"TUAN Irfan?Siapa tu?Macam mana dia kenal aku?Mac-"
"Woo,Kalau nak tanya tu,tanyalah satu-satu."
Jessica menggelengkan kepalanya,dipandangnya wajah Cinderella yang jelas menunjukkan kehairanan."Tuan Irfan tu siapa?"
Berkerut hebat dahi Cinderella.Seingat dia tiada pelanggannya yang bernama Tuan Irfan,jadi mustahil dia kenal dengan orang yang disebut Jessica itu.Jessica mengambil nafas dalam,ditenangkan dirinya sebelum memberitahu kebenarannya.
"Aku cakap sekali je okey,aku takkan ulang balik.""Yelah,cakaplah cepat."
"Tu-"
Baru Jessica mahu membuka mulutnya,ketukan dipintu bilik memotong bicaranya.Sempat dia dan Cinderella mengeluh."Ella?Keluar kejap,Miss nak jumpa."
Kedengaran suara Sheron,rakan sekerja mereka memanggil."Haishhh,apalagi dia nak ni."
Dengan rasa sebal Cinderella bangun menghampiri pintu.
Haihh,baru nak tahu siapa lelaki tu ada pula makhluk pengacau.Dah tertanya-tanya ni.Pintu bilik,Cinderella buka dengan malasnya,tidak dipedulikan asap rokok yang keluar dari mulut Sheron dia terus melangkah melepasinya.Macam dia tidak tahu,perempuan ni perokok tegar.
"Ada apa lagi Miss?I baru balik kerja."
Dengan nada malas ayat itu dilontarkan namun sebaik sahaja melihat jelingan tajam Miss Sally terus sahaja Cinderella menunduk takut,tahu dia sudah terkasar bahasa dengan tuannya itu.Apa pula aku buat kali ni,takkan ada pelanggan buat aduan?
Shahrul Fariz?
Ah tak mungkin!
Fariz tak cakap buruk pun pasal kerja aku layan dia.Puji adalah,jadi mustahil dia yang buat aduan.
Argh,mengusutkan kepala betullah.Dahlah hal Tuan Irfan tu belum selesai lagi ni timbul pula masalah lain.
Hampir keluar tawa Miss Sally melihat Cinderella yang ketakutan.Sengaja dia menjelingnya begitu,bukan untuk menakutkan dia tapi untuk buat dia lebih berani.Tapi baru jeling sikit dah takut,macam mana nak hidup dalam bidang kerja dia ni.
Ditepuk-tepuknya sofa lusuh disebelahnya lalu menggamit Cinderella duduk.Diperhatikan sahaja gerak-gerik Cinderella yang sopan tidak berubah dari dulu.Itulah yang membuatkan dia lebih suka Cinderella berbanding dengan pelacur lain.Bukan saja lawa,jadi rebutan ramai tapi sopan dan mendengar kata.Bukan macam yang lain,melawan saja bila nak duit barulah nak bermanja.
"Ada apa Miss?"
Miss Sally tersenyum mendengar pertanyaan Cinderella dan senyuman itu yang membuatkan Cinderella hairan tapi dia lega kerana itu sudah cukup untuk menyakinkan dia yang dia tidak melakukan kesalahan."Ella nak keluar tak?"
Kali ini berkerut pula dahi Cinderella mendengar ayat yang baru sahaja keluar dari mulut wanita itu.Keluar?
Keluar dari sini?Tempat jijik ni?
Dengan andaian itu,laju Cinderella menganggukkan kepalanya,hampir gugur airmatanya.
YOU ARE READING
My Evil Cinderella
General FictionDia bukanlah seorang gadis yang ditindas ibu tirinya. Dia juga bukanlah seorang puteri raja. Dia bukan seorang Cinderella biasa. Kerana dia adalah seorang pelacur. "Marry me,and I will give you anything you want."-Irfan Khairi " Termasuk harta you?"...