TLB 11

258 6 2
                                    

Taylor's Bulletin Board

" Aisyh revenges upon a spilled coffee,  Cristine takes spot"

Bulletin board harini kecoh selepas adengan penuh tragis yang menimpa Ayra sewaktu di cafeteria siang hari tadi dimuat naik ke laman sesawang utama kolej itu. Ruang komen disimbahi kata-kata nista dari kelab peminat dan penyokong Cristine, tidak lupa juga kepada penyokong-penyokong yang mahukan Cristine dan Aisyh untuk bersama. Beberapa komentar disebelah bawah pula sempat mempertahankan Ayra atas tindakan melampau Cristine keatas wanita itu.

Perlahan dia membaca baris-baris ayat yang tertulis. Tubir matanya tidak dapat lagi membendung tangis . Buat sekian kalinya air mata Ayra tumpah.

Adakah sikap baik Aisyh kepadanya baru-baru ini hanya sekadar lakonan semata?  Adakah ini semua hanya sekadar untuk membalas dendam dan memalukan dirinya atas pelanggaran tidak sengaja diantara dia dan lelaki itu sebelum ini? Ah,  dia memang tidak dapat lagi berfikir dengan waras. Padanya hanya Aisyh yang layak dipersalahkan. Hanya wajah Aisyh yang bermain dalam kotak kepalanya,  bukan Cristine walau hati sudah cuba menidakkan itu.

Ayra membuka matanya perlahan.  Bekas basah pada wajahnya masih tersisa. Dia bingkas bangun mendapatkan ruang balkoni yang terletak beberapa tapak dihadapan. Nafasnya sesak. Dia memegang dada kirinya.

Dia tunduk. Tidak tahu kenapa kejadian ini seakan merentap tangkai hatinya yang paling dalam.

"sungguh hati ini kosong, sudah lama mati sejak ia dibawa 'pergi' 2 tahun lalu" . Perlahan bibirnya bergerak menyatakan ayat-ayat itu.

Tangannya pula lembut menjalar keatas birai balkoni dihadapannya. Kuat genggaman itu dia pegang bagi menyokong tubuh yang serasa longlai.

Perlahan air mata wanita itu mengalir lagi.

#####

Royal Selangor Polo Club

'Cristine,  you should stop all these! '

Pesanan teks ringkas itu laju dihantar kepada Cristine yang sudah hilang entah kemana. Aisyh kemudian meraup wajahnya beberapa kali,  cuba membuang resah dihati. Masih terbayang dikepalanya keadaan Ayra yang terduduk dilantai dan dimalukan oleh Cristine tadi.

Bucephalus yang memerhati gelagat tidak keruan tuannya seakan cuba  memahami . Ekor lebatnya dilibas-libas ke wajah Aisyh penuh lembut.

"no,  this isn't right Bucephalus... I have no time for this... " . Aisyh menjauhkan wajahnya. Fikirannya masih bukan disitu. Namun kuda hitamnya masih tidak mahu berganjak dan berdegil.

Kuda itu mendekat dan menggosok kepalanya pada dada kiri Aisyh. Lelaki itu tertolak sedikit ke belakang.

"ya,  ya.... Awak nak apa sebenarnya ni?! ". Aisyh sudah menarik senyum. Cuba menyembunyikan keresahan dihati. Adalah perkara biasa untuk Bucephalus menangkap riak Aisyh yang berkecamuk. Sungguh walaupun tidak berakal,  itulah anugerah yang diberikan Tuhan buat  hambanya yang bergelar binatang.

Kuda itu sekali lagi,  menggosok perlahan kepalanya pada dada kiri Aisyh. Sehingga itu,  barulah Aisyh memahami tindak tanduk pelik kudanya itu. Lantas sahaja tangan itu dibawa ke dada, tetapi entahlah. Dia sendiri tidak faham dan tidak dapat menebak.

Kuda itu dibawa ke luar ke tanah lapang di sekitar Selangor Royal Polo Club, sengaja kuda itu dibiarkan lepas. Mendung dia memerhatikan tingkah ligat Bucephalus mengawal padang rata yang membentang.

Pandangan kosong dengan mata yang sudah alpa dalam mengenal warna itu dibawa memandang kearah langit. Warna biru hanya tinggal kelabu. Kosong dan mendung seperti selalu. Melihat Bucephalus yang begitu girang, tiba-tiba sahaja menyebabkan memorinya kembali memainkan wajah Ayra yang ceria berlari apabila dikejar oleh kudanya di tempat yang sama dua minggu lalu.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jul 18, 2019 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

The Law BreakerTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang