BAB 3 -- Kawan

4.6K 201 6
                                    

"Nasi tak nampak. Ulam merimbun penuh pinggan. Air tak order. Satgi cakuk air orang." Adam memerli makanan yang diambil oleh Reen yang sedang duduk di sebelahnya. Farihan dan rakan-rakan yang lain menyambut dengan gelak ketawa yang kuat. Dua orang Letcurer yang berada di meja berhampiran pun tergelak.

"Kau kalut kenapa? Makanan aku ke makanan kau?"

"Tak ada lah. Aku just nak bagi komen."

"Tak payah. Tak mintak pun kau komen."Marah Reen.

"Memang macam tu dah Sir. Sip kedekut piang. Dia ambil straw saja.. kejap lagi paku air orang." Tambah Farihan menerangkan kepada lecturer yang masih bersisa ketawa. Reen menjeling geram. Baru hendak membalas, bicaranya dipotong oleh Lecturer.

"Kenapa kamu tak beli air Reen?" Tanya Mr. Othman. Berminat jugak nak tahu adakah pelajar ini berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan.

"Saya tak boleh minum time makan Sir. Kalau saya sulam dengan air, perut saya terus memulas nak buang air. Memang macam tu dari dulu. Kalau saya order air lepas makan, saya minum sikit je. Lepas tu bangun. Rugi la kan?" Reen menyengih.

"Bagus sangat. Tak suka membazir. Berjimat cermat. Korang ni pun buat pi lah kebajikan sekali sekala." Gurau Mr. Othman.

"Ni bukan sekali sekala dah Encik.. Berkali berkala-kala dah." Celah Naufal.

"Siap kau kejap lagi. Korang ni kedekut sangat apa hal? Aku nak bagi korang tambah pahala sesekali menderma."

"Ahh. Dengan kau tak sempat nak dapat pahala sebab dosa datang dulu lepas maki yang seiring mulut dengan hati." Farihan menambah. Adam hanya diam menjamah makanan malas mahu turut serta bertekak. Reen yang geram melihat Adam hanya diam, terus menikam sosej di dalam pinggan Adam di bawa ke pinggannya.

"Woi! Dah kenapa sosej aku pulak jadi mangsa. Aku tak nak buat kebajikan hari ni." Adam memandang Reen yang terus menyumbat sosej ke mulutnya sambil menggoyangkan kepalanya tanda tidak peduli.

"Lalalalalalaa.." Reen tidak mengendahkan tatapan taham dari Adam. Adam menyambung makan. Ameer yang baru tiba di cafe terus menarik kerusi meja sebelah dan melabuhkan punggung di sudut meja memandangkan meja mereka sudah penuh.

"Tak makan ke?" Tanya Adam menoleh sedikit kepada Ameer.

"Kejap lagi. Que panjang sangat tu. Malas aku nak beratur." Jawab Ameer.

"Meer, kau tengok tu awek kau ambil straw jer. Air tak beli. Tak boleh jadi weh, kau kena tukar awek." Cadang Naufal. Ameer tergelak mendengar cadangan itu.

"Sial setan! Kau diam boleh tak? Orang nak makan ni." Reen dah berang. Dari tadi mereka membahannya. Ameer menggeleng kepala.

"Kau tengok, mencarut sedia. Dia tak sesuai dengan kau Meer." Tambah Farihan.

"Kalau kau nak tau, yang tu dia berzikir. Selalu dah dengar. Tak nakharam, sial. Tak sial, bangang." Perli Adam.

"Mulut aku, aku punya suka la nak cakap apa pun. Tak sangkut dengan mulut kau pun."

"Sangkut kat telinga aku."

"Kisah pulak aku dengan kau! Lantaklah, pergi mampus." Reen sudah menjeling mata ke atas. Semua orang menyambung makan. Sebaik habis makan, Reen mengangkat straw dan menarik gelas Adam di sebelahnya sambil tersengih. Adam hanya memandang tanpa riak.

"Ingat comel la macam tu?"

"Kau jangan nak kedekut dengan aku. Kau minum bukan habis pun."

"Dah, kejap lagi bawa beg aku. Aku nak pergi toilet dulu."

"Nak pergi melancap ke?" Tanya Reen perlahan.

"Apasal? Kau nak ikut? Hah jom lah." Reen tersengih sambil menggeleng.

Sayang, You're Mine ✔️Where stories live. Discover now