0.16

65 4 8
                                    

"Jun, apa khabar dia?" Kedengaran suara garau lelaki yang berada didalam talian tersebut. Ara memandang kearah Jun sekilas, sebelum kembali ketalian.

"Good, and still not moved like 5 years ago " ujar Ara kearah lelaki tersebut. Ara menoleh kearah Jun semula, pandangannya menjadi lemah.Sebelum dia mengalih pandangan kearah lain.

"Like stupid " tambahnya lagi. Mujur Jun masih tidak sedar untuk mendengar kata-kata kejam Ara itu.

"Haha, So macam nanti are you ready? Tatap lah muka dia puas-puas Ara sebelum dia mati" kata lelaki itu kasar berhabur sinis. Mana tahu mungkin itu kali terakhir untuk Ara melihat Jun. Ara tersenyum sinis.

"Of course, you know me right" jawab Ara dengan nada gembira. Sebelum wajahnya berubah menjadi serius semula. Mereka terus memutuskan talian, selepas lelaki itu berkata-kata beberapa patah ayat dan menamatkan panggilan.

Ara menutup telefonnya lalu melihat kearah sekunjur tubuh Jun yang kaku tidak bergerak. Mesin-mesin penting yang digunakan untuk membuatkan Jun untuk terus hidup dilihatnya. Bunyi mesin-mesin itu semakin laju ia terhasil daripada degupan jantung Jun yang cepat.

"Kau takut ke?" Soal Ara kearah Jun walaupun dia tahu yang Jun tidak ada daya kemampuan untuk berkata. Ara membongkokkan badannya supaya memudahkannya untuk berbisik dengan Jun. Wajahnya didekatkan ditelinga Jun.

"kalau kau tak mati haritu kau takkan terseksa macam ni, Jun. Dan aku tak rasa kau boleh bongkarkan apa yang berlaku 5 tahun lepas Jun, poor you sebab tanggung rahsia tu sorang-sorang, it's okey I will help you untuk tamat kan penyeksaan yang kau tanggung ni" bisik Ara terhenti apabila dia terdengar suara seseorang yang berbual sedang menghampiri mereka.

Ara pantas berdiri tegak semula, sebelum cermin mata hitamnya dipakai semula dan tersenyum lebar melihat Jun. Kakinya terus melangkah kearah pintu untuk keluar dari bilik tersebut.

Sebaik sampai didepan pintu wad, Ara menoleh kebelakang semula dan berbisik sesuatu dengan nada yang lemah sebelum menyambung langkahnya keluar.

XXX

(povYoobi)

"yoobi-shi?"

Aku menoleh kearah suara itu. Wajah pelik terdampar diwajahnya chan. mungkin tak jangka aku kat sini.Selepas sahaja Ara jumpa aku tadi,aku rasa risau kalau ara ada apa apakan chan. Sebab itu aku tunggu kat depan rumah dia. Agak melampau ke buat macam ni , aku sendiri tak tahu.

Badan aku mengarah kearahnya. Mata aku memandang jalan tar. Entah kenapa aku muncul rasa kekok diantara aku dengannya.Chan sedikit demi sedikit menghampiri aku lalu tidak berkata apa-apa seolah-olah mahu aku mulakan perbualan.

"Sebenarnya-" belum sempat aku menghabiskan ayat, secara tiba-tiba sahaja hujan renyai-renyai turun dari langit yang aku tak perasan langsung dari tadi dah gelap menunjukkan tanda-tanda hujan mahu turun.

Setitik

Dua titik

Tiga titik

Terus lebat hujan jadinya. Aku mula panik sebab tubuh aku bakal dibasahi oleh hujan. Chan yang berada dihadapan langsung aku tak hiraukan. Dan mungkin dia dah lari masuk rumah dia dulu.

Tanpa aku jangka, sebuah payung berwarna kelabu dihalakan diatas aku supaya tidak terkena air hujan yang sejuk itu. Tangan si pemayung iu dipandang sebelum aku memandang wajahnya.

[ T R A U M A ] by ChanWhere stories live. Discover now