Dah hampir tiga bulan aku hidup bersama dengan Jimin. Tak lupa juga kandungan dalam perut tu, dah masuk dua bulan. Hari ni, YooJi couple teman aku pergi check up.
Si Jimin tu? Mestilah sedang sibuk dengan kerja dia di office PJH Entertainment tu. Sikit-sikit berkepit dengan kerja dia tu...
And guess what? YooJi couple dah kahwin dan anak dalam kandungan Jihyo dah masuk sebulan. So kira macam kita orang pergi buat check up sama-samalah.
"Hoi, Rin! Hyunrin! Song Hyunrin! Park Hyunrin! Woi!" Panggil Yoongi dari dalam kereta. Aku tengah duduk dekat gazebo tunggu kelibat YooJi couple, tak sangka dah sampai hehe.
"Oh, mian. Mengelamun jap." Kata aku sambil menggaru kepala yang tak gatal tu, cover malu.
• • •
"Chukkahae, Hyunrin! Kau dapat anak kembar!" Ucap Jihyo tak henti-henti. Yoongi yang rangkul pinggang Jihyo hanya memberikan 'gummy smile'nya tanda kegembiraan. Bukan senang nak tengok dia senyum macam tu, selalu serius je.
"Alah, kau pun apa kurangnya? Ada juga, kan bayi tu? Mesti comel." Kata aku. Kita orang pergi berjumpa dengan doktor selepas habis buat check up baby.
"Puan, puan mungkin akan ada dua kali ganda beban untuk menjaga bayi ini kerana kandungan lebir besar dan berat badan puan juga akan meningkat dari masa ke semasa. Bagi menjaga kandungan ini, saya syorkan puan kurangkan stres dan puan perlu rapat dengan rakan-rakan puan untuk kurangkan rasa stres. Buat masa ni, puan juga tak boleh bergerak banyak. Puan hanya perlu bergerak banyak jika kandungan dah masuk 6-8 bulan supaya senang untuk melahirkan anak." Jelas doktor itu panjang lebar.
YooJi couple dah senyum sumbing.
• • •
"Tok! Tok!" Bunyi ketukan pintu, aku yakin itu Jimin. Hahahaha, buat kali kedua. Aku buka.
"Hai, jagi. Macam mana check up?" Soal dia dengan nada mendatar, penat mungkin?
"Okey, oppa akan jadi appa untuk dua bayi!" Kata aku sambil membuka kot kerja dan tali leher dia. Kesian aku tengok dia, mata dah sembab.
"Eo, jinjja?!" Terkejut dia.
"Ne!" Aku senyum. Akhirnya, dari muka masam cuka Jimin, ubah kepada muka manis gula. Dia cium bibir aku sekilas.
"Hee, gaja, makan. Jagi dah masakkan kari kepala ikan." Ajak aku.
• • •
[Malam itu, selepas makan malam]
Aku tak tahu kenapa, tapi badan Jimin jadi panas sangat-sangat lepas makan tadi. Aish, aku ada letak apa-apa yang tak patut ke? Rasanya letak semua secukup rasa dah.
Aku ambil mangkuk berisikan air dan satu sapu tangan. Aku celupkan sapu tangan tu kedalam air, perah dan letak atas dahi Jimin untuk kurangkan panas.
"Macam mana boleh demam ni...?" Gumam aku perlahan, tapi mungkin Jimin dengar sebab...
"Mungkin sebab kari kepala ikan tu tak sesedap jagi kot." Kenapa dia ni?
YOU ARE READING
[C] Mr. Sweet Talker | PJM
FanfictionCompleted - Editing Grammars --- Menceritakan kisah seorang lelaki yang selalu memberikan kata-kata manis kepada seorang gadis sejak sekolah. Gadis itu menganggap kata-kata manis yang dia berikan hanya untuk tujuan menenangkan hati lelaki itu. Jadi...