Bab 51:"Lupakan Ella"

1.6K 55 10
                                    

BANGUN saja dari tidur,kepala yang pertama dipegangnya.Pening dan terasa berat.Mata dicelikkan kembali memerhati sekeliling.

Berkerut dahi Jessica melihat ruang bilik yang asing baginya.Tubuh disandarkan pada kepala katil sambil dia memerah otak cuba mengingati bagaimana dia boleh terbangun di tempat yang asing ini.

Tapi yang hadir di kotak memorinya hanya agenda dia dan Boy bergaduh di dalam club.

Teringatkan Boy,Jessica mengeluh perlahan.Rupanya selama ini dia hanya bertepuk sebelah tangan.Masih segar lagi di ingatannya bagaimana keadaan Boy semasa Jessica menjumpainya malam tadi.

Bercumbuan dengan gadis lain di depan orang ramai.

Benarlah kata Cinderella,dia buta sebab cinta.

Jessica menoleh ke pintu saat telinganya menangkap bunyi seperti pintu dibuka.Tapi pintu bilik tempat dia sekarang masih tertutup.

Lama memikirkan akhirnya Jessica memutuskan untuk berdiri.Perlahan-lahan dia menapak ke pintu bilik.Dia yakin,dia bukan berada di dalam bilik hotel.

Pintu dibuka dan Jessica mencuri pandang ke luar.Keningnya bertaut rapat tatkala sesusuk tubuh lelaki membelakanginya,menyapa pandangan.Sekali lagi dia cuba mengingati kejadian semalam.
Satu yang dia pasti,lelaki itu bukan Boy.

Tubuh yang galak dipandang Jessica tiba-tiba berpaling.Keras tubuh Jessica.

"Dah lama bangun?"

Lidah Jessica kelu hingga Tidak dapat menjawab pertanyaan ringkas lelaki itu.Tapi dia rasa macam pernah nampak lelaki itu sebelum ini.

Fariz hanya menjungkit bahunya bila soalannya dibiarkan berlalu.Kerana tidak punya pilihan lain,dia terpaksa membawa gadis yang muntah di bajunya semalam,bermalam di apartmentnya.Tapi Fariz tetap pulang ke rumah keluarganya.Pagi ini dia datang pun sebab nak buka kunci pintu supaya tetamunya itu boleh balik.

"I kat mana ni?"
Soalan Jessica memecah kesunyian.Jessica melangkah keluar dari bilik lalu menghampiri Fariz di ruang tamu.

"Apartment I."

"Apartment you?Macam mana I boleh sampai sini?"
Riak wajah Jessica bertukar hairan.Tidak pula dia ingat dia pulang bersama seorang lelaki malam tadi.Jessica memandang tubuhnya.Masih berpakaian lengkap dengan pakaiannya malam tadi.

"You tak ingat?I yang bawa you datang sini.You mabuk semalam and you bersandar kat kereta I.Ohh,you pun muntah kat baju I."

Fariz mengukir senyum sumbing.Sengaja dia mahu mengusik Jessica di ayat terakhirnya.Jelas terpamer wajah bingung Jessica tanda dia betul-betul tidak ingat apa yang terjadi malam tadi.

"Sorry sebab menyusahkan you."

"It's okay."

Senyuman sumbing tadi bertukar nipis.Ingin juga Fariz bertanya apa yang ditangisi Jessica semalam tapi dia tidak mahu melebihi batas.Biar saja dia menyimpan soalan yang bermain-bermain difikirannya sejak malam tadi.

"You lapar?I ada simpan mee segera.Sorry rumah bujang ni jarang ada barang dapur."

Kali ini Fariz tersengih pula.Tidak tahu sebab apa,mungkin malu dengan kata-katanya sendiri.Sengihan Fariz juga menarik bibir Jessica untuk tersenyum nipis.

"Boleh juga."

"Jom,I masakkan untuk you."

Jessica mengikuti langkah Fariz ke dapur.Tiba disana,dia melabuhkan duduk di kerusi island kitchen.Matanya setia melihat setiap langkah Fariz hingga tidak menyedari,sekejap saja mee segera asam laksa terhidang di depannya.

My Evil CinderellaWhere stories live. Discover now