TLB 4

525 16 0
                                    


'alamak...mana pergi thumb drive tu... '

Ayra sudah tak tentu arah. Baru dia sedar alat USB itu tiada bersamanya tadi. Dia berkira-kira mungkin alat itu tertinggal di kafeteria.

Cepat-cepat dia berlari ke kafe bagi mencari dan mendapatkan semula alat USB itu.

Setelah sampai di depan kafeteria, dia segera menolak daun pintu. Kakinya dibawa laju mendapatkan alat USB yang diperlukannya.

'fuhh...nasib baik ada lagi...' . Sebaik sahaja melihat alat itu diatas meja tidak terusik, dia terus menyambarnya.

Ayra segera berpaling . Cepat-cepat dia ingin keluar meninggalkan kafe .

Namun, sesuatu berlaku.

Sebaik sahaja melalui bahagian hadapan kaunter pembayaran, tiba-tiba dia bertembung dengan seseorang dari arah hadapan. Dia tidak dapat mengatur rentaknya.

Dia cuba mengelak, namun kakinya tergelincir. Tubuhnya hampir rebah sebelum sempat disambut oleh lelaki dihadapannya tadi. Air coklat suam dalam pegangan lelaki itu bagaimanapun tumpah mengenai mereka berdua.

Ayra seakan kaku dalam pelukan lelaki itu. Dia rasa dunianya seakan terhenti. Wajah lelaki itu dipandang tepat.

"kau dah tak reti nk bangun ke. ..tangan aku dah lenguh ni"
Aisyh sudah tidak tahan. Dah kenapa wanita dihadapannya ini. Tenung mukanya seperti orang kena sampuk.

Aisyh pula kemudian memandang ke arah bajunya yang kotor. Dia mengangkat wajah dan terus mencerlung wajah gadis dihadapannya.

Ayra yang tersedar terus segera berdiri. Blaus labuhnya dibetulkan, cuba menenangkan debar di dada.

Dia tiba-tiba terpandangkan tumpahan coklat pada bajunya. Pandangan terus diberikan pada lelaki dihadapannya. Kelihatan kesan kotoran yang sama pada badan lelaki itu.

'alamak...apa yang aku dah buat kali ni... '

"ermmm...sa... saya minta maaf...saya memang tak sengaja... "

Ayra yang serasa bersalah terus menerpa ke arah Aisyh dan cuba membersihkan kotoran itu. Suasana sedikit kecoh. Semua mata memandang ke arah mereka.

Serentak itu Aisyh memegang lengan Ayra . Tangan itu kemudian direntap kasar.

Ayra yang terkejut merenung wajah Aisyh lama. Ya, dia tahu dia bersalah dan dia berasa kesal dengan dirinya sendiri, tetapi dia tetap berkecil hati diperlakukan sebegitu. Dia tidak sengaja melakukan itu semua dan semua itu berlaku sencara tiba-tiba.

"dah puas dah tenung muka aku? Kau tak nak peluk ke, cium ke supaya tenang hati tu biar indah sikit mimpi kau malam ni? " Kasar bunyi itu menerobos masuk ke halwa telinganya. Berombak dada Ayra saat ini.

"apa masalah awak ni?! Saya dah mengaku saya salah and saya pun dah mintak maaf kan... ". Kali ini Ayra cuba beriak tenang. Suaranya sedikit mendatar. Ton suara cuba dikawal sebaik mungkin.

"maaf? Macam tu minta maaf? lain kali jalan pakai mata dekat kepala bukannya pakai mata dekat lutut!". Aisyh sudah tidak sabar lagi. Darjah suaranya sudah naik seoktaf.

Ayra rasa tercabar apabila dia direndah-rendahkan sebegitu. Kesabarannya sudah tidak dapat dibendung lagi. Kali ini tiba giliran dia pula untuk menyembur lelaki itu.

"sekurang-kurangnya saya bercakap pakai otak dekat kepala, bukannya guna otak dekat lutut! Sayang muka hensem tapi attitude ke laut! "

Aisyh mengecilkan matanya menahan sabar. Tepat anak mata ambernya menikam mata hazel milik Ayra.

The Law BreakerTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang