TLB 10

308 9 2
                                    


"Astaghfirullah.... ". Masing-masing menoleh kearah suara yang memanggil. Lelaki itu kemudian berlari mendapatkan mereka berdua.

Hareez terus cuba membantu Aisyh berdiri. Serpihan kaca yang pecah dibiarkan sementara waktu. Lelaki itu  akhirnya dipapah menuju ke bilik air bagi membantu membersihkan lukannya. Ayra pula memanggil jururawat bagi cuba mendapatkan peti pertolongan cemas agar luka dapat ditutup dan dibaluti.

Tidak beberapa lama menunggu,  seorang jururawat datang menghantar satu kotak peti rawatan dengan beberapa alat perubatan tambahan.

"encik,  mari sini saya cuci luka tu. Lagi pun luka encik agak dalam,  tapi sekurang-kurangnya masih tidak perlu dijahit...". Perlahan peti rawatan itu dibuka.

Dengan wajah kelat yang masih menahan sakit,  Aisyh akhirnya mengambil duduk disebelah jururawat bersebelahan dengan katil yang diduduki Ayra.

Melihat Aisyh yang agak sedikit kekok, Ayra kemudiannya bersuara. "tak apalah nurse....biar saya tolong buatkan..."

"eh tak apa cik Ayra, cik masih tak boleh banyak bergerak....saya boleh tolong... "

Ayra memandang kearah Hareez,  cuba mendapatkan bantuan. Dia berharap Hareez dapat membantu Aisyh waktu itu. Namun lelaki itu hanya menjongketkan bahunya.

Dia kemudian mengalih pandang ke arah Aisyh. Dia tahu lelaki itu tidak selesa, jadi dia mahu Aisyh sendiri yang bersuara. Faham dengan signal mata yang diberikan,  Aisyh kemudian membuka mulut.

"ermmm...tak apalah nurse,  biar girlfriend saya yang buatkan...mungkin dia tak  selesa bila ada orang lain sentuh boyfriend dia yang hensem ni...kan! " . Senyuman sehabis manis diberikan kearah Ayra. Wanita itu membuntangkan matanya,  bagai tidak percaya dengan apa yang didengarnya tadi. Hareez dibelakang juga kelihatan terkejut.

"oh maafkan saya cik, tak apa saya faham. Saya akan tinggalkan kotak rawatan ini disini, itu pun kalau cik Ayra tidak keberatan untuk rawat luka ni. "

"ya,  insyaAllah saya cuba". Dia membalas senyum. Selepas kotak itu bertukar tangan,  jururawat itu hanya  kemudian meminta diri untuk berlalu pergi.

Ayra memandang pula kearah Aisyh. Lelaki itu dilihat berwajah selamba. Seakan tidak ada apa yang terjadi.

"sejak bila pulak saya jadi girlfriend awak ni....suka hati je...bagi tangan awak tu dekat saya cepat... ". Ayra merengus kasar. Sungguh dia tidak berpuas hati.

Aisyh hanya menyuakan tanggannya.  Wajahnya kosong tidak beriak. Tidak tahu kenapa,  tapi tawanya hampir sahaja terburai melihat wajah wanita dihadapannya.

"habistu,  takkan boyfriend pulak... Kau kan perempuan,  so betul lah apa yang aku cakap tadi..."

"hishhh,  suka hati awaklah....". Ayra sudah malas mahu melayan. Ubat antiseptik kuning dicapainya kasar dan terus sahaja kain kasa itu dicucuh ke luka lelaki itu.

"aduuhhh,  sakit la...kau nak seksa aku ke... ". Suara Aisyh kuat bergema. Hareez dibelakang seakan diabaikan.

Ayra terus sahaja menekup mulut itu dengan sebelah tangan kanannya. "diam la.....sakit sikit je pun...tapi jerit macam perempuan... " . Dia mendengus berat.  Penat mendengar bebelan itu sedari tadi.

"ehemmm.... ". Kedengaran suara orang berdehem. Kedua mereka menoleh pandang kearah Hareez.  Lelaki itu menjongketkan keningnya. Hareez sedari tadi hanya memandang tingkah dua figura itu yang seperti sengaja mengabaikannya.

Lelaki itu lalu merapatkan diri ke hadapan dan ubat pada tangan Ayra dicapai. Dia mengambil posisi disebelah Aisyh dan kini sesi rawatan bagi membaluti luka itu bertukar.

The Law BreakerTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang