Malu

3.9K 243 17
                                    

Baiklah..Ehem! Disebabkan rmai yg pilih Yukino..So fhm² la ye..But dont worry bgi yg pilih org lain. Korang boleh bayangkan Yukino tu org yg kalian pilih tpi dlm story ini tetap nama Yukino sebab rmai yg pilih utk Crystalia. Ahahah!

Amd sorry sebab tak update tgh malam tadi, sbb rumah akk hujan lebat skali dgn petir. Jdi akk x main tepon, takut tepon akk kne sambar dgn petir nanti.

Happy Reading..















Yukino...

Orang yang menciumnya adalah Yukino. Yukino tersenyum manis ke arahnya.

Baru sahaja Yukino ingin menindihnya, cepat² Crystalia membuka matanya.

Jantungnya jangan cakap..Berdegup kencang seperti baru lepas berlari.

'Ja-jadi Yukino adalah--'

"Bagaimana Rys? Sudah tahu siapa jodoh Rys?" soal Permaisuri.

Tersedar Crystalia dari fikirannya. Dia mengetuk kepalanya kerana tidak sedar dia tidak bersendirian di sini.

"Er..y-ya." jawab Crystalia dengan gagap. Kepalanya sudah berpeluh kerana tidak dapat membuang fikiran kotornya sewaktu Yikino ingin menindihnya.

'Kenapa aku jadi gatal sangat ni? Bukan ciri² aku langsung!' marah dirinya sendiri sambil menampar pipinya.

Permaisuri pelik memandang Crystalia yang tiba² sahaja menampar pipinya.

"Kenapa ni?" soalnya.

Crystalia memandang Permaisuri dan menggeleng malu.

"Jadi..boleh beta tahu siapa jodoh Rys?" soal Permaisuri dengan senyuman.

Crystalia membuka mulutnya ingin bercakap tetapi teragak-agak.

"Er..maaf Permaisuri, tapi bukan saya nak kurang ajar. Saya hanya ingin rahsiakan dulu. Sebab ini adalah melibatkan hidup saya." mohon Rys dengan lembut.

Permaisuri hanya tersenyum mesra dan mengangguk. Dia faham situasi Crystalia. Tetapi itu tidak bermakna dia akan putus asa untuk jadikan Crystalia sebagai menantunya.
Dia akan cuba sebaik-baiknya supaya Crystalia jatuh cinta daripada salah seorang dari anaknya.

"Beta faham. Itu adalah hal peribadi Rys. Jangan bimbang." ujar Permaisuri dengan tidak kalah lembutnya.

Crystalia tersenyum kerana Permaisuri memahaminya. Tanpa Crystalia sedar, Permaisuri menyusun pelbagai strategi agar Crystalia dekat dengan anaknya.

---

Semasa Crystalia berjalan dalam istana, dia sedar bahawa di belakangnya ada Yukino yang dari tadi mengikutinya.

Yukino tersenyum memandang Crystalia yang berjalan. Bukan apa, Crystalia bukan berjalan biasa tetapi berjalan dengan kepala menunduk sekaligus muka seperti udang bakar.

Yukino sempat berfikir jika Crystalia sedang sakit.

"Rys? Awak sakit ke?" soal Yukino dengan risau.

Crystalia terkaku apabila Yukino memengang tangannya.

"Kenapa ni Rys? Muka awak makin merah." ujar Yukino dengan risau.

Crystalia mula memengang mukanya. Warna kulit tangan dan warna kulit sudah berlainan. Tangan putih manakala muka merah. Macam sirap bandung.

Okay.Sis mengarut. Abaikan..

"Er..ta-tak. Saya okay, saya sihat cuma penat je."ujar Crystalia dengan senyuman.

Dia dan Yukino berpandangan lima saat. Selepas itu, langsung tiada sesiapa ingin melepaskan tautan mata mereka.

Akhirnya Crystalia berpaling ke arah lain kerana sangat malu. Bayangkanlah..berhadapan dengan jodoh sendiri. Siapa tak malu...

"Awak nampak pelik la hari ni Rys." ujar Yukino dengan tenang.

Muka sahaja yang tenang..Hati dia sahaja yang tahu.

"Erm..Tuan Putera. Sudah tiba masa saya berada di bilik. Saya pergi dulu!" ujar Crystalia lantas pergi dari situ.

Belum sempat Yukino ingin menghentikan pergerakannya, Crystalia sudah tiada di hadapannya.

Yukino menggeleng melihat telatah pelik Crystalia. Dia sempat berfikir.

'Selama ni dia tak pernah bersikap macam ni..Ada apa sebenarnya?' soal hatinya.

Manakala Crystalia berjalan cepat menuju ke biliknya. Sesekali dia berpaling ke belakang, takut Yukino mengejarnya.

Dia bernafas lega kerana tiada sesiapa yang mengikutinya.

Tetapi mungkin hari ini nasibnya sungguh malang kerana dia bertembung dengan Putera Kedua a.k.a Bongsu Kerajaan Stone. Siapa lagi kalau bukan Tazuko.

Baru sahaja dia ingin mengikut jalan lain, Tazuko telah memanggilnya.

"Lia." panggil Tazuko dengan perlahan.

Takut Tashima ada dengar nanti. Kan jadi susah pulak.

Crystalia memandang Tazuko dengan muka yang dibuat bingung.

"Er..Maaf Putera Tazuko. Saya bukan Lia. Saya Rys, bodyguard Putera Kerajaan Dandelion." jelas Crystalia dengan senyuman mesranya.

Tazuko ketawa kecil.

"Awak jangan nak tipu saya la Lia. Saya kenal suara awak macam mana. Dan lagi satu, awak tak pandai menipu." ujar Tazuko dengan bangganya.

Crystalia mengeluh berat dan memandang simpati kepada Tazuko.

"Tazuko~ Jangan bagitau keberadaan saya pada Tashima. Saya sebenarnya--"

"Saya tahu la. Saya pun tak sangka abang saya pemaksa orangnya. Sebagai kawan sejak kecil, saya tahu awak hanya anggap saya dan Tashima adalah seorang abang kerana awak anak tunggal." jelas Tazuko dengan baik.

Crystalia tersenyum memandang Tazuko.

'Kalau sifat Tashima baik macam ni, sudah lama aku terima pinangan dia.' desis hati Crystalia dengan keluhan.

Tapi Crystalia tahu, yang semua ini adalah takdir. Takdir dia datang ke sini, berjumpa dengan ahli sijir bagai dan berjumpa putera yang baik hati akhirnya diterima kerja sebagai bodyguard.

Oh..sebelum dia terlupa. Dia sudah di'cop' menjadi isteri kepada salah satu putera Kerajaan Dandelion.

Dan berita sensasi sekarang ini adalah pasal jodohnya itu! Dia tidak sangka yang jodohnya memang dekat dengannya.

"Lia.."

Crystalia berpaling ke arah Tazuko yang memanggilnya.

"Saya nak minta maaf bagi pihak abang saya. Saya tahu dia pasti akan cederakan ramai orang untuk dapatkan awak seorang. Jadi saya mohon sangat² dekat awak jika abang saya ada terkasar dengan awak." mohon Tazuko dengan sedih.

Crystalia mengangguk faham dan tersenyum manis.

"Baiklah Tazuko. Sebenarnya saya tak ambil pusing pun tentang perjodohan ni tapi awak tahu² jela yang saya ni suka hidup bebas. Bukan kongkongan." ujar Crystalia dengan senyuman.

Tazuko mengangguk maklum.

"Aduh! Terlupa la pula. Saya nak masuk bilik dulu. Ada hal." ujar Crystalia.

Terus sahaja Crystalia menuju ke arah biliknya tanpa mempedulikan Tazuko.

Tazuko ketawa kecil dan menggeleng kepalanya dengan sikap.

"Dari dulu sampai sekarang tetap sama. Suka sangat nak cepat." gumam Tazuko

'Bodyguard' For PrincesWhere stories live. Discover now