Cinderella POV
BOTOL arak ditangan dibawa lagi muncungnya ke bibirku,sekali lagi air itu melalui tekakku,panas.Kepala sudah selamat jatuh diatas meja.
Sesekali aku akan memejamkan mata tatkala duniaku seakan berpusing,pening.Muzik yang kuat langsung tidak ku pedulikan.Aku hanya mahukan ketenangan dengan minum arak ini.
"Ella."
Dengan payahnya aku membuka mata bila mendengar suara Jessica memanggil aku,lantas bibirku tersenyum lebar."Jessyyy,my girlll."
Tubuhnya kupeluk erat,bagaikan kami sudah lama tidak berjumpa padahal dialah yang temankan aku tadi sebelum dia dipanggil melayan pelanggan.Kerjaku sudah selesai diawal tadi.Tapi untuk mengubati lukaku sendiri,aku akan mencari seorang pelanggan lagi nanti.
Jessica menolak tubuhku lembut.
"Dah dahlah minum tu.Kau dah mabuk teruk ni.""Aku tak mabuklah."
Sekali lagi aku meneguk air itu kemudian tersenyum pada Jessica yang sudah memasang muka menyampahnya."Dah nak dua minggu kau macam ni,berhentilah.Tak payah nak ingat sangatlah mamat tu."
'Mamat tu.'
Ada rasa sakit dihati bila ayat itu mengingatkan aku padanya.Seolah sedar dari mabuk,airmataku mula menitis,pedihnya hati bila teringatkan kata-katanya padaku dulu.
"I minta maaf kalau cara I layan you buat you salah faham."
"I'm sorry Ella,but no.Walaupun I sukakan you,we'll never be together.And you pun tahu status kita."
"No Ella,I'm sorry but I love someone else."
"Fuck."
Perlahan perkataan itu dilepaskan dari bibirku.Baru sahaja aku mahu meneguk arak,tangan Jessica terlebih dahulu merampas botol itu.******
Author POV
Jessica memandang wajah Cinderella,sayu.Tidak pernah dia melihat Cinderella sedih begini.Apa yang lelaki tu dah bagi kau sampai kau jadi macam ni Ella?
Jessica mengeluh,tangannya mencapai tangan gadis muda dihadapannya itu lalu digenggamnya erat.Dia sudah tidak betah melihat keadaan Cinderella sebegini.Bila malam asyik bertukar pasangan,mabuk,menangis.Paginya pula diam membisu.
"Ella,you tak boleh macam ni.Kerja kita ni tidak boleh libatkan perasaan.Walaupun dia orang sukakan kita mustahil dia orang akan terima kita."
Wajah Cinderella sudah berubah,bertambah sakit dihatinya bila teringatkan penolakan Fariz terhadap cintanya disebabkan dia hanyalah seorang pelacur."Lupakan dia Ella.Tengok,dah dua minggu dia tak datang sini,dia tak cari kau pun.Kalau dia betul-betul sukakan kau,dia tidak akan abaikan kau terus macam ni.Hati tu jangan tisu sangat,jangan cepat sangat buat andaian orang tu sukakan kita."
Menitis airmata Cinderella mendengarkan kata-kata Jessica yang sedikit menguris hatinya.Salahkah untuk dia terlalu mudah jatuh cinta?Sepanjang hidupnya,tidak pernah dia mencintai orang lain selain keluarganya tapi bila ianya datang dari Fariz,Cinderella seakan lupa akan darjat dirinya.
Lagipula Fariz yang mengambil kemahkotaannya.
"Dah,dah.Aku nak pergi jumpa Miss Sally dulu.Kau jangan pergi mana-mana tau,tak payah cari pelanggan lagi.Duduk sini aje,nanti aku minta Miss Sally benarkan kita balik awal."
Cinderella hanya mampu mengangguk perlahan.Sebelum beredar Jessica menepuk perlahan bahu Cinderella sambil fikirannya teringat akan janji seseorang.
YOU ARE READING
My Evil Cinderella
General FictionDia bukanlah seorang gadis yang ditindas ibu tirinya. Dia juga bukanlah seorang puteri raja. Dia bukan seorang Cinderella biasa. Kerana dia adalah seorang pelacur. "Marry me,and I will give you anything you want."-Irfan Khairi " Termasuk harta you?"...