Aisy Merdina mencuci mangkuk bubur yang digunakan untuk bubur Puan Shim Mei.
Senang hati Aisy Merdina selepas dapat menyuap Puan Shim Mei makan.
First step , untuk meraih hati ibu mertuanya berjaya!
Kini Aisy Merdina perlukan strategi baru.
Aisy Merdina melirik sebentar bajunya yang agak basah akibat percikan air dari pili air.
Pembantu Lay sudah berkali-kali menegah Merdina agar duduk berehat biar dia sahaja yang mencuci tetapi Aisy Merdina tetap sahaja ingin melakukan kerja rumah. Dah terbiasa katanya. Senang juga pembantu Lay dengan sikap ringan tulang Aisy Merdina.
"Sayang, jom keluar.. beli barang dapur.." Aryan Mikael menapak kedapur seraya memeluk Aisy Merdina dari arah belakang.
Aisy Merdina menyudahkan sesi cuci mencucinya lalu memusingkan badan menghadap Aryan Mikael.
"Mummy macam mana?"
"Mummy baru je tidur lepas makan ubat.." Aryan Mikael memegang tangan Aisy Merdina lalu menarik Aisy Merdina agar meninggalkan ruangan dapur itu.
"Nak ke mana ni?"
"Nak ke bilik la.."
"Ehh! Tadi kata nak keluar beli barang dapur.." Aisy Merdina hairan.
"Nak... ehem.. ehem..." Aryan Mikael berhenti menapak sambil memandang Aisy Merdina dengan senyuman yang penuh makna.
"Ehem-ehem.. ehem apa?" Aisy Merdina sudah mengaru kepalanya yang tidak gatal.
Apa bendalah yang encik suami ni katakan..
"Alah, yang macam malam semalam tu... kan kita... ehem-ehem.."
"Ie!!! Pervertt nyee!!" Aisy Merdina pantas mencubit perut berotot milik Aryan Mikael.
Aryan Mikael meledak ketawa. Geli hati melihat wajah Aisy Merdina yang mula menjadi-jadi merahnya.
"Haha, abang gurau saja lah.. Abang nak tukar baju. By the way baju sayang pun dah basah time mencuci tadi, jadi sebelum keluar kena la tukar dulu. Lagi pun sayang pun tak bertudung sekarang."
Aisy Merdina meraba kepalanya.
Betul juga.
Aisy Merdina sengih menayang barisan gigi putihnya.
Aryan Mikael meraba sebentar perutnya.
"Sakit..."
"Hishh, tulah siapa suruh gedik lagi.." Geram Aisy Merdina.
"Alah.. kita gedik pun dengan isteri kita juga.." Aryan Mikael memuncungkan bibir. Acah merajuk.
"Alolo.. meh sini.. kesian dia ya.." Aisy Merdina mengosok-gosok sedikit perut Aryan Mikael.
Aryan Mikael tersenyum lalu meneruskan langkahnya menaiki tangga.
Masih dipimpin erat tangan isterinya.
××××××
Aryan Mikael menolak troli di dalam Pasaraya Shicuan House. Berdekatan Restoran Tsim yang memang menjual barangan yang dijamin halal.
Aisy Merdina galak memilih barang-barangan basah.
Sotong, udang , ayam diambil dan diletak dalam troli.
Senang Aryan Mikael melihat telatah isterinya.
Sesudah membeli semua keperluan dapur.
Aryan Mikael mengajak isterinya untuk ke World Centre. Sengaja ingin mengajak Aisy Merdina shopping di Hong Kong memandangkan ini pertama kalinya Aisy Merdina menjejakkan kaki ke Tanah Cina ini.
YOU ARE READING
Cinta si 'Jejaka hitam' (CJH)
RomanceAryan Mikael - Dia seorang jejaka penuh Misteri , wajahnya diselindung sebalik topeng hitam . Pakaian Hitam sentiasa menyelubungi tubuhnya sebagai mana hatinya yang telah dilitupi oleh kegelapan. Penyelasan atas kematian insan yang dicintai.. "Wo Xi...