Berjaya

2.9K 235 34
                                    

Sebelum tu, sis nak minta maaf sebab lama sangat tak update. Bukan sis sengaja, tetapi sis ada exam seminggu ni. Jadi sis fokus kepada exam.

Ni baru dapat cuti seminggu. Lepas tu masuk sem balik.

---

Yukino dengan marahnya mengikuti langkah Kosuke untuk berjumpa dengan Giko.

Manakala Kyho yang dibelakang mereka sentiasa berdoa agar Yukino diselamatkan.

Sampailah di mana Kosuke berhenti di sebuah tempat yang diyakini olehnya bahawa itu adalah tempat tinggal Giko.

Yukino memandang sekelilingnya dan mengaku bahawa tempat Giko sangat jijik dan buruk. Jauh berbeza dengan tempat Kyho dan Kosuke.

Membuatkan Yukino berasa ingin cepat2 membunuh spesis ahli sihir tak guna seperti Giko.

"Woahh..ada tetamu hari ni rupanya."

Mereka bertiga memandang Giko yang sedang berbaring di atas kayu yang reput.

Untuk seketika, mereka agak simpati kerana katil Giko adalah kayu. Sikit jela simpatinya kerana kemarahan lebih besar.

Kyho dan Kosuke memandang datar ke arah Giko. Manakala Yukino masih memandang sekeliling tempat itu.

"Kami datang sini sebab ada seorang bakal Raja yang ingin hapuskan kau."

Perkataan Kosuke membuatkan Giko ketawa besar.

Yukino memandang datar ke arah Giko yang nampak seperti meremehkan kemahirannya.

Memang menempah mati.

Disebabkan kemarahan Yukino pada Giko, dia terus berjalan menuju ke arah Giko dengan memengang pedang khasnya.

"Kau memang menempah maut, tak guna!! Berani kau meremehkan aku!" Marah Yukino dengan kuat.

Tak sempat Kyho dan Kosuke ingin menghalang Yukino dari menyerang Giko secepat itu, Yukino telah berjaya dibekukan.

Mereka sudah terlambat.

Kalau Giko sudah bekukan Yukino, Giko boleh terus makan atau seksa Yukino terlebih dahulu.

Kyho dan Kosuke ingin melawan dan menolong Yukino, tetapi kekuatan mereka tidak sama.

Giko sangat pandai mengawal kuasanya itu. Kyho dan Kosuke pula masih dalam belajar lagi.

Giko tersenyum sinis melihat Yukino berada di hadapannya. Dia akui Yukino sangat pantas dalam bertindak, tetapi kepantasan itu tidak boleh melebihinya.

"Kau cuba nak bunuh aku ke? Kau sedar tak aku ni siapa?"

Giko tersenyum kecil melihat Yukino yang kesusahan untuk bercakap dengannya.

"K-kau mema-ang ha-harus dibunuh!" Marah Yukino dengan perlahan.

Well, Giko ada di hadapannya, buat apa dia nak bercakap kuat. Giko mula ketawa sinis apabila melihat Yukino makin kesakitan.

"Sakit? Kenapa kau tak minta tolong dengan mereka berdua tu?"

Ujar Giko sambil memandang Kyho dan Kosuke yang berada agak jauh dari mereka. Giko tahu bahawa Kyho dan Kosuke agak takut berada berdekatan dengannya.

Bukan takut mati ke apa, tapi takut tenaga mereka makin berkurangan. Sekarang ni pun, tenaga mereka sudah berkurang disebabkan kuasa Giko yang telah membekukan tubuh mereka.

Buktinya? Buktinya mereka pergi ke tempat Giko dengan berjalan. Mereka berdua tidak boleh terbang buat sementara kerana kekurangan tenaga.

Kalau terkena sekali lagi, memang hanya tinggal nama.

'Bodyguard' For PrincesWhere stories live. Discover now