TLB 9

474 16 6
                                    

Aisyh menyandarkan kepalanya. Tangan kirinya memicit-micit kepala yang semakin sakit.

'Apa masalah aku ni sebenarnya? Apa kaitan dengan jantung aku yang tiba-tiba tak tentu arah ni? Tak tahu kenapa, tapi rasa tak sedap aje...hati aku ke? '

Matanya dipejam rapat. Cuba mengingati sesuatu. Ya, dia ingin cuba mendapatkan jawapan .

Sebaik itu juga, kata-kata doktor peribadinya terngiang-ngiang di kepala. "... mungkin kehadiran sesuatu yang telah membantu awak untuk pulih... ".

Aisyu tersenyum. Sinis.

' ....sesuatu? '. Aisyh pelik. Dia tidak dapat mengagak dengan tepat.

'sesuatu? '

' ...atau mungkin ke seseorang? '

Wajah Ayra kembali bermain dalam fikirannya. Ligat otaknya cuba mencerna maksud disebalik semua ini.

'apa yang aku merepek ni? Tak mungkin la.. '.

Tangannya diletak pada dahi bagi menongkat kepalanya dari jatuh.
Dia cuba menenangkan fikiran yang bercelaru.

Setelah beberapa ketika matanya dipejam, Aisyh terus terlelap.

👑

1.30 a.m, 2016- St. Thomas Hospital, London, UK

Suasana di Unit Rawatan Kecemasan hospital berkenaan bertukar kecoh.

Aisyh tidak mampu membuka matanya, namun gengaman tangan wanita tadi cukup memberi kekuatan untuk dia terus bernafas.

Tangannya sekarang kemas dalam genggaman seseorang. Dia tidak tahu siapa, tapi yang pasti dia perlukan kekuatan itu sekarang.

"cik boleh tunggu diluar ya. Kami akan lakukan sedikit pemeriksaan keatas pesakit". Kata seorang doktor yang berada disitu.

Perlahan genggaman tangan itu dilepaskan. Pintu bilik unit rawatan kecemasan (ICU) ditutup rapat.

Wanita itu melihat ke arah tangannya yang dilumuri darah. Nafasnya turun naik.

Tidak beberapa lama kemudian, doktor berkenaan keluar dan menemui dirinya yang resah menantikan jawapan.

"cik , ada perkara penting yang perlu saya cakapkan...mari kita kesana... " . Mereka berlalu pergi kearah satu ruang legar yang ketika itu agak sunyi tanpa pengunjung.

"tulang rangkanya sudah terkeluar dan menikam hati kiri. Sebahagian hatinya hancur. Kita perlukan pembedahan segera bagi mengelakkan jangkitan kuman pada organ lain. ". Kata-kata doktor berkulit putih itu cukup mengejutkan. Ini pasti kerana impak pelanggaran yang begitu kuat dari arah belakang lelaki itu.

"jadi apakah masalahnya? Kenapa pembedahan tidak terus dijalankan? ". Wanita itu masih lagi tidak dpat menangkap maksud yang cuba disampaikan.

" kita ada masalah.... Kita tiada penderma hati buat masa sekarang!" . Wanita itu terdiam. Dia seakan memikirkan sesuatu.

"keadaan dia sangat teruk, kita tidak boleh menunda lebih lama lagi... "

Seorang jururawat tiba-tiba berlari ke luar dan meluru ke arah doktor tersebut.

"Doktor, darah tidak berhenti keluar dari mulut pesakit! Dia semakin lemah!"

Doktor itu menggeleng kepalanya. Dia memandang semula ke arah wanita tadi. Masih menunggu jawapan .

Beberapa ketika berfikir, dia nekad membuat keputusan.

"tak apa, saya akan dermakan hati saya...".

The Law BreakerTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang