Bab 32:Perasaan

991 36 14
                                    

SESAAT Farhana memandang ke depan tapi belum sampai seminit dia menoleh pula ke arah Irfan yang berjalan di sebelahnya.Hairan dia.

Dari mereka mendarat,tangan majikannya itu tidak pernah melepaskan telefonnya.Entah dia ada rehat ke tidak tadi.Takkanlah tak dapat berenggang langsung dengan so called girlfriend dia tu.

Tanpa sedar Farhana memutarkan matanya tanda menyampah.Ini mesti kes cemburu Irfan keluar dengan perempuan lain.Farhana membuat kesimpulan sendiri.

Hekeleh,minah tu.Hal kerja je pun.

"Berapa minit lagi meeting nak mula?"
Tanya Irfan memecah kesunyian antara mereka.Namun matanya tidak lepas pula dari skrin telefonnya.Farhana mendengus perlahan,geram dengan sikap sambil lewa Irfan.

Kalau bercakap dengan orang tu tengoklah orangnya.Ni tak,asyik dengan telefonnya tu je.Kang terlanggar tiang padan muka.Mesyuarat mula bila pun tak tahu,ada hati nak rebut tender ni.

Bebelan Farhana dalam hatinya tidak berhenti.Namun jam tangannya dikerling juga untuk menjawab pertanyaan Irfan.Kalau tak dijawab,ditenungnya pula aku.

"Ada 30 minit lagi Tuan.Tapi kita kena ada dekat sana 10 minit lebih awal."
Jawab Farhana sempat diselitkannya peringatan yang lembut.

"Kejap.Saya nak call orang dulu."

"Tak boleh ke call nanti Tuan?"
Halang Farhana.Dia cuma tidak mahu mereka terlewat.Bukan saja-saja dia terbang ke Sabah ni.

Irfan tidak menjawab.Hanya sesaat dia mengerling Farhana.Tanpa memperdulikan pandangan Farhana,dia melangkah ke suatu sudut dan menelefon Cinderella.Dia sudah berjanji akan selalu menghubungi isterinya itu.Apalagi sekarang emosi Cinderella tidak begitu stabil lagilah dia mahu menghubungi Cinderella setiap saat.

"Eiiii apa sangat nak di risaukan dengan girlfriend dia tu?Sikit-sikit nak telefon,sikit-sikit nak telefon."
Bebel Farhana.Matanya tidak lepas dari memandang figura majikannya yang sedang tersenyum bahagia di hujung sudut.

"Kalau dia tu kecil macam semut,dah lama aku pijak-pijak!Arghh,geramnya aku!Buat apa semangat sangat nak rebut tender ni sampai nak terbang ke sini kalau telefon tu tak lepas dari tangan?Nak kata bodoh pun tak juga,bengap agaknya."

Farhana mendengus kasar.Dia memeluk tubuhnya seraya berpaling ke belakang.Sakit hatinya melihat Irfan dapat tersenyum gembira sedangkan dia terpaksa menahan marahnya.Tapi untuk apa dia marah?Takkan sebab Irfan lambat bergerak?Ke cemburu?

"Dah jom.Nanti lambat pula kita."
Tegur Irfan tiba-tiba,sedikit mengejutkan Farhana lantas gadis itu berpaling memandang Irfan dengan wajah masamnya.

"Ohhh tahu pula perkataan lambat tu ye.Tadi bukan main happy,tersenyum-senyum call dengan orang tu,sekarang nak suruh kita cepat pula."

Sempat Irfan terkedu dengan kata-kata Farhana namun kehairan lebih menguasai dirinya.Kenapa pula dengan setiausahanya ini?Tidak sedar ke depan dia ni siapa?

"Dah,bagi saya telefon tuan.Kang kat dalam nanti tuan main pula telefon tu."
Pinta Farhana seraya menghulurkan tangannya ingin mencapai telefon Irfan yang berada di dalam genggam lelaki itu.

"Hei apa ni?"

Laju Irfan melarikan telefonnya daripada Farhana namun bagaikan tidak tahu erti putus asa gadis kecil itu sanggup pula bersikap kebudak-budakkan merampas telefonnya.Hasilnya,Farhana berjaya merampasnya.Itu pun sebab Irfan tak tahan dipandang-pandang orang yang lalu-lalang di lobi hotel itu.

My Evil CinderellaWhere stories live. Discover now