Chapter 2 [CJH ♡]

165 15 0
                                    

"Terima kasih , Merdina . Sekarang awak boleh keluar." Pensyarah Iqbal mengarahkan Merdina keluar sebelum api kemarahan Aryan Mikael meluap-luap.

Pantas Merdina mengangguk kepala seraya bangun dari kerusi. Tidak betah lagi berlamaan disitu.

Aryan Mikael pantas menghalang laluan Aisy Merdina.

" Selagi kau tak jawab soalan aku , kau fikir kau boleh keluar dengan selamat?" Lembut tetapi sinis bunyinya.

Merdina menelan liur berkali-kali.

'Mati aku!'

"A... a.. aku tersasul tadi." Balas Merdina lemah menunduk memandang Lantai. Hai, lantai. Cantik juga kau hari ini. Baru aku perasaan akan kecantikkan kau.

Tidak sanggup Merdina bertentang mata dengan Mata Coklat cair hezel milik Aryan. Dari dahi Aryan sudah nampak putih kemerah-merahan. Tinggi pula adalah dalam 180 cm. Merdina hanyalah diparas dada bidang Aryan Mikael.

Aryan Mikael tersenyum sinis disebalik topeng hitamnya.

"Berambus sekarang. Sebelum kau jadi mangsa kedua aku bunuh.." Bisik Aryan Mikael.

Pucat lesi wajah Merdina.

'Mangsa kedua?!' Tidak!!!!

Pantas Merdina membuka langkah seribu. Pecutan kuda berlari keluar dari bilik Pensyarah Iqbal.

Aryan Mikael masuk menganti tempat duduk Aisy Merdina dan kini berhadapan Pensyarah muda tersebut.

"Hahaha, apak arh! Lawak gila aku tengok Merdina. Kesian la kat dia. Kau ni pun satu. Dah la Merdina tu comel je orangnya. Bertambah comel.. haha" terbahak-bahak Pensyarah Iqbal sambil menhentak-hentak meja.

"Dah diam! Sebelum kau aku tumbok kat sini." Celah Aryan Mikael.

Mati terus ketawa Pensyarah Iqbal.

"Haishh aku lagi tua dari kau . Aku pensyarah kau , hormat la sikit." Runggut Pensyarah Iqbal .

"Fikir aku kesah? Kau tua dua Tahun je dari aku. Aku nak tahu pasal Dougles. Aku nampak dia mencurigakan. Siapa dia? " soal Aryan Mikael pantas.

kening Pensyarah Iqbal bertaut seketika.

"Dougles... hmm dia anak kongsi gelap tak silap aku. Ayah dia ada share saham dekat Casino  Genting Highland. Apa yang membuat kau syak dia?" Hairan Pensyarah Iqbal. Setahu dia walaupun Dougles   anak kepada ahli kongsi gelap tetapi rekodnya di universiti ini bersih. Belum pernah terdengar khabar isu yang membabitkan Dougles.

Aryan Mikael diam membisu. Tidak menjawab persoalan Pensyarah Iqbal.

×××××××××

Tercunggap-cunggap Merdina menarik nafas.

Fuhh , Ya Allah lega , kau selamatkan aku dari..

"Haaa!!!! Merdina!!" Sengah satu suara.

"Ohh Ya Allah , valakk hitam!!" Melatah Merdina.

Pantas Merdina menoleh tajam kearah punca suara.

Darwisy sudah terkekeh-kekeh menahan tawa.

"I am so sorry Merdina.. haha why? Berlari macam dikejar hantu."

"Memang! Hantu hitam menakutkan! " marah Merdina tidak habis lagi.

"Relex-relex.. i am sorry okey? Who? Hantu hitam? " Darwisy kehairanan. Tengahari pun ada hantu ke? Hantu hitam pula tu.

"Aryan Mikael .." sebut Merdina perlahan.. Air liur dirasakan kelat sekali.

Darwisy terdiam sebentar.

"Ouhh, budak yang menakutkan tu? Tidak pernah pakai kad matrik . Wajah sentiase berpurdah. Pakai baju hitam setiap hari. Tapi aneh , nama tidak naik sebagai pelajar bermasalah UTM. Malah prestasi kuliah baru-baru ini meningkat , kata banyak pensyarah
Budak baru berpindah dari luar negara ke malaysia.. persoalannya, siapa dia sebenarnya? "

Merdina dan Darwisy pantas menoleh kearah punca suara.

"Banyak yang kau tahu sofea berkaitan Aryan Mikael. Kau kenal dia? " Hairan Merdina. Segala keterangan yang dia tak pernah tahu mengenai Aryan Mikael bahkan tidak pernah mahu tahu.

"Haha. Sikit-sikit je. Aku ada terdengar info ni dari bebudak kaki bawa cerita." Senggih Sofea Alisya menampakkan barisan giginya yang putih.

Merdina tersenyum.

'Siapa kau sebenarnya Aryan?'

××××××××

Telefon Aisy Merdina berdering-dering minta diangkat.

Merdina ralit memasak didapur.

"Kaklong. Telefon berbunyi!" Laung Arafat dari ruang tamu.

"Sekejap!"

Merdina berlari anak kearah Arafat yang khusyuk menonton perlawanan sepak antara Kelantan dan Johor Darul Takzim. Jam telah menunjukkan Jam 9 malam. Masih rancak permainan diawal masa pertama ini. Sesekali Arafat mendengus geram apabila pasukkannya terlepas peluang menjaringkan gol sulung mereka pada perlawanan itu.

"Assalamualaikum, Merdina!" Kedengaran keterujaan suara Latifah dicorong telefon.

"Waalaikumussalam Ipah. Kenapa malam-malam call aku?" Merdina melangkah kembali kedapur. Meneruskan rancangan masakan dia yang tergendala. Ini bukan masak untuk makan malam. Ini masak untuk bekalan yang akan dipanaskan esok untuk dibawak ke UTM dan untuk sarapan Arafat pada pagi esok. Memandangkan Arafat baru menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia.

"Aku ada berita baik!.. Kau diterima bekerja di Villa dekat Tiara Height. Esok petang boleh la jumpa mereka. Nanti aku bagi alamat dan nombor telefon rumah mereka. Okey? " kata Latifah teruja.

"Alhamdulillah. Inn Shaa Allah. Terima kasih ipah." Syukur Merdina. Jadi tidak perlu lah dia membuat lebih dari satu pekerjaan lepas ini.

××××××

Tepat pukul 5 petang selepas waktu kuliah , Aisy Merdina sudah terpacak dihadapan rumah agam di puncak Tiara Height.

Sangat memukau matanya memandang . Bak istana.

"Assalamualaikum.. "

'Ada orang ke?' Merdina menekan lonceng rumah tersebut.

"Assalamualaikum.." laung Merdina buat kali kedua..

'Mak aku kata dulu, kalau tiga kali tidak bersahut. Elok aku pergi je.. Bismillah.'

"Assalamualaikum!" Laung Aisy Merdina buat kali ketiga seraya menekan punat lonceng.

Hmm tiada sahutan.

Kaki Merdina melangkah ingin meninggalkan rumah mewah tersebut.

"Waalaikumussalam.."

Aisy Merdina tersentak. Pantas menoleh kembali kearah rumah yang terselindung disebalkk pagar elektrik emas tersebut.

Cinta si 'Jejaka hitam' (CJH)Where stories live. Discover now