dia memang gini,ngada2.

"Tak pe dkey ada" kata dkey lalu menepuk bahu hoshi. Seungcheol dihadapannya ditoleh.

"Hyung pulak?" Seungcheol menoleh kearah dkey. Lalu mengeluh kuat.

"Hyung ada banyak kerja lagi" kata s.coups lalu meninggalkan mereka. Dkey mengangkat keningnya lalu menyambung menonton tv disertai dengan vernon dan seungkwan.

--------

Apa kerja yang sebuk sangat tu cheol?

[ T R A U M A ] by ChanTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang