"Mick, congratulations for your wedding.."
Aryan Mikael tersentak.
"What do you want Diamond?"
Aryan Mikael mengetap bibirnya kuat. Permainan apa lagi yang Diamond hendak layarkan?
Jonathan Zhuen melirikkan matanya kearah Aryan Mikael yang sedang bercakap melalui telefon dibalkoni kafe.
Semacam tidak kena sahabatnya itu.
Daniel Wu turut merasa benda yang sama.
"So easy.. don't disturbing my business.."
"If I don't want to follow your instructions?"
Kedengeran gelak kasar corong telefon pintarnya.
"Haha,kãn láì ni bù ai ni de qizi. (Nampaknya kau tidak sayang isteri kau)"
Suara Diamond berubah serius.
"Sh** ! Don't you dare to touch my wife! " suara Aryan Mikael naik seoktaf.
"Haha, so.. Mick.. Nì qizi de shenghuo zái nì shòuzong . (Nyawa isteri kau ditangan kau.)"
Talian dimatikan..
Aryan Mikael memandang kosong telefon pintarnya.
Ingin sahaja dibaling kebawah Iphone 7 nya itu. Tetapi disabarkan diri.
Aryan Mikael beristighfar beberapa kali.
Apa lagi dugaan yang bakal menimpa dirinya?
Isterinya kini sedang berbadan dua. Tidak sanggup untuk dia berpisah dengan isterinya.
Untuk melepaskan penjenayah kejam seperti Diamond..
Tidak mungkin!Janjinya sebagai seorang police special branch kepada negara China masih dipegang kemas.
Dia tetap akan memberkas Diamond walaupun nyawanya sendiri sebagai galang gantinya.
'Aku kena bertindak pantas. Allah bantu aku..'
×××××××××
Aryan Mikael berehat sebentar dibalkoni luar biliknya.
Baru beberapa minit lepas Dato' Isaac Lee ada menelefon, dikhabarkan bahawa perbicaraan Darwisy jatuh pada hari isnin ini minggu hadapan.
Jadual kerjanya pula bermula pada hari Jumaat minggu hadapan.
Dia perlu pulang ke Malaysia.
"Abang... "
Aryan Mikael menoleh kebelakang.
Kelihatan Aisy Merdina yang masih bersarung telekung berada dipintu balkoni.
Aisy Merdina menapak kearah suaminya.
"Kenapa abang nampak resah sejak balik tadi?"
Aisy Merdina berdiri disamping Aryan Mikael.
Angin pada malam itu sungguh nyaman. Kelihatan beberapa butir bintang terang menyinari permandangan malam. Bulan sabit juga jelas kelihatan terletak cantik dilangit hitam.
Halaman bawah yang ditumbuhi bunga-bunga mawar menyegarkan lagi permandangan.
Aryan Mikael memandang isterinya dengan penuh sayu lalu mengukir senyuman.
Tidak mungkin dia akan mengkhabarkan soal Diamond kepada isterinya.
Tidak mahu Aisy Merdina risau akan dirinya.
YOU ARE READING
Cinta si 'Jejaka hitam' (CJH)
RomanceAryan Mikael - Dia seorang jejaka penuh Misteri , wajahnya diselindung sebalik topeng hitam . Pakaian Hitam sentiasa menyelubungi tubuhnya sebagai mana hatinya yang telah dilitupi oleh kegelapan. Penyelasan atas kematian insan yang dicintai.. "Wo Xi...