TLB 3

561 18 0
                                    

7.30 a.m - Sunway Kiara Hills

Aisyh kembali berehat setelah hampir setengah jam dia berlari mengelilingi danau buatan dihadapannya. Pandangan dialihkan ke arah danau yang kelihatan begitu tenang.

Selepas sahaja menunaikan solat subuh, dia terus bersiap ke kawasan taman berdekatan rumahnya.

Baju jenis ' winter slim hoodie'dengan warna putih dan belang hitam pada lengan kanan dicapai. Seluar track jenis 'slim fit' disarung cepat ke kaki. Tangannya kemudian mencapai kasut Nike Flyknit berwarna kelabu yang elok tersusun.

Segera dia berlari ke taman, cuba kembali membiasakan diri dengan suasana suam-suam panas di Malaysia.

Entah kenapa dia tidak dapat melelapkan mata setelah tiba dirumah semalam. Kalau diikutkan dia masih lagi penat, malah rasa 'jet lag' masih lagi belum hilang. Mungkin terlalu lama melelapkan mata sepanjang perjalanan pulang semalam menjadi punca kenapa dia masih lagi segar dan bertenaga.

Dia memandang ke sekeliling. Masih tidak ramai seperti biasa. Mungkin bukanlah rutin warga di sini, memandangkan rata-rata mereka adalah golongan elit yang sangat sibuk dengan urusan masing-masing.

Aisyh kembali berdiri. Langkahnya dibawa dekat ke gigi air yang menghijau.

Langit pada pagi itu agak mendung. Kanvas biru ciptaan Ilahi itu sedikit murung dari biasa. Mentari pula seakan malu menampakkan cahaya jingganya. Takut dengan awan gelap yang berarak di kaki langit mungkin?

Tidak semena-mena, rintik-rintik hujan turun. Seakan menangisi nasib sesuatu.

Aisyh mendongak. Tangannya di bawa ke depan, menutup kepalanya agar tidak basah. Dia terus berjalan meninggalkan kawasan itu.

Hujan jadi semakin deras. Segera langkah kakinya diatur. Laluan pejalan kaki yang basah menyebabkan dia lebih berhati-hati.

Dia semakin dekat dengan rumahnya. Rentak kaki dibawa laju.

Sebaik sahaja dia menghampiri simpang keluar, tiba-tiba sebuah kereta datang dari arah bertentangan. Lampu kereta itu tepat menikam retina matanya.

Pinnnnn!!!

Aisyh kaku. Dia tidak dapat menggerakkan tubuhnya . Kakinya seakan tercengkam disitu.

Kereta itu berhenti mengejut, betul-betul dihadapan Aisyh yang masih lagi tegak berdiri.

Tubuh tinggi itu tersentak. Dia langsung rebah di tengah hujan yang semakin menderas. Matanya cuba ditahan. Kepalanya cuba untuk diangkat.

Perlahan-lahan matanya tertutup dan kepalanya jatuh. Gelap.

#####

1.30 p.m -Queen-Alaska Medical Centre

Tepisat-pisat di cuba membuka matanya. Dia memandang sekeliling. Kelam seperti biasa.

Dia terpandangkan seseorang yang duduk di sebelahnya.

"Aisyh...Aisyh dah ok ke! " cepat figura itu menerpa . Toh Zaharah sangat risau. Dia terkejut apabila mendapat tahu tentang kemalangan yang berlaku berdekatan dengan rumahnya tadi. Jantungnya seakan terhenti apabila pembantunya, Khalid memberitahu bahawa Aisyh adalah orang yang terlibat dalam kemalangan itu. Mujur, tiada apa-apa yang berlaku.

Aisyh memegang kepalanya. Bunyi hon kereta yang berpadu dengan hujan deras membuat kepalanya berdesing. Gambaran tentang kejadian 2 tahun yang lalu itu kembali terimbau dalam kotak memorinya.

Giginya diketap, cuba menahan sakit yang mengigit diri tika ini.

Serentak itu, pintu diketuk. Seorang doktor wanita dalam likungan umur 30-an masuk, menghampiri keluarga kecil tadi.

The Law BreakerWhere stories live. Discover now