BAB 7 -- Pulang

3.5K 139 1
                                    

"Aku balik KL minggu ni?" Ucap Reen sambil membelek naskah surat khabar di hadapannya.

"Serius?" Tanya Ameer tak percaya.

"Serius la. Budak manja tu ajak aku balik. Nak sign borang Agreement."

"Aku pun nak balik KL jugak la." Ameer sudah mengangkat keningnya sambil mata melilau mencari kelibat Adam. Terpandang susuk tubuh itu sedang mengayat junior di sebelah rak buku dalam library itu.

"Uihh.. Tengok Adam. Makin menjadi-jadi usaha dia mencari jodoh." Kata Ameer yang tergelak sambil memuncungkan mulut ke arah Adam. Reen menoleh seketika.

"Mainkan hati orang aje yang dia tahu. Pastu putus."

"Mana tau kali ni serius." Ameer masih menyebelahi rakan baiknya itu.

"Elehh.. Bukan sehari kita kenal dia. Berani potong anu kau la, kalau dia stay dengan junior tu."

"Oii. Apasal nak potong anu aku pulak. Tak bersambung keturunan kita nanti." Reen ketawa mengekek.

"Dam!!" Panggil Ameer perlahan. Tangan menggamit sahabatnya itu. Adam tersengih lalu menapak ke arah Reen dan Ameer.

"Bukan main kan hang sekarang ni? Sejak habis orientasi, berduyun-duyun junior masuk line. Tak menang tangan nak layan." Ameer cuba berloghat utara.

"Well.. Semua gedik-gedik. Buat aku makin tak tahan. Geram!" Adam tersenyum miang.

"Pervert sungguh kau ni kan?" Tukas Reen.

"Hahaha. Ada apa kau panggil aku ni?" Tanya Adam.

"Aku dan Reen nak balik KL minggu ni. Kau nak join?"

"Oh.. Selalu kita balik perlis bertiga. Minggu ni korang nak balik KL? Tiba-tiba je ni. Korang nak kahwin ke?"

"Bodoh dia ni tak pernah surut." Rungut Reen. Adam ketawa lagi menutup kegugupannya.

"Kau ni, tak kan aku nak kahwin tak bagitau kau. Edriel ajak dia balik. Aku join la. Kau nak balik Perlis ke?"

"Erm. Nanti aku telefon Mummy aku dulu. Rasanya sekarang mereka kat Perlis."

***

Sebaik tiba di rumah agam itu, Reen terasa rindu. Rumah yang penuh dengan keceriaan dan gelak ketawa suatu masa dahulu sudah kian menyepi. Penghuni rumah ini sudah banyak berubah. Sesungguhnya dia tak suka dengan perubahan itu. Hatinya terasa seperti dicucuk-cucuk mengenangkan ada ahli baru dalam keluarganya. Sehingga kini dia tak dapat menerima ahli itu walaupun sudah bertahun lamanya perkara ini berlaku. Entah sampai bila dia harus berdendam. Dia sendiri tak ada jawapan. Kasut dimasukkan ke dalam almari kasut.

Pembantu rumah tiba dihadapannya untuk mengambil beg bajunya. Dia hanya tersenyum. Pembantu rumah baru. Bukan Mak Yam penjaganya ketika kecil dahulu. Kata mama, Mak Yam sudah berhenti memandangkan tahap kesihatan yang kurang baik apabila lanjut usia. Selama dia berada di Perlis, hanya beberapa kali sahaja dia pulang ke sini.

Senja akan membawa Kita pulang,
Pulang dari kesunyian hati,
Dan rindu akan tetap berlabuh
Pada takdir yang tak bertanda,
Aku dan kesendirian tetap berlari menuju masa depan,
Tak apa jika belum menemukan
Yang layak di hati,
Kerana katanya,
Semesta akan melabuhkanmu pada hati yang layak dan waktu yang tepat,
Kerana katanya juga,
Sesuatu yang indah layak untuk dinanti,
Dan senja petang ini,
Akan tetap bersahabat dengan sunyi

"Reen!" Sapa seseorang yang amat dia rindukan.

"Abang." Reen memeluk erat abang sulungnya. Edry. Rindu yang teramat sangat. Jejaka itu kelihatan sungguh matang dan tampan.

Sayang, You're Mine ✔️Where stories live. Discover now