TLB 8

449 11 2
                                    

"Tok! awat la datang mengejut lagu ini... Kebetulan Meen nak keluar ni, ada emergency... ". Dia benar-benar terkejut. Jarang Toh Zaharah datang dan singgah ke rumahnya. Kalau berjumpa pun, hanyalah di luar sahaja.

Wanita itu bernasib baik kerana dia baru sahaja bersiap mahu meninggalkan rumah, kalau tidak entah kemana Toh Zaharah ingin mencarinya nanti.

"awatnya? Aku ada benda sikit nak bincang dengan hang ni... Tak buleh tunggu sekejap ka?". Toh Zaharah berasa kehadirannya seperti sedikit mengganggu.

"tak buleh Tok, ni memang emergency ni... Tok nak cakap pasai paa? ". Disebabkan ingin segera ke hospital, jadi Puan Yazmeen tidak mahu berlama -lama disitu. Dia kepada soalan utama.

"ada la pasai anak hang sikit... "

Puan Yazmeen mengerutkan dahi. Terpana dia mendengarkan sebaris ayat itu tadi.

"kebetulan Tok, anak Meen ada kat hospital tu... Baik la Tok ikut Meen sekali...kereta Tok, biaq sini sat...pandailah driver Tok jaga nanti... ". Dia menarik tangan Toh Zaharah ke kereta. Dia ingin segera bertemu Ayra. Risau dengan keadaan anaknya itu.

"Laa, anak hang ka yang hang dok sebut emergency tadi tuu... Kalau lagu tu, jom laa... Kita sembang dalam kereta... "

Tidak beberapa lama, laju kereta Mercedes-Benz hitam bergerak meninggalkan perkarangan rumah agam itu.

"Tok habaq nak sembang pasal anak Meen... habaq maii la cepat... ". Teringat akan kehendak Toh Zaharah tadi, Puan Yazmeen segera bertanya bertanya tentang hajat wanita itu ke sini.

"ni berkenaan anak hang dengan cucu aku laa...buleh kaa?". Seperti biasa, Toh Zaharah menguji. Sebaris ayat itu cukup menggerunkan Puan Yazmeen yang mendengar.

"anak Meen dengan cucu Tok? Awatnya? Tok mai sini main terjah mesti Tok nak buat kerja gila kan?! ". Dia risau. Hajat Toh Zaharah bukan boleh dibuat main. Siapa sahaja yang tidak kenal akan wanita itu.

"hang macam tak tauu aku... Aku nak tanya sikitt, anak hang tu ada buah hati ka? ". Toh Zaharah memulakan langkah pertama. Mata Puan Yazmeen membuntang.

"Tok jangan nak buat naya naa, anak Meen tu muda lagi tauu... Masih belajar lagi tu... ". Dia sudah dapat mengagak. Perkara seperti ini memang agak sukar dibawa berbincang, lebih-lebih lagi dengan tokoh korporat seperti Toh Zaharah.

"aku tahu la anak hang tu muda... Dia kan sebaya dengan cucu aku tu...memandangkan hang dah dapat agak, tak payah la aku susah-susah nak terangkan dekat hang...yang ni pun aku nak mintak tulung , aku bukan nak dok buat main... ". Toh Zaharah memertahankan hujahnya. Tidak mahu kalah.

"awatnya Tok?! memang la dulu saya dan arwah Alya ada merancang nak satukan anak kami... Tapi tak dan la teburu-buru lagu ini... Kita pon kena lah tanya depa tu.... Mana tahu masing-masing dah ada buah hati... ".

Ya, memang dia dan Alya pernah berjanji untuk menyatukan anak mereka, tetapi hajat itu terputus selepas Arwah Alya dan suaminya pergi meninggalkan mereka lebih dari 20 tahun yang lalu.

"cucu aku tak daq buah hatii.... Aku berani jamin kat hang la Meen ooii.. Ni pasai masa depan cucu aku... Aku merayu kat hang ni tau... Tulung la aku kali ni jaa.... ". Mendengar rayuan itu, Puan Yazmeen resah. Dia memang menghormati Toh Zaharah sebagai insan yang paling banyak membantunya selama ini, tetapi permintaan wanita itu kali ini agak berat untuk dia tunaikan.

"Tok lagu nii la...biaq Meen pikiaq dulu... Nanti Meen cuba berbincang dengan suami Meen... Kalau ada apa-apa, Meen akan habaq kat Tok nanti... ".

Toh Zaharah memegang lembut tangan wanita di hadapannya. Dia benar-benar berharap . Dia yakin, hanya Puan Yazmeen sahaja orang yang mungkin dapat membantunya saat ini.

The Law BreakerWhere stories live. Discover now