"NI,makan."
Jessica menghulurkan semangkuk bubur ayam yang masih panas kepada Cinderella.
Cinderella yang asyik termenung jauh tadi menoleh memandang Jessica yang duduk disebelahnya.Senyuman nipis terukir di bibirnya.Tangannya menyambut mangkuk berisi bubur ayam tersebut.
Bertuahnya dia mendapat sahabat yang baik seperti Jessica.Gadis itu bukan saja selalu menyokongnya tetapi selalu membantunya juga.
"Thanks."
"Habiskan.Penat aku masak tau."
Pinta Jessica sekadar bergurau.Bukannya ambil tenaga yang banyak pun memasak bubur ayam special untuk Cinderella.Dia hanya mahu Cinderella lebih sihat selepas mengugurkan kandungannya.Sudah sehari berlalu sejak Cinderella mengugurkan kandungannya.Sejak itu Cinderella hanya termenung kosong.Tiada airmata.Hanya sesekali dia akan tersenyum,itupun hanya senyuman plastik.
Jessica risau andai Cinderella akan mengalami tekanan akibat tindakkannya.Walaupun dia hanya memandang namun dia tahu jauh di dalam hati Cinderella,ibu muda itu juga kesal dan sedih dengan keputusannya.
"Kau nak keluar tak?Dari semalam kita berkurung dalam ni,bosanlah.Lagipun bos aku dah panggil,petang ni aku ada kerja."
Cinderella tidak menjawab,malah dia semakin laju menyuapkan bubur ayam ke dalam mulutnya.Lebih baik dia habiskan bubur ayam itu sekarang daripada nanti seleranya hilang.
"Aku boleh je bawa kau.Tapi kau larat ke?"
Cinderella menelan suapan terakhirnya.Ibu jarinya digunakan untuk mengelap hujung bibirnya.Selesai,dia mendongak memandang Jessica yang dari tadi menunggu jawapan darinya.
"Kenapa pula tak larat?Aku okeylah."
"Kau nak ikut aku lah ni?"
Tanya Jessica terkejut.Ingatkan Cinderella akan menolak ajakannya tapi gadis itu semakin bersemangat pula.Dia tidak ada niat pun sebenarnya nak bawa Cinderella bersama.Gadis itu perlu rehat yang cukup.Tapi dia risau juga kalau Cinderella bila berseorangan."Takkan kau nak tinggalkan aku mereput dekat rumah ni seorang-seorang?"
Cinderella sudah berura-ura mahu bangun dari duduknya,tapi tangan Jessica menghalang tubuhnya.
"Nanti kalau kau pengsan dekat sana aku juga yang susah."
"Hey,aku tak sakitlah.Aku okey,kau je yang melebih jaga aku."
Cinderella menepis lembut tangan Jessica lalu bangun mencapai tualanya.Sudah sehari dia tidak mandi,sudah naik ke hidung bau masamnya.
"Kalau apa-apa jadi dekat kau,aku tak nak tanggung."
Ujar Jessica sambil mengangkat tangannya lagak menyerah.Langkah Cinderella yang hendak masuk ke bilik air terhenti."Aku gugurkan kandungan aku je Jessy,aku okey.Aku masih kuat."
Cinderella membalas dengan suara yang lemah.Bibirnya mengukir senyuman nipis bagaikan mahu menyakin Jessica yang dia baik-baik saja.Langkahnya yang terhenti tadi disambung kembali.Rasa sebak yang menyiksa dadanya cuba dihilangkan dengan mengambil nafas yang dalam.Tapi mata kau mengatakan sebaliknya Ella.
Jessica mengeluh perlahan.
YOU ARE READING
My Evil Cinderella
General FictionDia bukanlah seorang gadis yang ditindas ibu tirinya. Dia juga bukanlah seorang puteri raja. Dia bukan seorang Cinderella biasa. Kerana dia adalah seorang pelacur. "Marry me,and I will give you anything you want."-Irfan Khairi " Termasuk harta you?"...