Di Kerajaan Sunflower..
Raja dan Permaisuri sedang gelisah di dalam ruangan peribadi mereka. Dengan penuh gelisah, Raja memandang jam di dinding.
7:00
Satu jam lagi, majlis akan bermula. Mereka sudah buntu dan tidak tahu apa yang mereka ingin lakukan.
Pintu ruangan tersebut dibuka oleh seseorang. Raja dan Permaisuri memandang gerangan yang masuk.
"Tazuko?" soal Permaisuri.
Tazuko tersenyum dan menunduk hormat kepada mereka.
"Saya lihat semua sudah datang di bawah kecuali Kerajaan Dandelion. Mungkin sebentar lagi mereka sampai." ujar Tazuko sekadar ingin memberitahu.
Raja dan Permaisuri menunduk sedih.
"Tazuko, beta tak tahu apa nak buat. Semua mesti ingin berjumpa dengan Crystalia. Sekarang Crystalia masih belum ada di sini. Macam mana kalau Tashima tahu nanti?" soal Raja dengan cemas.
Tazuko tersenyum maklum.
"Jangan bimbang tuanku. Saya sudah bagitau tuanku hari tu kan? Crystalia akan ada di sini. Malam ni adalah majlis dia. Dia akan ada di sini." ujar Tazuko dengan yakin.
Permaisuri memandang penuh harapan kepada Tazuko.
"Beta harap juga begitu. Beta sangat rindukan Crystalia. Dia satu-satunya anak beta." ujar Permaisuri dengan sedih.
Tazuko tersenyum dan mengangguk faham.
"Tashima sudah ada di sini ke?" soal Raja dengan penuh ingin tahu.
"Tashima sudah ada di bawah. Sekarang ni pun dia tengah mencari Crystalia di bawah." ujar Tazuko dan itu berjaya membuatkan Raja dan Permaisuri saling berpandangan.
Tazuko tersenyum melihat kerisauan Raja dan Permasuri.
"Tenang tuanku. Saya yakin Tashima tidak akan mengetahui kehilangan Crystalia. Percayalah." ujar Tazuko sekadar memberi semangat.
Raja mengeluh perlahan. Dia mengangguk mendengar kata² Tazuko tetapi hatinya mmsih gelisah dan bimbang.
---
( Dewan Majlis Kerajaan Sunflower... Mewah gitu )"KEDATANGAN TETAMU DIRAJA DARI KERAJAAN DANDELION!"
Semua memandang takjup ke arah Raja dan Permaisuri yang terlihat anggun berjalan dengan Raja sambil berpegangan tangan.
Sawit betullah.
Tetapi dewan makin heboh apabila para putera Kerajaan Dandelion terlihat sangat kacak dan paling mengejutkan mereka apabila terlihat seorang perempuan yang sangat cantik berada di tengah² para putera.
Mereka tidak boleh melihat wajah perempuan tersebut, tetapi mereka yakin bahawa perempuan itu sangat cantik kerana cara pemakaian dan cara berjalan seperti seorang puteri.
Ramai yang berbisik-bisik tentang perempuan itu.
"Siapa agaknya dia?"
"Adakah dia bakal isteri salah satu putera di sana?"
"Woah..perempuan itu nampak misteri."
"Aku teringin nak tengok wajah dia."
Disebabkan ramai yang berbisik seperti itu, Tashima mula memandang orang yang dibincangkan. Tetapi malangnya, wajah perempuan itu tidak dilihat olehnya.
Tashima mula mengacuhkannya dan menyambung mencari Crystalia.
Tanpa Tashima sedar, Crystalia menghela nafas leganya apabilanya telah pergi.
Yukino perasan yang Crystalia tidak memakai topengnya. Yukino memandang topeng yang dipegang oleh Crystalia dan terus memakaikan untuknya.
Putera yang lain memandang Yukino dan Crystalia.
"Nampak sesuai dengan awak Rys." ujar Izay dengan senyuman.
Crystalia tersenyum kaku. Dia bersyukur yang putera Kerajaan Sunflower belum melihat dirinya memakai topeng. Lainlah kalau kerajaan Daisy, Kerajaan Rose, Kerajaan Lily dan Kerajaan Stone.
Kerajaan² tersebut pernah nampak Crystalia memakai topeng. Sebab itulah dia takut memakainya. Dia bersyukur yang keluarganya menjemput semua kerajaan. Tidak perlulah dia sentiasa bersembunyi.
"Er..Maafkan saya putera Yukino, boleh tak saya berjalan-jalan di majlis ni?" pinta Crystalia dengan senyuman.
Berjalan-jalan? Well, dia tidak akan berjalan-jalan melainkan bersembunyi kerana bimbang Tashima akan berbual dengan mereka.
Sudah tentulah Tashima akan mengetahui dirinya. Sebab? Sebab Tashima yang mengarahkannya untuk memakai topeng sejak dulu lagi.
Senyuman Crystalia makin mengembang apabila Yukino membenarkannya.
Apa lagi yang dia tunggu? Crystalia terus meninggalkan para putera. Ke mana Crystalia pergi? Ke makanan. Dia rasa lapar pula sebab dia tidak makan sejak mereka berangkat.
Para putera Kerajaan Dandelion memandang Crystalia yang nampak seperti ingin larikan diri daripada sesuatu.
"Kenapa Rys nampak gelisah?" soal Kazuto dengan pelik.
"Mungkin dia tak selesa dengan tempat ni." dalih Ryouta dengan pantas.
"Tapi kan.."
Semua memandang Shou..
"Tapi apa?"
Shou tersenyum dan menggeleng.
"Tak ada apa².." jawabnya dengan santai.
Adik beradiknya memandang datar ke arahnya. Buat orang suspen betul Shou ni. Dan tanpa pengetahuan dari adik beradiknya, Shou memandang Crystalia yang hampir hilang dari keramaian orang.
'Kenapa dengan Rys? Kenapa dia seperti sembunyikan diri. Sepatutnya dia selalu kena bersama kami. Dia dah lupa ke kerja dia? Tak..aku dapat rasakan ada yang tak kena dengan Rys.' desis Shou.
Crystalia memandang ke belakang dan sekeliling. Dia bernafas lega sekali lagi apabila tidak menemui Tashima.
Tetapi, langkahnya terhenti dan terkaku apabila seseorang menepuk bahunya apabila dia sampai di tempat tujuannya.
"Puteri Crystalia yang terhormat."
YOU ARE READING
'Bodyguard' For Princes
FantasiPerjalanan seorang puteri menjadi seorang bodyguard kepada tujuh orang putera. *Buku ini ditulis oleh diri saya sendiri. Tiada sebarang peniruan di sini. Terima kasih.