"Kak Rys!!"
Crystalia memandang Adam yang berlari ke arahnya.
"Tuan putera, jangan berlari. Nanti tuan putera jatuh." pesan Crystalia dengan baik.
Adam hanya tersengih.
"Kak Rys! Kak Rys nak pergi mana?" soalmya dengan pelik.
"Kak nak pergi teman Putera Yukino dan Putrra Saugo ke Kerajaan Daisy. Ada hal penting." ujar Crystalia.
Adam mula memuncungkan mulutnya.
"Habis tu? Adam tak penting? Kan Kak Rys kena jaga Adam juga?" soalnya lagi.
Crystalia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
'Susah ni kalau asyik tanya je. Bila nak habis kalau macam ni.' bisik hati Crystalia dengan pasrah.
"Memang la, tapi--"
"Adam? Adam buat apa dekat sini? Masa ni Adam sepatutnya belajar. ujar seseorang yang telah berjaya memintas percakapan Crystalia.
Mereka memandang gerangan tersebut. Rupanya Saugo yang sudah bersiap. Jadi mereka hanya perlu tunggu Yukino sahaja.
"Adam keluar sebab nampak Kak Rys keluar. Kenapa abang ambil Kak Rys? Kan Kak Rys kena jaga Adam juga? Ini tak adil." ujar Adam dengan mencerutkan bibirnya.
Saugo ketawa kecil dengan sikap adiknya.
"Sekejap je Adam. Lagipun, Adam sudah dijaga oleh abang² yang lain kan? Jangan la risau." pujuk Saugo.
Adam memuncungkan mulutnya sekali lagi. Crystalia ketawa kecil dengan sikap lucu Adam manakala Saugo tersenyum melihat Crystalia.
"Tapi itu tak sama!"
Saugo dan Crystalia sudah buntu macam mana cara untuk pujuk Adam. Tak lama itu, Ryouta menuju ke arah mereka.
"Putera Ryouta? Tuan putera ada apa² yang diperlukan ke?" soal Crystalia dengan lembut.
Ryouta menggeleng dan berkata..
"Saya nak bercakap dengan awak sekejap. Mari ikut saya." arah Ryouta.
Dahi Crystalia berkerut pelik dan hanya mengikuti langkah Ryouta setelah meminta keizinan dari Saugo.
---
Tazuko memandang abangnya, Tashima yang sedang serius dengan pelbagai jenis kertas dan surat dari Kerajaan lain.
"Tashima, kita ada jemputan dari Kerajaan Daisy." ujar Tazuko sambil duduk di hadapan Tashima.
"Jemputan apa?" soal Tashima tanpa memamdang Tazuko.
"Jemputan makan malam bersama dengan Kerajaan Dandelion esok sebagai ucapan terima kasih sebab kau terima kerjasama dengannya baru² ini." jelas Tazuko dengan jelas.
Tashima memandang Tazuko dengan kening bertaut.
"Makan malam?"
Tazuko mengangguk.
"Dengan Kerajaan Dandelion?"
Tazuko mengangguk.
"Malam esok?"
Tazuko mengangguk lagi dan bersabar dengan abangnya yang suka tanya soalan. #adiktabah2k18
Entah kenapa hati Tashima berasa ingin pergi ke sana. Tashima berasa dia akan menemukan sesuatu tetapi tidak pasti apa dia.
Tashima mengangguk setuju.
"Kita akan berangkat pagi esok. Malam ni kita bersiap - siap." ujar Tashima dan diangguk oleh Tazuko.
YOU ARE READING
'Bodyguard' For Princes
FantasyPerjalanan seorang puteri menjadi seorang bodyguard kepada tujuh orang putera. *Buku ini ditulis oleh diri saya sendiri. Tiada sebarang peniruan di sini. Terima kasih.