Yoobi terus bergegas ke wad kecemasan selepas mendapat mesej dari rakannya. Sebaik sahaja sampai, dia berhenti seketika untuk mencari kelibat seseorang. Terlihat kelibat orang yang dicari-carinya Iaitu Seorang lelaki berkot putih sedang berbual dengan seseorang. terus dia berlari kearah lelaki tersebut.
"Yah Jongsuk!" Panggilnya secara mengejut. Terangkat-angkat bahu Jongsuk mendengar sapaan mengejut Yoobi itu. Sempat dia menjeling tajam kearahnya sebelum menamatkan berbualannya dengan seorang wanita sekitar 40-an.
Jongsuk yang tadi tersenyum kearah wanita itu terus berubah mendadak apabila menoleh kearah Yoobi. Dia tersengih kecil sebelum wajahnya bertukar menjadi serius.
"Lambat nya kau , ingat esok baru sampai, lusa ke " sinis Jongsuk sebelum dia berjalan menuju kesuatu tempat. Yoobi yang masih serius hanya mengikuti sahaja langkah Jongsuk tanpa banyak tanya.
"Dah tu kau nak aku batalkan mesyuarat tu, mati aku kalau aku buat macam tu. Nak harapkan kau ganti memang tak ah" jawab Yoobi sebelum mereka sampai ke sebuah bilik wad sementara. Dari jauh kelihatan 2 orang dihadapan wad tersebut ,seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Yoobi memandang pelik kearah Jongsuk.
"Aku tak kisah kau lambat ke tak , masalahnya diorang tu dari tadi tunggu kau, aku suh balik dulu dia tak nak, diorang nak penjaga dia datang jugak kau tengok jam sekarang dah nak kol2 pagi kot " jelas Jongsuk sebelum dia beredar dari itu, sibuk la katakan.
"Gomawo Jongsuk-ah!" tiak Yoobi. Jongsuk mengangkat tangannya dan jarinya berbentuk 'okeh'. Cepat-cepat Yoobi menghampiri dua orang tersebut.
Dia menundukkan badannya. Sebelum meminta maaf atas kelambatan nya. Dia bangun semula dan memandang kearah lelaki tersebut.
"Maafkan saya sebab menyusahkan kamu berdua" ucapnya sebelum tersenyum kelat. Lelaki itu tersenyum sebelum mengangguk memahami situasinya.
"Tak apa kitorang pun tak de sangat benda nak buat jadi alang-alang tunggu lah" ujarnya. Perempuan dibelakang lelaki tersebut dilihatnya. Habis terkaku Yoobi melihat wajah gadis tersebut. Bibirnya automatik terketap ketat bagai digam kuat.
"Yu-yurin?" Bisiknya kecil melihat seorang perempuan yang bertubuh dan berwajah seperti Yurin seolah-olah sahabatnya itu hidup semula. Perempuan tersebut hanya tersenyum nipis kearah Yoobi apabila dipandang dengan wajah terkejut.
"Cik, cik tak apa-apa?" Soal lelaki yang berada didepan perempuan tersebut. Yurin sedar dari realiti semula, dia menoleh kearah lelaki itu tersenyum lalu mengangguk dan menipu bahawa dibaik-baik sahaja.
"Kalau macam tu kami balik dulu" kata lelaki itu lagi terus mereka berjalan melepasi Yoobi. Perempuan yang baru sahaja melepasinya dipandang dengan lebih dekat. Ya sebijik sangat macam Yurin.
Langkah perempuan itu terhenti sebelum menoleh kearah Yoobi semula.
"Cik kenal saya ke?" Soalnya. Yoobi tersentak seketika mendengar suara 'yurin' yang keluar dari mulutnya. Dia memaksakan diri untuk tersenyum sebelum berkata.
"T-ttak mungkin muka awak serupa dengan orang yang pernah saya kenal" tipunya. Dia kenal sangat. Tapi dia tidak mengangak yang perempuan itu menyoal sebegitu. Mungkin dia bukan yurin, ataupun mungkin ya.
Perempuan itu mengangguk lemah sebelum tersenyum dan menundukkan sedikit badannya lalu terus beredar dari situ.
Yoobi terus mengambil nafas dengan secukupnya. Dibetulkan semula peredaran nafasnya matanya tertutup seketika. Selepas itu dia terus membuka pintu wad lalu melangkah masuk kedalamnya.
Kelihatan sekunjur tubuh Chan yang masih lagi tidak sedarkan diri terbaring diatas katil. Yoobi melangkah menghampiri Chan dengan perlahan-lahan.
Mungkin sebab dia chan jadi bergini.
YOU ARE READING
[ T R A U M A ] by Chan
Mystery / Thriller[H] = {edit} •||Aku tahu walau lebar manapun senyuman kau, kau sorokkan kesakitankan yang kau alami. Btw macam aku||• 121018