Assalamualaikum. Kepada pembaca semua, saya akan publish beberapa bab sahaja lagi. Untuk pembaca yang ingin dapatkan versi penuh dan lengkap, boleh dapatkan ebook SAYANG YOU'RE MINE dalam bentuk pdf dengan whatsapp kepada saya.
0174329089
✅ ebook Sayang You're Mine sudah siap diedit dan telah dibuka untuk jualan.
✅ Kepada yang berminat, boleh whatsapp number +60174329089
✅ Ada extra scene bulan madu
✅ Page : 1270
✅ Ready file 😍___________________________________
Hari kedua camping, pagi-pagi lagi mereka dikehendaki menyerahkan telefon bimbit kepada fasi. Aktiviti pada pagi itu adalah kembara berhalangan. Mereka terpaksa meredah kawasan paya bakau yang sangat berbau. Reen terpaksa mengikut nasihat Adam supaya tidak banyak melawan dan berkeras. Dia banyak mendiamkan diri dan tidak mengendahkan perkataan yang keluar dari mulut Harris yang seperti sedang memancing Reen untuk berkelahi.
"Woii.. Lintah tu! Buang cepat." Jerit Harris kepada Diana.
"Arghhhh!!! Mana?? Mana?" Diana menjerit sambil membelek kakinya. Harris tergelak tetapi matanya memandang ke arah Reen yang slumber meneruskan langkah di dalam paya tersebut. Adam yang perasan akan hal itu mengetap rahangnya menahan perasaan.
'Sengaja cari point nak kacau Reen.'
Reen buat tak endah hingga mereka tiba di persisiran pantai.
"Okey, kamu semua boleh basuh kaki dulu. Pastu berkumpul kat sini." Beritahu Izwan. Peserta semua menuju ke pantai untuk membasuh kasut dan seluar yang terkena lumpur. Adam merenjis air ke muka Reen yang sudah selesai membasuh kakinya.
"Ish! Cari pasal ke?" Tanya Reen bengang. Adam tersengih sambil menggelengkan kepalanya.
"Lumpur sampai ke rambut. Habislah lepas ni rambut kau berbau." Komen Adam.
"Kau lah yang letak lumpur kat rambut aku tadi. Ingat aku tak tahu?!"
"Paan yang suruh." Adam cuba berdalih.
"Eh, aku pulak? Jangan percaya Reen. Tu idea jahat Adam." Farihan panik jika dia yang dipersalahkan oleh Reen.
"Apa tuuu...?" Reen menunjukkan sesuatu di siku Farihan.
"Arghhhh!! Help me!! Arghhhh.. pacaaatttt." Farihan menjerit seperti pondan kena sawan. "Arghhhh.. tolongggg..!" Farihan sudah berguling di atas pasir dan mereka semua hanya ketawa memerhati gelagat Farihan tanpa niat untuk membantu. Adam dan Reen juga ketawa.
"Kau ni.. Pacat pun takut ke?" Adam menarik tangan Farihan supaya bangun dan dia mengambil pacat di siku Farihan yang sudah gemuk dan kenyang dengan darah. Pacat itu dilontarkan kepada Reen.
"Bodoh lah Adam!" Adam tergelak melihat Reen meloncat akibat terkejut. Reen terus berlari sambil mengibas-ngibaskan bajunya.
"Amboii!! Seronok bergurau senda!" Satu suara menegur dengan lantang. Memaksa mereka semua menoleh ke arah suara itu. "Cepat bersihkan diri dan bersedia untuk makan." Harris memberikan arahan dengan tegas.
"Dia sengaja cari point nak kacau kau." Bisik Adam mendatar.
"Ahh.. Ikut suka dia lah. Bukan masalah aku." Reen berkata relaks sambil mengibaskan pasir yang melekat di seluar dan bajunya.
"Erm.. Dia suka kau kot..." Ayat Adam tu sepertinya tergantung dan tidak lengkap.
"Lantaklah, dia nak suka ke apa? Sorry. Aku tak respect lelaki yang tak respect perempuan. Aku dah ludah dan aku tak kan jilat balik." Reen berkata perlahan.
YOU ARE READING
Sayang, You're Mine ✔️
OverigPersahabatan yang dibina sudah hampir 6 tahun. Aedrina, Ameer, Adam. Mereka akan bertiga walau kemana saja mereka pergi. Aedreena Darleesa. Percintaannya dengan Ameer Syafiq tidak kesampaian apabila lelaki itu pergi meninggalkannya. Sikap kasarnya m...