Shou dengan 'bangganya' mendukung Adam setelah Adam merengek minta didukung. Lagipun bukan selalu Adam nak didukung. Sekali sahaja dalam setahun.
Adam ketawa apabila Shou mendukungnya di belakang badan miliknya.
"Okay kapten! Kita nak pergi ke mana?" soal Shou dengan semangat.
"Kita pergi ke bilik Kak Rys! Adam rindu dengannya!" ujar Adam dengan gembira.
"Baiklah! Arahan diterima."
Setelah itu, Shou berlari dengan pantas dan menaiki tangga yang besar itu. Dalam istana di pagi hari itu hanya kedengaran gelak tawa milik Adam.
Shou berhenti betul² di depan bilik Crystalia. Shou mengetuk pintu bilik itu tetapi langsung tiada yang menyahut.
"Kak Rys tak ada ke abang Shou?" soal Adam dengan pelik.
Baru sahaja Shou ingin menjawab soalan Adam, mereka berdua mendengar jeritan kuat dari Crystalia dari bilik Saugo.
---
Crystalia merapatkan pelukan pada bantal gulingnya yang besar. Dia tersenyum apabila merasa kehangatan di pagi hari.
Tapi..tunggu..
Setahunya, dalam biliknya mana ada bantal guling yang besar dan keras macam ni. Dan bantal gulingnya mana ada mengeluarkan aura yang hangat macam badan manusia.
Badan manusia?
Untuk seketika, Crystalia membeku.
'Jangan cakap..'
Crystalia memandang 'bantal guling' tersebut dengan perlahan lahan. Terkejut dia apabila ternampak Saugo yang berada tepat di mukanya. Malahan sangat dekat. Seinci lagi confirm mereka akan berciuman.
Saugo membuka matanya dan memandang tepat ke dalam mata milik Crystalia. Merah muka Crystalia apabila mendapati dia masih lagi memeluk Saugo.
Kerana tidak tahan malu, dia menjerit sekuat hati dan berjaya membuat Saugo menutup telinganya. Dia menutup mulut Crystalia apabila Crystalia masih lagi tidak berhenti menjerit.
"Rys..saya boleh terang--"
"KAK RYS!"
"RYS?!"Saugo dan Crystalia memandang ke arah pintu yang dibuka oleh Shou.
Adam terus meluru ke arah Crystalia dan memeluknya. Shou memandang tajam ke arah Saugo.
"Apa yang kau lakukan pada Rys?" soal Shou dengan geram.
Saugo mengeluh berat. Baru sahaja dia ingin bercakap, Yukino sudah datang.
"Ada apa ni?"
---
Yukino dan Shou memandang tajam ke arah Saugo. Saugo mengeluh berat apabila dipandang sebegitu, dia sudah seperti orang jahat yang telah memperkosa anak dara orang.
Para putera yang lain pula masih lagi tidur. Langsung tidak terganggu dengan jeritan tadi. Well, masih sangat pagi kot.
Adam? Adam pergi mandi setelah dipaksa oleh Yukino. Crystalia pula ada bersama mereka.
"Kenapa Rys menjerit tadi?" soal Shou kepada Crystalia.
"Ermm..sebenarnya, saya terkejut dan malu kerana rapat sangat dengan Putera Saugo." ujar Crystalia dengan senyuman manisnya.
Well, sialnya itu berhasil membuat ketiga-tiga putera itu berdegup kencang.
"Habis tu, kenapa boleh Rys ada di bilik Saugo? Saugo yang paksa ke?" soal Yukino dengan pelik dan memandang tajam ke arah Saugo.
"Amboi kau..sedap menuduh orang nampak." ujar Saugo dengan geram.
"Mana tahu kan." Yukino mencerlung ke arah Saugo.
Crystalia ketawa kaku dan menggeleng.
"Bu-bukan la..Korang salah faham ni. Sebenarnya, semalam ada guruh, jadi saya takut. Saya hanya masuk sahaja ke bilik yang tidak berkunci. Saya tak sangka saya masuk bilik putera Saugo. Maafkan saya." mohon Rys dengan bersungguh sungguh.
Mereka berdua mengangguk pantas manakala Saugo tersenyum remeh memandang adik beradiknya.
'Kenapa la aku kunci pintu malam tadi?' soal hati Yukino.
'Kenapa la bilik aku jauh dari bilik Rys?' soal hati Shou pula.
Crystalia meminta diri untuk membersihkan diri dan langsung pergi ke biliknya setelah mendapat keizinan.
-skip-
Baru sahaja Crystalia ingin keluar dari biliknya setelah membersihkan diri. Dia ternampak burung helang yang dibelanya nampak lemah.
Crystalia langsung meluru ke arah burung tersebut dan menggosok bulu lembut milik burung helang itu.
"Kenapa ni? Tak sihat ke?" soal Crystalia kepada burung itu.
Burung itu hanya memandang lemah ke arah Crystalia. Crystalia memandang makanan dan minuman yang masih ada lagi. Itu tandanya burung helang itu tidak makan, dan hanya satu penyebabnya, iaitu sakit.
Crystalia dengan pantas mengambil burung helang itu dan ingin membawa ke rumah rawatan haiwan.
Semasa dia ingin menuruni tangga, dia terjumpa dengan Kazuto yang nampak gelisah. Kazuto pula terpandang burung helang yang dipegang oleh Crystalia.
"GG?!"
"GG?"
Kazuto dengan pantas mengambil burung helang yang bernama GG itu dari Crystalia.
"Rys? Mana jumpa GG ni?" soal Kazuto dengam cemas.
'Oh..jadi burung ni la nama GG tu.' bisik hati Crystalia.
"Dia masuk ke bilik saya tuan putera. Tapi GG sedang sakit tu, saya kena bawa dia ke rawatan haiwan dengan segera." ujar Crystalia.
Terkejut Kazuto mendengar kata² dari Crystalia.
"Sakit? GG tidak boleh dirawat dengan suntikan. Dia kena rawat dengan kuasa." ujar Kazuto sambil menggosok GG dengan lembut.
"Habis siapa yang ada kuasa tu?"
"Adam. Panggil Adam cepat." arah Kazuto lantas turun ke bawah dan meletakkan GG atas sofa.
Baru sahaja Crystalia ingin memanggil Adam, tetapi baru dia teringat sesuatu.
"Maaf tuan putera. Tapi Putera Adam keluar dengan Putera Ryouta." ujar Crystalia dengan perasaan bersalah.
Kazuto meraup wajahnya dengan kasar.
"Habis macam mana ni? GG akan jadi makin lemah sekarang ni." ujar Kazuto.
Crystalia terdiam.
'Aku terpaksa keluarkan kuasa penyembuh aku kalau macam ni.' desis hati Crytalia dengan berat.
"Biar saya lakukannya tuan putera."
Kazuto memandang Crystalia dengan pantas lantas mengangguk. Walaupun sebenarnya dia pelik kenapa Crystalia boleh ada kuasa penyembuh itu. Sebab jarang sangat orang ada kuasa sebegitu.
Crystalia meletakkan tangannya di atas badan GG. Tak lama itu, satu cahaya berwarna kemerahan muncul di tapak tangan milik Crystalia.
Sekali lagi terkejut Kazuto melihat cahaya itu. Well, selama ini dia hanya tahu kuasa penyembuh itu berwarna hijau.
Crystalia tersenyum apabila terlihat GG mula terbang dengan pantas.
"Nampaknya GG dah okay semula." ujar Crystalia sambil memandang GG.
Manakala Kazuto masih mencerna apa yang terjadi. Adiknya pernah menyembuhkan GG, tapi GG tak ada la sampai terus boleh terbang. Tapi setelah dirawat oleh Crystalia, GG seakan tidak sakit.
'Siapa sebenarnya awak Rys?'
YOU ARE READING
'Bodyguard' For Princes
FantasyPerjalanan seorang puteri menjadi seorang bodyguard kepada tujuh orang putera. *Buku ini ditulis oleh diri saya sendiri. Tiada sebarang peniruan di sini. Terima kasih.