"Puteri Crystalia yang terhormat."
Dengan perlahan-lahan Crystalia memandang gerangan yang memanggilnya.
Dia terkejut apabila gerangan yang memanggilnya adalah Tazuko.
"O-oh Putera Tazuko."
Crystalia tersenyum kaku. Tazuko tersenyum maklum.
"Jangan la formal sangat Lia. Panggil jela Tazuko."
Kata² Tazuko dibalas anggukan oleh Crystalia.
"Kenapa awak takut Lia? Abang saya tak ada sekitar ni." ujar Tazuko apabila Crystalia sudah gelabah.
Crystalia mengangguk faham dengan kata² Tazuko.
"Er..Tazuko. Macam mana dengan mama dan papa saya?" soal Crystalia sambil melilau matanya.
Tazuko tersenyum dengan gelagak Crystalia yang masih takut. Yelakan, siapa tak takut kalau rahsia terbongkar.
"Mereka baik. Lagipun saya bagitau mereka yang awak akan hadir." jawab Tazuko dengan senyuman.
Terkejut Crystalia. Dia memandang pelik ke arah Tazuko.
"Apa? Kenapa awak bagitau mama dan papa saya? Mereka sudah tahu segalanya ke?" soal Crystalia dengan takut.
"Jangan bimbang la Lia. Saya hanya cakap yang awak akan hadir, saya tak cakap apa² pun pasal awak dekat mereka. Jangan bimbang. Tapi..."
Crystalia memandang Tazuko dengan pelik.
"Tapi apa?"
"Tapi awak kena sembunyikan diri sekarang. Sebab majlis sudah nak bermula. Kalau semua berkumpul, lagi senang mereka jumpa awak nanti. Awak juga yang tidak mahu mereka tahu rahsia awak kan?"
Belum sempat Crystalia membalas, majlis sudah bermula.
Tazuko dan Crystalia saling berpandangan. Crystalia memandang Tazuko dengan kalut.
"Ta-Tazuko.."
Tazuko menghela nafas beratnya. Dia melihat jam di dinding dan tidak menyangka jam sudah menunjukkan pukul 8:00 malam.
---
Disebabkan Tashima belum menjumpai Crystalia. Dia memutuskan untuk berkumpul di tengah dewan apabila majlis sudah bermula.
"DIPERSILAKAN RAJA DAN PERMAISURI KERAJAAN SUNFLOWER UNTUK BERUCAP."
Semua tersenyum apabila Raja dan Permaisuri duduk di singgahsana mereka. Semua sangat gembira kerana dapat berjumpa dengan Permaisuri yang sangat cantik.
"Diharapkan semua selesa di majlis ini. Dan maafkan beta jika hanya kami berdua sahaja yang bertemu dengan kalian. Anakanda beta sudah terlebih dahulu berada di dewan ini." ujar Raja Kerajaan Sunflower.
Semua tetamu berbisik gembira. Yelakan, mereka tidak perasan dengan kehadiran Puteri Tunggal Kerajaan Sunflower.
Nak perasan macam mana, semua pakai topeng. Lagipun bukan semua yang pernah nampak Crystalia sebelum ini.
Tanpa yang lain sedar, Crystalia sedang gelisah di belakang dewan. Sebenarnya, kedudukannya sangat terbuka dan Crystalia sentiasa berdoa agar keluarganya tidak nampak kehadirannya.
"Jadi..beta harap kalian akan bergembira di majlis hari jadi anakanda beta! Terima kasih." ujar Raja dengan senyuman.
Semua bersorak gembira dan membuat haluan masing-masing.
Sebelum Tashima pergi ke arah Raja dan Permaisuri Kerajaan Sunflower, langkahnya terhenti apabila ternampak seseorang yang sangat dikenalinya.
"Crystalia?" gumam Tashima pelik.
YOU ARE READING
'Bodyguard' For Princes
FantasyPerjalanan seorang puteri menjadi seorang bodyguard kepada tujuh orang putera. *Buku ini ditulis oleh diri saya sendiri. Tiada sebarang peniruan di sini. Terima kasih.