Berbincang

2.8K 213 21
                                    

Raja dan Permaisuri Sunflower bergegas menuju ke arah bilik Crystalia setelah diberitahu oleh Yukino sebentar tadi.

Mengalir air mata Permaisuri melihat keadaan puteri tunggalnya di depan wajahnya sendiri.
Raja memeluk erat tubuh Permaisuri, dia turut bersedih melihat satu-satunya anak kesayangannya tidak sedarkan diri.

Di sisi Crystalia, terdapat para putera dari Kerajaan Dandelion dan para putera Kerajaan Daisy.

"Macam mana kita nak buat Rys sedar semula?" Soal Kazuto kepada yang lain.

Sayangnya, semua menggeleng kerana tidak tahu apa penawar yang boleh menyedarkan Crystalia.

Yukino mula meminta diri untuk keluar sebentar. Sepanjang dia berjalan, dia ternampak Tashima dan Tazuko berada di ruang besar istana.

Nampaknya mereka tidak tahu kalau Crystalia sudah dijumpai.

"Yukino?"

Tazuko adalah orang yang mula perasan kehadirannya. Tashima memandang Yukino dengan pandangan sinis.

"Mana Lia? Berjaya bawa pulang? Aku ingatkan kau sudah mati kena makan dengan mereka." Perli Tashima dengan ketawa kecil.

Yukino turut memandang Tashima dengan sinis.

"Kau tahu tak? Kalau aku tak ikut mereka, pasti aku takkan jumpa Rys. Aku lebih percayakan mereka dari kau." Jujur Yukino dengan tegas.

Tashima memandang geram ke arah Yukino, dia mula berdiri dari duduknya. Tashima hampir tidak percaya cakap Yukino.

Dia tidak menyangka Yukino yang menjumpai Crystalia dulu, dia bimbang kalau Raja dan Permaisuri akan sukakan Yukino dan ingin menjadikan Yukino sebagai menantu mereka.

Dia takkan benarkan semua itu terjadi.

Dengan tergesa-gesa, Tashima mula melangkah kakinya ke bilik Crystalia tetapi dihalang oleh Yukino.

"Kau nak pergi pula?"

"Aku? Sudah tentulah aku nak jumpa dengan bakal isteri aku." Ujar Tashima dengan sinis sambil menekankan perkataan 'bakal isteri'.

Yukino mula ketawa sinis.

"Apa kau kata? Bakal isteri? Hey, kau sedar tak Tashima? Dua kali Rys larikan diri sebab tidak mahu kahwin dengan kau. Dua kali! Kau tak sedar ke buat2 tak sedar?" Perli Yukino dengan geram + sinis.

Tashima memandang tajam ke arah Yukino dan menggempal tangannya dengan marah.

"KAU SENYAP LAH!!"

Jeritan kuat dari Tashima yang bergema di dalam istana membuatkan semua keluar dari bilik Crystalia.

"Kenapa menjerit ni Tashima?!" Soal Raja dengan tegas.

Tashima ingin berkata tetapi tidak sempat kerana Yukino berkata terlebih dahulu.

"Entah dia tu, tiba2 sahaja menjerit tak tentu pasal." Ejek Yukino dengan selamba.

Tazuko hampir menyembur tawanya kerana Yukino memalukan Tashima. Mujur dia tak ketawa mengingatkan situasi sekarang tengah tegang.

"Maaf tuanku. Tapi dia mempertikaikan bahawa saya adalah bakal suami kepada Lia! Saya tak suka!" Marah Tashima sambil menunjukkan ke arah Yukino.

Liam memandang tajam ke arah Tashima yang nampak kurang ajar sedikit.

"Hey! Untuk pengetahuan kau, kau je yang rasa macam tu. Lia mana mungkin nak kahwin dengan orang macam kau, suka pentingkan diri sendiri je." Balas Liam dengan kasar.

"KAU--"

"DIAM!"

Teriakan Raja membuatkan semua terdiam. Pertama kali mereka nampak Raja Sunflower betul2 dalam keadaan marah.

'Bodyguard' For PrincesWhere stories live. Discover now