Chapter 3 [CJH ♡]

184 16 3
                                    

Merdina menoleh kebelakang dimana punca suara yang didengarinya sebentar tadi.

"Maafkan mak Nah, cik Merdina. Pak guard hari ni cuti isterinya bersalin buat kali ke-12.. Syukur rezeki dia.. Mak Nah dari belakang tadi itu yang lambat buka elektrik ni. Pembantu yang lain semua buzy. Maafkan Mak Nah." Ramah Mak Nah menegur Merdina walaupun baru sesaat bersua muka.

Merdina berasa senang dengan Mak Nah.

"Ehh tak mengapa. Saya okey aje.." Merdina bersuara juga akhirnya setelah kebas anak tekaknya melaungkan salam.

"Jemput masuk Cik Merdina. Duduk dulu.. Nanti Mak Nah panggilkan Tuan ye." Pelawa Mak Nah.

Merdina terpaku sebentar diruangan dalaman Villa.

Hiasan Villa itu saling tak tumpah seperti dalam televisyen filem-filem luar negara.

'Ya Allah.. besarnya rumah.. Terasa duduk didalam istana' gumam Merdina didalam hati.

"Hello Cik Aisy Merdina. Saya Dato AiLe. Duduklah buat macam rumah sendiri." Ramah seorang lelaki.

Kira-kira usia lelaki ini dalam 50-an tetapi wajahnya kelihatan bukan seperti orang Melayu. Salam juga tidak diberi. Merdina bermain teka-teki difikirannya.

"Saya Chinese dan beragama Buddha. Saya nak Cik Merdina mengajar anak saya mengaji dan mengenai Islam. Dia baru sahaja masuk Islam sebulan yang lalu." Terang Tuan AiLe.

Merdina mengangguk tanda memahami.

Merdina juga tersenyum kagum. Kagum seorang bapa Beragama Buddha dapat menerima anaknya memeluk Islam dengan hati terbuka.

'Ya Allah.. bukalah hati Tuan Aile menerima hidayah-Mu' doa Merdina didalam hati.

"Cik Aisy Merdina. Perkenalkan anak saya , Muhammad namanya."

Merdina terkejut.

'Haa?! Lelaki! Aku ingat perempuan!!' Jerit hati Merdina pantas menoleh kearah yang diperkatakan oleh Tuan AiLe.

Merdina Terdiam dan kaku melihat Sesusuk tubuh yang kini berhadapan dengannya.

'Ya Allah.. Adakah dia Putera Lee Jung Seuk yang akan membawa puteri Aisy Merdina pulang ke kayangan?'

Terpukau sebentar Merdina.

Wajah Muhammad Bersih, putih dan badannya sasa.. Iris matanya, bibir kemerahan miliknya dan hidung yang comel terletak cantik diwajahnya. Tingginya lebih kurang 180cm. Cukup tinggi dibandingkan Merdina yang hanya tinggi 163cm.

Dan yang penting, muka dia mengingatkan aku pada seseorang..

Seseorang yang pernah hadir dalam hidup aku..

Dan Dia sangat penting dalam hidup aku...

Aisy Merdina memegang jantungnya yang berdegup kencang..
×××××

Bermulalah pengajian untuk hari pertama Merdina mengajar seorang lelaki yang baru dikenali sebentar tadi.

Debaran dihati cukup terasa. Merdina telah pun bersetuju untuk mengajar Muhammad dari asar hingga selepas waktu maghrib setiap hari sabtu dan ahad Dato AiLe juga turut menawarkan pengangkutan yang akan mengambil dan menghantar Merdina pulang. Gaji RM2000 sebagai tawarannya.

Dan Merdina telah meletakkan syarat supaya pembelajaran dilakukan diruangan utama dan mesti ada Mak Nah sebagai teman.

Hehe kalau berdua takut ada yang ketiga..

"Awak.. dah masuk maghrib ni.. awak boleh jadi imam saya dan Mak Nah tak?" Soal Merdina ingin menduga tahap pembelajaran tentang islam Muhammad selama sebulan memeluk Islam.

Cinta si 'Jejaka hitam' (CJH)Where stories live. Discover now