Crystalia membuka matanya dengan perlahan-lahan dan mula mencari seseorang.
Tetapi yang dijumpainya adalah Saugo di birai katilnya. Saugo yang kebetulan memandang ke arah Crystalia terus tersenyum memandang Crystalia yang sudah sedarkan diri.
Tapi senyumannya luntur setelah mendengar soalan Crystalia.
"Mana Putera Yukino?" soal Crystalia dengan separuh sedar.
Crystalia tidak tahu apa yang dia ucapkan itu menyakitkan hati Saugo di situ. Dalam fikirannya hanyalah Yukino. Dia perlukan Yukino sahaja. Maklumlah, dia sudah tahu siapa jodohnya. Nak buat cam ne kan..
"Yukino ada di bawah. Nak saya panggilkan ke?" soal Saugo dengan senyuman paksa.
Crystalia menggeleng kepalanya dan terus turun dari katil yang membosankan itu.
Saugo terus menuju ke arah Crystalia dan menolong Crystalia yang nampak susah untuk berjalan.
Efek baru sembuh kot.
"Saya rasa awak kena berehat lagi ni." ujar Saugo untuk cuba menghalang Crystalia dari banyak bergerak.
Tapi bukan Crystalia namanya kalau dia mengikuti kata² orang.
"Saya baik² sahaja tuan putera. Tolong izinkan saya turun. Saya bosan duduk dalam bilik ni." ujar Crystalia dengan muka comelnya.
Saugo mengeluh berat. Dia menjadi tidak sanggup untuk menolak permintaan Crystalia. Well, siapa boleh tahan dengan muka comel Crystalia.
Nasib baik iman Saugo kuat, kalau tak, Crystalia memang akan 'dikerjakan' olehnya.
---
Tashima termenung di ruang peribadinya. Tak lama itu, Tazuko masuk ke dalam bilik itu dengan kerutan di dahinya.
Bukan apa, dia pelik tengok abangnya yang termenung. Selama ni dia masuk ke bilik abangnya, pasti abangnya sibuk dengan kertas² yang berlimpah seperti harta. Tetapi pagi ini dan hari ini dia hanya termenung.
"Kau fikir apa?" tegur Tazuko dengan pelik.
Bukannya tersentak, malahan Tashima hanya memandang Tazuko dengan pandangan membunuhnya. Maybe sebab Tazuko kacau dia kot..
"Okay. Aku minta maaf, aku bukan nak kacau kau pun. Aku hanya bertanya, mana tahu kau nak kongsi masalah kau ke.." ujar Tazuko dengan cepat.
Bimbang juga Tashima akan mengusirnya seperti sampah. Tashima bukan boleh buat main, Nama pun Tashima, dia akan buat sesuka hati tanpa memikirkan perasaan oraag lain.
Jarang sangat nak nampak kebaikan dia tu.
"Kau tak pelik ke?" soal Tashima secara tiba².
Tazuko menaikkan keningnya.
'Rasa. Kau yang pelik hari ni.' bisik hatinya.
Sayangnya dia tak mampu untuk mengatakannya. Takut dia 'mampus' di tangan abangnya. Dengan pantas dia menggeleng.
"Apa yang pelik? Kerajaan Rose ke? Aku rasa diorang okay je semalam." ujar Tazuko.
Tashima menggeleng kepalanya.
"Bukan tu. Tapi bodyguard Kerajaan Dandelion. Suara dia macam Crystalia."
Ucapan Tashima membuatkan Tazuko membeku hebat.
'Oh tidak..idea! Tolong datang idea! Ku perlu kau sekarang!' jerit hatinya.
"Aku rasa aku kena pergi lagi ke sana dan melihat bodyguard tu dengan mata kepala aku sendiri." ujar Tashima dengan yakin.
Tazuko cepat² menghalang ucapan Tashima.
"Aku bukan apa tau Tashima. Tapi apa yang kau buat tu salah." ujar Tazuko dengan sedikit kuat.
Tashima menaikkan kening kirinya dan memandang curiga ke arah Tazuko.
"Apa yang salah?"
"Tak la..Maksud aku, kau nampak macam kacau privasi orang. Memang suara dia macam Crystalia tetapi dia bukan Crystalia." ujar Tashima dengan membuat wajah yakin.
"Macam mana kau tahu?"
"Sebab aku pernah bertembung dengan dia. Dia memang cantik tetapi lagi cantik Crystalia. Apa kata kalau aku pergi ke Kerajaan Sunflower dan lihat keadaan Crystalia." cadang Tazuko.
"Daripada kau yang pergi. Baik aku yang pergi, aku kan calon suami dia." bantah Tashima.
Tazuko mengeluh berat.
"Memang la kau calon suami dia. Tapi kan, Crystalia pasti tidak mahu berjumpa dengan kau lagi. Dia pasti masih fikir tentang peminangan kau tu. Kau rasa kalau kau ke sana pun, kau dapat jumpa dia ke? Pasti dia akan berkurung dalam bilik." tegas Tazuko.
Tashima memutar matanya dengan malas. Well, dia sedikit setuju dengan kata² adiknya. Dia tahu peminangannya membuatkan Crystalia terkejut besar.
"Baiklah kalau begitu. Kau tolong tengok keadaan dia untuk aku.Jadi, bila kau nak pergi?" soal Tashima kepada Tazuko.
Tazuko tersenyum ceria mendengar jawapan abangnya. Dia betul² tidak sangka ideanya cukup bernas.
Hebat betul. Boleh jadi pelakon budak Tazuko tu.
"Kalau boleh, aku nak kau pergi secepatnya."
Ucapan Tashima membuatkan senyuman Tazuko semakin lebar.
Entah kenapa dia berasa lega kerana berjauhan dari abangnya. Bukan apa tau, dia sebagai adik kepada Tashima, dia tidak sanggup untuk membohongi abangnya banyak sangat.
Rasa berdosa pula.
---
Sedang rancak Yukino, Rash dan Kyosuke berbual di ruang besar, tiba² terhenti apabila nampak Saugo menolong Crystalia menuruni tangga.
"Rys? Kenapa turun bawah? Awak baru sedar kan." ujar Rash dengan risau.
Crystalia tersenyum dan menggeleng.
"Saya baik² sahaja Putera Rash." jawabnya sambil duduk di tepi Yukino.
Yukino merapatkan Crystalia ke arahnya. Merah muka Crystalia dibuatnya.
Tanpa sedar hal itu membuatkan Saugo cemburu hebat.
Crystalia memandang pelik ke arah Rash dan Kyosuke.
"Mana Putera Liam?" soalnya.
Rash dan Kyosuke saling berpandangan dan terus mengeluh.
"Dia ada dekat unit rawatan. Dia ada bersama dengan tabib yang rawat awak semalam." ujar Kyosuke.
"Woah..Tak sangka Putera Liam pandai membuat kawan." ujar Crystalia dengan senyuman.
'Kawan? Bukan kawan Rys, tapi lebih dari tu.' bisik hati Rash.
Rash dan Kyosuke ketawa kecil. Mereka berdua tidak tahu apa riaksi Crystalia kalau Crystalia tahu perangai Liam.
Rash dan Kyosuke pun tidak menyangka hal ini. Terutamanya Permaisuri. Tetapi, demi kebahagian anaknya, Permaisuri hanya menyetujui sahaja.
Sejak dari itu juga, rancangan Permaisuri untuk dekatkan Crytstalia dengan Liam tidak menjadi. Permaisuri terus putus asa dan hanya menganggap impiannya untuk jadikan Crystalia menantunya adalah bukan rezekinya.
"Saya belum lagi tengok tabib tu. Boleh saya tengok dia?" soal Crystalia dengan penuh ingin tahu.
"Tak boleh!!"
Terkejut mereka mendengar jeritan Yukino yang melarangnya.
Crystalia tidak protes. Cuma dalam diam, dia tersenyum kecil kerana gembira melihat Yukino yang nampak cemburu.
YOU ARE READING
'Bodyguard' For Princes
FantasyPerjalanan seorang puteri menjadi seorang bodyguard kepada tujuh orang putera. *Buku ini ditulis oleh diri saya sendiri. Tiada sebarang peniruan di sini. Terima kasih.