0.06

62 8 8
                                    

"Hajima!"

Aku tak beberapa jelas suara tu datang dari mana.aku tersentak bila ada orang tahan aku daripada jatuh.Gigil aku masih tak berhenti.

Kepala aku tiba-tiba berdesing.Trauma tu datang lagi. Aku menutup telinga supaya tidak terdengar lagi desingan itu. Tapi ia makin bertambah.Aku tak tahu kenapa aku rasa bersalah. yurin maafkan aku...

"Jangan ganggu dia!" Aku hanya dengar sedikit demi sedikit sahaja kata2 gadis itu.dia mendepakan tangan seperti seseorang.aggrhh mungkin perasaan.sakitnya kepala.aku menekan2 kepala aku sedikit. berdesingnya masih ada.

"Kalau tak saya panggilkan orang suh teman awak keluar dari sini" kata wanita itu dengan tegas.aku hanya nampak ara seolah2 menyampah dengan gadis ni. Lalu dengab laju ara berjalan meninggalkan aku dengan gadis ni.

Gadis tadi yang menahan aku dari terjatuh tiba2 memeluk aku.Aku terkejut sedikit dengan tindakan doktor tu. Mungkin dia nak tenangkan aku.Belakangku diusap lembut.

Dalam beberapa minit aku dah stabil cuma agak lemah. Wanita tadi melepaskan pelukan lalu menghulurkan tangan untuk tolong aku bangun.aku menyambut tangannya.aku melihat sekeliling,nasib tidak begitu ramai yang melihat agenda tadi.

Aku terus menatap wajah wanita itu lama. Aku macam pernah nampak dia ni. Jap dia ni bukan ke..

"Saya lee Yoobi" kata yoobi lalu tersenyum mesra. Ya dia yoobi adik..changmin. aku menundukkan kepala kelantai. Jadi tadi dia yang peluk aku kan?

"Mari saya hantar awak balik" kata Yoobi dengan mesra. Aku terkejut sedikit. Dia nak hantar aku balik? Sebelum dia bercakap dia memandang aku atas bawah.

"Keadaan awak masih lemah, saya cuma nak tolong sahaja" kata yoobi lagi. Lantas dia menarik tangan aku. Aku terkejut. Aku tak dapat buat apa2 sebab aku masih loading.

Dia menarik aku hingga keluar dari hospital. Lalu memberhentikan sebuah teksi. Lantas dia masuk kedalam teksi lalu mengajak aku masuk sekali. Aku pun masuk dengan perlahan2.Ok dia cuma nak tolong aku je kan.

Endpov.
-------

Yurin memberi segelas air suam kepada Chan.tak sangka dia sekarang berada dirumah chan. Chan menyambut air itu dengan perlahan2.

"Te-terima kasih" kata chan dengan perlahan. Yurin tersenyum. Dia mengangguk kecil lalu melihat sekeliling bilik chan.

Rumah besar. Bilik yang cukup memuatkan apa sahaja perabut. Dihiaskan dengan tema warna hitam. Yurin sedikit cemburu melihat kekayaan chan. Tapi kekayaan chan pun tak membawa bahagia kepada chan. Dia menoleh chan yang sedang minum air di katilnya. Nasib rumah chan seperti dipinggir,tak de lah orang fikir bukan2.

"Chan saya balik dulu,maaf saya peluk awak tadi. Saya tak sengaja" kata yurin lalu mencapai beg galasnya. Dia menunduk hormat sebelum memulakan langkah keluar.

"Terima kasih untuk hari ni" kata chan dengan halus Tapi yurin dengar.Yurin berhenti seketika lalu menoleh kearah chan. Lalu tersenyum.chan tidak membalas senyuman dia hanya tertunduk.

"Sama2"yoobi tersengih lalu menyambung perjalan. Selepas keluar dari bilik. Yoobi berhenti seketika lalu menoleh kebelakang untuk melihat sama ada Chan masih melihatnya atau tidak.

"Ok tak" lalu yoobi memandang kehadapan semula. Dia tersenyum gembira. Akhirnya chan bercakap dengannya. Setelah lamanya dia mahu bercakap dengan chan. Akhirnya.

"Wow" yoobi menjerit kecil. Dia tak mahu chan dengar yang dia tengah memerhati sekeliling rumah chan. Dia menutup mulutnya lalu memandang kepintu bilik chan. Nasib baik chan tak perasan.

Yoobi mulakan lawatannya bermula dari dapur.sebenarnya dia terlalu teruja tak terhingga bila dapat masuk rumah chan.

Dapur yang berhiaskan dengan konsep kapal terlalu cantik dan unik. Memang sekali pandang macam hiasan bilik. Yurin melihat sekeliling dapur dengan teruja.

"Wow,dah duduk sorang2 ruginya" bisik yurin sendiri. Dia agak pelik dengan chan. Rumah sebesar mall tapi duduk sorang-sorang. Lantas yoobi berlari anak keruang tamu mesti lagi cantik.

Yoobi lantas menutup mulutnya kerana terlalu teruja melihat ruang tamu rumah chan. Ruang tamu yang berkonsepkan kapal selam yang cantik dipandang. Mungkin chan suka kapal. Sebab tu semua kapal. Cuma tu lah,bilik dia tak konsep kapal pun. Konsep bilik chan adalah konsep hitam.Bila tgk bilik tu macam sesuatu yang gelap dan tak dapat dijelaskan.

"Entah2 chan tu ada masalah psikologi" teka Yoobi sesuka hati.Dia terdiam seketika. lalu memandang kearah bilik chan.Dia terkejut melihat chan dibelakangnya.Habis bahunya terhinjut.

Chan tersengih sendiri lalu membuat muka biasa. Dia tak nak yoobi nampak dia tersengih sebab nampak Yoobi terhinjut. Chan ternampak yoobi mengigit bibir. Dia tersengih sedikit tak nak terlalu kerata.

"Awak tak balik lagi?" Soal chan tanpa melihat yoobi. Dia hanya melihat sofa diruangtamu.

"a-aah nak balik lah ni,k tata" lantas yoobi bergerak keluar pintu. Hampir ketawa chan dibuatnya. Dia tak sangka perangai Yoobi ni sebijik macam budak-budak.

'Jap chan kau baru je tersengih tadi'

Chan terdiam sendiri. Dah lama dia tak rasa bagaimana ketawa. Ya yoobi buat dia ketawa tadi.lantas chan menonyoh kepalanya.

"Aagrrh chan sedarlah dia adik changmin" kata chan lalu mengetuk-ketuk kepalanya. dia terdiam lalu melihat kearah pintu. Entah kenapa dia rasa mengharap Yoobi ada disitu.
Lantas chan menonyoh kepalanya.

-------

[ T R A U M A ] by ChanTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang