Cinderella POV
"MAK"
Huluran tangan mak aku sambut dan cium lama.Sesak dadaku mengenangkan pembohongan dan dosa-dosa yang aku lakukan selama ini.Bahkah aku tidak kuat untuk menatap wajahnya.Maafkan Ella,mak.
"Kamu seorang je?Boyfriend tak ikut?"
"Tak,dia sibuk kerja."
"Hmm yelah.Dah jom masuk."
Mak masih mengenggam tanganku sambil menarikku menaiki tangga rumah.Aku pandang sekeliling.
Sudah berbulan aku tinggalkan rumah ni,tapi keadaannya masih lagi sama.Rumah ini sudah terlalu usang untuk mak dan Firdaus tinggal berdua.Apa-apa sahaja boleh terjadi terhadap rumah ini,lagi-lagi bila musim hujan ribut.Masa itulah kami bertiga akan tidur dengan sengsara.
Tapi aku janji.Lepas sahaja aku jadi isteri Irfan,aku akan pastikan mak dan Firdaus tinggal dalam rumah yang cantik dan besar.
"Daus belum balik ke?"
Mataku melilau memandang sekeliling,cuba mencari batang hidung adikku itu.Kalau dia sudah balik,mustahil dia tidak sambut aku tadi.Aku letakkan beg aku kelantai lalu menghempaskan punggung diatas sofa usang rumah ini.
"Kejap lagi dia balik lah tu.Tapi lepas tu keluar balik,buat kerja kat kedai Pak Haji tu."
Aku menoleh kearah mak.Sudah lama Firdaus bekerja dengan Pak Haji tu,sebelum aku berhijrah ke Kuala Lumpur lagi.Pak Haji memang baik tapi aku tak nak lah Firdaus penatkan diri dia dengan hal sekolah dan kerja.Aku nak dia fokus dengan pembelajarannya dulu."Nanti,lepas Along dah kahwin mak bagitahu Daus tu berhenti kerja tau.Suruh dia fokus belajar dulu."
"Kenapa pula?"
Mak duduk dihadapanku,selendang dikepalanya ditanggalkan.
Teringat aku seketika pada diriku yang dulu.Walaupun aku tidak bertudung tapi aku tetap memakai selendang untuk menutupi sebahagian rambutku.Sekarang sudah pelbagai warna yang pernah melekat pada rambutku.Dan sekarang aku sudah mewarnakannya menjadi hitam kembali."Yelah,lepas along dah kahwin along dah mampu nak tanggung mak dengan Daus.Kalau boleh along nak bawa mak dengan Daus tinggal dengan along kat KL tu."
"Ish tak nak mak.Mak lebih suka tinggal kat kampung ni."
"Alah bukannya bandar tu teruk sangat pun."
"Kamu cakap begitu sebab dah terpengaruh dengan budak-budak bandar tu."
Terkedu aku seketika mendengar ayat itu keluar dari mulut mak.Terkulat-kulat aku memandang mak."A..Apa maksud mak ni?Along tak terpengaruhlah."
"Mak cakap je,yang kalut sangat ni kenapa?"
Pandangan curiga mak semakin membuatkan lidahku kelu.Berpeluh telapak tanganku,resah.Mak tiba-tiba bangun,dan aku mengikuti pergerakannya.
"Mak nak masak dulu.Kamu rehatlah dulu,mak dah suruh Daus kemaskan bilik tu."
Aku mengangguk perlahan kemudian berdiri pegun ditempatku sehingga mak hilang dari pandangan.Aku tersedar dari kekeluan aku bila telefon disaku seluarku bergetar seraya berbunyi kuat.Kalut aku menyeluk saku mengambil telefon itu.Telefon baru yang Irfan hadiahkan padaku sewaktu kami keluar 'dating' semalam terletak di telapak tanganku.Jelas nama pemberi telefon ini di skrinnya.
Dengan sedikit rasa rimas aku menjawab panggilannya itu.
"Hello?"
"Dah sampai?"
"Dah."
Dapat kudengar dia mengeluh perlahan.Dengan telefon masih melekap ditelinga,aku mengangkat beg ku dengan tangan kiriku lalu melangkah masuk kedalam bilik lamaku.
YOU ARE READING
My Evil Cinderella
General FictionDia bukanlah seorang gadis yang ditindas ibu tirinya. Dia juga bukanlah seorang puteri raja. Dia bukan seorang Cinderella biasa. Kerana dia adalah seorang pelacur. "Marry me,and I will give you anything you want."-Irfan Khairi " Termasuk harta you?"...