Mata Chen Yancee menangkap wajah Aisy Merdina yang jelas kelihatan terkejut dengan tindakannya memeluk Aryan Mikael.
"Who is she?"
Aryan Mikael diam sebentar.
"Merdina. Naik atas dulu. Nanti aku naik." Aryan Mikael memberi arahan kepada Aisy Merdina.
Aisy Merdina hanya diam. Kakinya masih tidak memberikan maklum balas untuk ke tingkat atas.
"Aisy Merdina.. please..." Agak mendatar nada suara Aryan Mikael.
Akhirnya, Aisy Merdina akur. Kakinya menapak kearah lift. Disebabkan banglo ini empat tingkat jadi memang Lift disediakan buat penghuni rumah ini.
"Why you come here?" Aryan Mikael seakan tidak percaya.
Tidak pernah dikhabarkan kepada sesiapa alamat rumah daddynya di Malaysia.
"I miss you,honey." Yancee ingin memegang tangan Aryan Mikael.
"Don't touch me, please."
Berubah wajah Chen Yancee.
Sejak bila Micheal Lee yang dia kenal melarang dia untuk bersentuhan?
Sebaran-baran Micheal Lee. Dia masih seorang jejaka biasa yang hidup bersosial.
"Haha, shêi rãng nî gaibiân? (Siapa yang ubah awak?)" Chen Yamcee masih tidak puas hati.
Aryan Mikael hanya berdiam diri.
"Tā shi shei , Mick? (Siapa perempuan itu, Mick?) " chen Yancee sudah berpeluk tubuh.
Aryan Mikael meraup wajahnya kasar.
"She is my wife."
"What?!" Suara Chen Yancee naik seoktaf.
"Nî shingê píanze!( kau penipu!)" Chen Yancee tidak dapat terima kenyataan.
Penipu! Lelaki ini penipu!
"Duìbuqí.(Maafkan aku.)"
Aryan Mikael tidak menyangka Chen Yancee kekasihnya di Hong Kong akan kemari selepas sehari dia bergelar suami kepada Aisy Merdina.
Chen Yancee terduduk disofa banglo itu.
Air matanya mengalir.
Cintanya dikhianati. Kesetiaan dia dikhianati. Bertahun lama dia cuba memikat jejaka itu. Dari pada Universiti sehingga lelaki itu bergelar Inspektor di Unit Special Branch.
Aryan Mikael mendekati Chen Yancee. Sungguh dia rasa serba salah kepada gadis ini.
"Duíbuqì.(maafkan aku.)" Aryan Mikael memegang bahu Chen Yancee.
Chen Yancee menatap wajah Aryan Mikael.
"Líkāi ta.Jiâ gaile wo , Mick.(tinggalkan dia, khawin dengan aku.)" Chen Yancee memandang sayu Aryan Mikael.
Membulat mata Aryan Mikael.
Ceraikan Aisy Merdina?!
Tidak! Perkara itu tidak akan berlaku sampai dia mati sekalipun."No way!"
"Who is she ,Ayan?" Dato' Isaac Lee menuruni tangga.
Chen Yancee dan Aryan Mikael memandang Dato' Isaac Lee.
"My friend daddy. From Hong Kong , Chen Yancee."
Dato'Isaac Lee tersenyum.
Disambut mesra kehadiran kawan anaknya dari Hong Kong itu.
YOU ARE READING
Cinta si 'Jejaka hitam' (CJH)
RomanceAryan Mikael - Dia seorang jejaka penuh Misteri , wajahnya diselindung sebalik topeng hitam . Pakaian Hitam sentiasa menyelubungi tubuhnya sebagai mana hatinya yang telah dilitupi oleh kegelapan. Penyelasan atas kematian insan yang dicintai.. "Wo Xi...