TLB 7

461 15 0
                                    


Tangan Ayra ditarik menyusuri ruang perpustakaan yang sarat dengan manusia. Perlahan langkah mereka dibawa menuruni tangga sehingga ke pintu keluar. Tangan wanita itu dipegang kemas sehingga ke satu kawasan lapang berhadapan dengan sebuah tasik yang agak tenang tanpa kelibat manusia.

Laju langkah Aisyh dibawa ke depan selepas keluar sahaja dari kawasan perpustakaan. Ayra dibelakang cuba mengejar langkah itu selaju yang boleh. Pergelangan tangannya sengal dan sakit.

Tidak tahan diperlakukan seperti itu,  Ayra terus merentap tangannya. Dadanya yang sakit tiba-tiba dipegang. Ayra menundukkan wajah, cuba menahan perit yang tiba-tiba hadir.

Aisyh yang terkejut lantas berpaling. Ayra dilihat memejamkan matanya seakan menahan sakit di dada.

Lelaki itu cuba membantu. Lengan Ayra dipegang untuk membantu wanita itu berdiri. Ayra yang masih menundukkan wajah terus merentap lengannya kasar.

"tolong tinggalkan saya ..."

Aisyh masih lagi tegak dan tidak mahu berganjak. Dia takut kalau ada apa-apa terjadi pada wanita.

"just leave me here... Please... "

Wanita itu tiba-tiba batuk. Ayra menekup mulutnya. Dia sudah dapat mengagak apa yang akan berlaku.

Darah.

Aisyh benar-benar terkejut.

"kau okey ke tak ni?  Jom aku bawak pergi klinik! ". Kali ini lelaki itu semakin tegas ingin membantu. Kedua-dua tangannya mencapai lengan wanita dihadapannya yang dilihat semakin lemah.

"kan saya kata tak payah! Tolonglah pergi, tinggalkan saya dekat sini". Ayra yang berdegil menggagahkan dirinya untuk bangun.

Dia tiba-tiba terjatuh. Aisyh sempat menangkap tubuh itu. Wanita itu kini tidak sedarkan diri.


#####

Aisy's POV

9:27 pm, Ahad: 2016- University College London

Sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Heathrow,  Aisyh segera mendapatkan teksi untuk ke Kolej teman wanitanya. Hatinya sangat berdebar mengenangkan kemungkinan dia akan bertemu wanita itu semula pada tarikh ulangtahun ke-3 pertemuan mereka.

Ya,  dia sangat rindu kan Sarah, teman wanita yang sudah dimiliki selama hampir 3 tahun itu.

Bungan jeniss Blossom Carnation dipegang kemas.  Sekemas rentak hatinya yang cuba diatur payah. Panjang senyumnya dileretkan.
Hatinya tidak sabar menunggu.

Dari kejauhan,  statue bangunan utama universiti itu sudah dapat dilihat.

Sebaik sahaja teksi kuning itu berhenti , terus sahaja kakinya melangkah keluar. Cepat-cepat kakinya dibawa menuju ke sebuah kediaman  'hall' yang diduki teman wanitanya. 

Awan yang mendung sedari tadi mula menumpahkan rintik hujan. Angin sejuk mula kuat menggigit wajah halus lelaki itu. Kot sejuknya ditarik rapat menutupi sebahagian badan sasanya selepas terdedah  ditiup angin lalu.

Tiba sahaja dihadapan sebuah pintu kayu,  dia terus membuka kot bajunya . Kot baju itu kemudian diletakkan ke atas tangan kanannya. Nafasnya ditarik perlahan,  cuba menenangkan diri. Berharap agar kejutan kali ini akan menjadi lebih bermakna dalam ikatan pertemuan ini kelak.

Sudah beberapa bulan dia tidak daat menghubungi Sarah. Dia cuba memahami wanita itu yang mungkin semakin sibuk degan tugasan dan kerja-kerja yang perlu disiapkan di universiti.  Dia kalau boleh tidak mahu mengganggu wanita itu. Dia faham Sarah mungkin penat dan perlukan lebih banyak ruang. Kerana itu, dia membuat keputusan untuk ke London disebabkan rasa rindu yang tidak tertanggung.

The Law BreakerTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang