Bab 22:Masa Depan

1.1K 45 3
                                    

SEMUA beg kertas yang berada di dalam genggamnya tadi di lemparnya ke atas katil sejurus itu tubuhnya pula yang menghempap tilam lembut itu.Satu keluhan perlahan keluar dari mulut Cinderella.

"Penatnya."
Adunya perlahan.Mata di pejamkan seketika sebelum dia bangun kembali lalu memerhati beg-beg kertas yang tertulis pelbagai jenama di permukaannya.

Di capainya satu beg kertas berjenama Channel lalu di ambil isinya lantas satu senyuman manis terukir di bibir Cinderella.

"Sukalah tu."
Kepala Cinderella terangkat memandang empunya suara.Irfan yang baru sahaja masuk dalam bilik disambut dengan wajah gembira Cinderella.

"Mestilah,orang belanja."
Perlahan ayat itu keluar dari mulut Cinderella namun tetap di tangkap telinga Irfan lantas satu senyuman lebar terukir di wajahnya.

Lepas sahaja selesai lunch,Irfan sempat membawa Cinderella pergi membeli-belah atas arahan Jessica.Sebelum dia keluar dari bilik meeting tadi sempat di baca kiriman SMS dari Jessica mengatakan yang dia harus membawa Cinderella membeli-belah di sebabkan alasan Cinderella tidak mempunyai baju yang sedikit elok untuk di pandang orang.

Tapi bila sudah di ajak,pakaian yang kurang elok juga yang di pilih isterinya.Mahu menegah tidak sanggup pula dia mahu merosakkan mood gembira Cinderella.

Tak pelah Irfan.Kau boleh nasihatkan dia next time.

"Oh ya."
Cinderella teringat sesuatu lantas bangun dari duduknya.Di pandangnya Irfan yang berdiri di hadapannya.

"You mandi dulu,I nak masak dinner untuk kita."

Kening Irfan terangkat ke atas mendengar ayat yang meniti keluar dari mulut isterinya itu.Dia tahu Cinderella pandai memasak,memang tidak dapat di nafikan lagi kesedapan masakan isterinya itu.Namun Entah mengapa,hatinya berbunga bila mendengarkan ayat itu dituturkan Cinderella.Terutamanya perkataan untuk kita itu.Belum pernah lagi Cinderella mengunakan perkataan kita itu untuk mereka berdua.

Tanpa menunggu balasan dari Irfan,Cinderella melangkah keluar dari bilik tidur mereka menuju ke dapur.Entah apa yang merasuk dirinya hari ini.Moodnya happy sahaja.Mungkin kerana Irfan membawanya keluar jalan-jalan hari ini?Mungkin.

Melihat barangan dapur yang sempat di belinya tadi terletak kemas di atas meja membuatkan senyuman lebar muncul di wajahnya.Mujur dia teringat untuk membeli barangan dapur ini,tidaklah dia perlu memesan makanan lagi.Masak sendiri lebih sedap.

"Nak masak apa eh?"
Tanyannya sendiri sambil tangannya ligat memeriksa apa yang di belinya tadi.

******

Senyuman di wajahnya tidak pernah hilang melihat isterinya sedang bertungkus-lumus menyediakan makan malam untuk mereka berdua.Tidak pernah terlintas di fikirannya kejadian seperti ini akan berlaku pada perkahwinan mereka.Sangkanya Cinderella tidak akan pernah melakukan tanggungjawab seorang isteri menjaga makan minum suaminya,tapi ternyata dia salah.Lihat sahaja Cinderella yang agak kelam-kabut menyediakan entah berapa banyak hidangan makan malam mereka.Dengan apron di tubuhnya,rambut yang di sanggul kemas menghadirkan satu lagi perasaan di hati Irfan.

Daripada berdiri membelakangi Cinderella,Irfan bergerak mendekati isterinya lalu tanpa amaran dia memeluk tubuh kecil itu dari belakang.Ada jeritan kecil yang keluar dari mulut Cinderella apabila menerima sentuhan tiba-tiba itu.

"Sorry."
Ucap Irfan bila menyedari Cinderella agak terkejut dengan tindakannya.
Namun dia tidak pula meleraikan pelukan itu.

My Evil CinderellaWhere stories live. Discover now