"So, any questions?"
Aisy Merdina menatap kembali wajah Aryan Mikael.
"A..awak.. tak cemburu?"
Aryan Mikael diam sebentar. Dipejamkan mata. Merdina binggung. Tidak dapat dibaca riak wajah Aryan Mikael.
Mata dibuka kembali. Kali ini lebih tajam pandangannya kearah Aisy Merdina. Aryan Mikael merapatkan diri dengan Aisy Merdina.
Aisy Merdina kaku. Hendak mengesot kebelakang. Alamatnya jatuh tersembab Karpet dilantai.
Kini Aisy Merdina dalam dakapan Aryan Mikael. Tangan Aisy Merdina membuat benteng pertahanan. Tidak sanggup diapa-apakan oleh Aryan Mikael.
"Shh.. Aku tidak akan ambil kesempatan." Aryan Mikael berbisik halus ditelinga Aisy Merdina.
Merah padam muka Aisy Merdina.
"Aku tak tahu aku cemburu atau tak.. yang aku tahu... kau isteri aku."
××××××××××
Aisy Merdina terjaga. Berat rasa badannya. Ada tangan melingkari tubuhnya. Aisy Merdina membuntangkan mata. Terkejut. Pantas diangkat selimut. Satu nafas kelegaaan terkeluar.
Dia masih berbaju.
Aisy Merdina memandang Aryan Mikael baring memeluk erat badannya.
Benar , wajahnya iras dengan Lee Yi Kai. Cuma perbezaan matanya. Lee Yi Kai lebih sepet matanya berbanding Aryan Mikael dan Lee Yi Kai mempunyai lesung pipit dipipi kanannya.
Tanpa sedar tangan Aisy Merdina naik menyentuh dahi Aryan Mikael. Diulas lembut rambut hitam keperangan milik Aryan Mikael.
'Allah , hadirkan lah kebahagiaan buat kami.'
Aisy Merdina merapatkan wajahnya dengan Aryan Mikael. Tanpa sedar tindakannya itu.
Pantas Aryan Mikael membuka mata.
Aisy Merdina kaget!
Merona merah wajah Aisy Merdina tatkala itu. Aryan Mikael tidak tidur? Atau sudah terjaga sewaktu dia membelai lembut rambut hitam keperangan itu?
Allah malu!! Itu yang dirasa Aisy Merdina.
Aryan Mikael tersenyum kecil.
"Good Morning my angel. Best belai rambut aku tadi? By the way i like it.." Aryan Mikael mengenyit mata memancing lagi rasa malu Aisy Merdina.
"Er..err... mana ada.."
Aryan Mikael masih tersenyum. Membangunkan diri untuk ke bilik air.
"Jom, dah pukul lima pagi. Kita solat tahajjud dulu dan nanti kita solat subuh sama-sama ya sayang." Aryan Mikael masih galak mengenakan Aisy Merdina.
Aisy Merdina pantas menyembamkan kepala dibantal.
Sungguh dia malu!
Meledak ketawa Aryan Mikael sehingga kelibatnya hilang disebalik kamar bilik mandi.
"Ieeee... maluuunyaa akuu!!"
××××××××
"Amboi , berseri-seri pengantin baru." Mak Nah menyakat Aisy Merdina.
Dato Isaac Lee hanya tersenyum melihat anak lelakinya dan menantunya.
"Mak Nah. Mana Aisyah dan Aliah?" Aisy Merdina memandang kiri dan kanan. Kelibat adiknya tidak kelihatan.
"Ouhh mereka di halaman luar. Dua-dua berebut nak tolong Mak Nah siram bunga pagi-pagi ni." Senang hati Mak Nah melihat si kembar. Terhibur melihat telatah mereka. Walaupun sudah berusia 17 tahun namun kedua-duanya manja bagaikan anak kecil tujuh tahun.
YOU ARE READING
Cinta si 'Jejaka hitam' (CJH)
Storie d'amoreAryan Mikael - Dia seorang jejaka penuh Misteri , wajahnya diselindung sebalik topeng hitam . Pakaian Hitam sentiasa menyelubungi tubuhnya sebagai mana hatinya yang telah dilitupi oleh kegelapan. Penyelasan atas kematian insan yang dicintai.. "Wo Xi...