Selesai sahaja mandi, aku minta Jimin keluar sebelum aku buka baju dan pakai tuala.
Aku keluar dari tandas dalam keadaan berkemban.
"Argh!" Jerit aku apabila Jimin berada di katil, main game tembak.
Macam mana aku tahu dia main game tembak? Volume tu haa, kalah budak jatuh tangga menangis. Kuat gila dia buka, dah boleh rasa macam dekat luar rumah ada orang tengah berperang dunia ketiga.
"Apa?" Hairan Jimin, dia letak telefon dia dekat tepi.
"Oppa tu, keluar! Jagi nak pakai baju!" Yelah, aku ingat dia dah turun pergi ruang tamu.
"Eleh, macamlah oppa tak pernah tengok." Kata dia lalu keluar dari bilik.
"Oppa!" Aku tengking dia.
Aku boleh dengar dia ketawa mengekek apabila keluar dari bilik. Ewahhh kejam!
• • •
Aku mengatur langkah menuruni tangga untuk ke ruang tamu. Aku perasan, Jimin ada di bawah dengan eomma dan appa Park.
"Eo, jagi dah siap?" Soal Jimin, dia letakkan cawan yang dia minum ke atas meja kopi.
"Dah." Jawab aku, ringkas.
"Okeylah, eomma, appa. Jimin dan Hyunrin pergi dulu." Kata dia.
• • •
Selesai bersalaman, peluk dan cium apa semua, kita orang naik kereta BMW milik Jimin. Uhusk, tak naklah ulang banyak kali, kembang pula hidung terasa bangga suami naik kereta mahal. Hee, tiber!
Perjalanan kita orang mengambil masa yang sangat lama...
"Sinaran! Mentari!" Nyanyi aku dalam kereta apabila cahaya matahari tu terang sangat. Burn baby burn...
"Jagi tahu tak yang jagi ni macam matahari?" Soal Jimin. Dah kenapa samakan aku dengan matahari ni? Aku nyanyi je kot-
"Kenapa pula?" Soal aku balik.
"Sebab bila oppa tengok jagi terus oppa cair macam ais krim. Lagi-lagi bila jagi senyum. Aduh, cairlah oppa!" Jawab dia. Acah sawitlah suami ittew.
Siapa nak? Ambillah. Acececey gurau je...mana boleh!
Aku alihkan pandangan ke luar tingkap, malu!
"Kenapa tu? Malu? Jagi ingat oppa tak boleh nampak jagi senyum melalui pipi jagi? Dahlah pipi merah." Kata dia.
Adudududududududuh, aku yang cair adalah!
"Tak ada maknanya." Kata aku, pandang dia dengan muka tu cover cool."Hmm..." Dia buat muka sedih. Alalalalalalalala comel!
"Oppa...lama lagi ke...bosanlah..." Kata aku.
Jimin mengangkat kening seraya memasang radio.
Aku tahu
Ini lebih dari cinta
Apalah kami jika bukan
Luar biasa
YOU ARE READING
[C] Mr. Sweet Talker | PJM
FanfictionCompleted - Editing Grammars --- Menceritakan kisah seorang lelaki yang selalu memberikan kata-kata manis kepada seorang gadis sejak sekolah. Gadis itu menganggap kata-kata manis yang dia berikan hanya untuk tujuan menenangkan hati lelaki itu. Jadi...