Di seluruh dewan besar terdapat ramai penonton yang ingin menyaksikan satu perlawanan penentuan.
Penentuan apa? Penentuan untuk diambil menjadi bodyguard kerajaaan. Wuihhh! Kalau dapat kerja tu, duit emas a.k.a gaji boleh bina rumah dan taman bunga. Dan cukup makan selama sebulan penuh.
Situasi para putera berserta dengan Raja dan Permaisuri sekarang ini, terdapat dua orang putera yang tengah gelisah.
Yang lain pelik melihat kegelisahan yang melanda mereka berdua. Siapa? Salah satunya adalah Kazuto.
"Kenapa Kazuto? Dari tadi ibu tengok kamu gelisah je? Tak suka ke tengok perlawanan ni?" soal Permaisuri dengan bimbang.
Kalau anaknya yang itu tak suka, dia tak kisah pun anaknya itu pergi berehat dalam bilik. Lagipun tengok perlawanan penentuan ini hanya sekadar untuk menjadi saksi sahaja.
Kazuto menggeleng laju.
"Bukan. Cuma, GG hilang. Dari semalam Kazuto cari." jelas Kazuto dengan senyuman.
"GG? Burung helang kamu tu ke?" soal Raja.
Kazuto mengangguk menanggapi kata² Raja. Adik beradiknya yang lain hanya diam. Mereka rimas dengan burung helang milik Kazuto, jadi mereka tak kisah sangat kalau burung tu hilang.
Sebab? Sebabnya burung helang tu suka sangat masuk bilik mereka tanpa alasan. Kadang² kalau mereka tak ingat betapa sayangnya Kazuto pada burung tu, memang sudah dicincang buat masak gulai.
"Ibu! Abah! Kak Rys mananya? Tak nampak pun." ujar Adam.
Dia la salah satu putera yang turut gelisah dari tadi. Raja dan Permaisuri tersenyum melihat Adam. Sayang sangat dekat Crystalia sorang.
"Adam. Sabar dulu, nanti dia keluar la tu." ujar
Saugo sambil mencuit pipi adik bongsunya dengan halus.Adam memuncungkan mulutnya sambil mengeluh berat. Adik beradiknya tersenyum lucu melihat adiknya.
---
Crystalia meneguk air liur kesatnya. Dia melihat ramai, salah! Bukan ramai tapi semua peserta lelaki yang sedang bersiap sedia untuk bertarung sesama sendiri termasuk dirinya.
Dia berasa rendah pula apabila bersama dengan mereka semua. Sebab semua lelaki di sini, nampak kuat² dan otok badan pun berketul² macam nak pecah lengan dibuatnya.
(A/N menggelikan..)
Tapi itu tidak mengurangi kemahiran dan keyakinannya. Dia yakin yang dia akan menang dalam perlawanan penentuan ini. Harap² la.
Dan dia sangat bernasib baik kerana semua peserta lelaki itu sangat peramah.
Jadi , tak ada la musuh kan.
---
Semua peserta yang akan bertanding masuk ke gelanggang perlawanan.
Akhirnya Crystalia turut keluar apabila namanya dipanggil untuk mengadap Raja bersama yang lain.
"Wah! Cantiknya Kak Rys! Cantik kan abang?" soal Adam kepada semua abang²nya.
Para putera itu mengangguk menyetujui kata² Adam.
Adam pula tersenyum bangga melihat dia berjaya menarik perhatian abang²nya.
"Ibu..kan Adam dah cakap, semua orang pasti akan sukakan Kak Rys!" ujar Adam dengan senyuman mesranya.
Permaisuri mengangguk faham sambil ketawa kecil. Dia memandang semua anaknya yang seperti tertarik dengan Crystalia.
Permaisuri menggeleng melihat anaknya dan mengalihkan perhatian kepada Crystalia. Dia akui yang Crystalia sangat cantik dan menarik perhatian kerana pakaian yang dipakainya sesuai dengan tubuh langsingnya.
YOU ARE READING
'Bodyguard' For Princes
FantasyPerjalanan seorang puteri menjadi seorang bodyguard kepada tujuh orang putera. *Buku ini ditulis oleh diri saya sendiri. Tiada sebarang peniruan di sini. Terima kasih.