Sorry sebab ambil masa yang lama untuk update:(
Janji tak buat lagi:(
Btw,sis dah edit bab-bab lepas^^
Hope korang enjoy bab ni:)
_______________________________________
"I don't want this baby!"
Tegas Cinderella berkali-kali.
Tangannya juga tidak henti-henti memukul katil sambil tubuhnya meronta perlahan."Hey,calm down."
Jessica memeluk tubuh Cinderella.Tangannya mengusap belakang Cinderella cuba menenangkan gadis itu.Sejak doktor memberitahu Cinderella yang dia mengandung,gadis itu tidak henti-henti menjerit,meronta,meroyan seperti orang kerasukan.Nasib baik Cinderella ditempatkan di wad persendirian.
Jessica tidak faham apa yang dibencikan Cinderella dengan kandungannya itu sehingga berkali-kali dia mengatakan dia akan mengugurkan kandungannya.Nak kata dia benci pada Irfan,rasanya tidak.Sepatutnya Cinderella bersyukur dengan kehadiran bayi mereka ini.
"Kenapa malang sangat nasib aku hari ni."
Ujar Cinderella perlahan.Dia mula tenang,tapi tangisannya pula yang memenuhi ruang wadnya.Tidak cukup dilayan dengan hina oleh Noel,bertemu pula dengan Fariz sekarang doktor memberitahunya dia sudah mengandung 2 minggu.
Ya,tidak sepatutnya dia marah dengan anugerah yang Tuhan berikan padanya.Tapi dia takut.Dia risau.
Bagaimana kalau bayi ini bukan milik Irfan?Bayangan dia berada dalam dakapan Fariz beberapa malam yang lalu muncul difikirannya berkali-kali.Dia takut dengan kebenaran itu.Irfan terlalu baik dengannya,Cinderella tidak sanggup untuk menjadikan Irfan sebagai mangsa keadaan.
Tak guna kau Fariz!
"Kau tak boleh macam ni Ella.Baby ni tak salah."
Cinderella merapatkan kaki ke dadanya,lalu kepalanya dibenamkan diantara lututnya.Kata-kata Jessica tadi dihadam.
"Aku tahu,tapi aku takut."
Jessica mengeluh mendengar suara perlahan Cinderella.
"Kau nak takut apa?Takkan Irfan nak marah kau mengandung pula?
Cinderella mengangkat wajah memandang Jessica.Matanya yang sembam kerana airmata tidak henti-henti keluar memandang Jessica sayu.Kemudian Cinderella melarikan pandangan kearah Boy yang sedang mendengar apa yang dibualkan mereka.
Bagaikan faham dengan maksud pandangan Cinderella itu,Jessica melangkah mendekati Boy lalu meminta lelaki itu keluar.Mungkin Cinderella memerlukan privasi untuk membincangkan masalahnya.
"You tolong belikan makanan untuk Ella.And please,jangan bagitau Irfan pasal ni."
"Hmm...Take care of her.Jangan biar dia buat keputusan salah."
Ujar Boy.Dia mengintai Cinderella dibelakang Jessica.Dia juga tidak faham dengan pemikiran isteri bossnya itu."Yalah,I tahulah.Dah go go."
Jessica menolak badan Boy perlahan.Namun lelaki itu malah menangkap kepalanya dan mendaratkan kucupan di dahinya lantas Jessica tersenyum malu.Boy tersengih memandang Jessica.Tubuh gadis itu dibawah kedalam pelukannya sejenak.
Dia juga bingung dengan hubungan mereka.Dia berlagak seperti tidak ambil berat pada Jessica tapi dia tidak sanggup meninggalkan gadis itu.
YOU ARE READING
My Evil Cinderella
General FictionDia bukanlah seorang gadis yang ditindas ibu tirinya. Dia juga bukanlah seorang puteri raja. Dia bukan seorang Cinderella biasa. Kerana dia adalah seorang pelacur. "Marry me,and I will give you anything you want."-Irfan Khairi " Termasuk harta you?"...