BAB 9 -- Tinggal

4.2K 166 6
                                    

✅ ebook Sayang You're Mine sudah siap diedit dan telah dibuka untuk jualan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✅ ebook Sayang You're Mine sudah siap diedit dan telah dibuka untuk jualan.
✅ Kepada yang berminat, boleh whatsapp number +60174329089
✅ Ada extra scene bulan madu
✅ Page : 1270
✅ Ready file 😍
✅ Thank you pada yang dah support.

_____________________________________

Suasana di ruang kecemasan semakin berasakkan. Kebanyakkannya adalah student lelaki kolej dan kenalan Ameer yang menunggu di perkarangan wad kecemasan tersebut. Reen tiba dengan roomatenya berpimpin tangan menuju ke arah sekumpulan sahabat mereka. Kelihatan tiga orang pensyarah lelaki yang sedang berbual. Mata mereka beralih memandang ke arah Reen yang sedang melangkah lemah. Air mata masih basah di kelopak mata. Kenapa begitu ramai yang datang menziarahi Ameer? Terukkan keadaan Ameer? Hatinya gelisah bercampur takut.

Tiba-tiba Reen berhenti menapak. Perut dan tekaknya terasa mual. Isyarat gelisah yang dihantar ke otak membuatkan dia ingin memuntahkan segala isi perutnya. Ya! Dia sangat takut untuk berdepan dengan semua orang yang akan memperdengar khabar duka kepadanya. Sungguh, dia belum siap untuk semua kenyataan itu. Dia belum bersedia untuk menghadapi ujian sehebat ini.

'Tuhan.. tolong jangan remukkan hatiku. Tolong beritahuku bahawa dia baik-baik sahaja. Sekali ini sahaja, ku mohon.. Ya Allah..'

Dia memaut kekisi bangku yang ada di tepi ruang kecemasan. Dia terduduk di situ. Serentak dengan itu semua mata yang berkumpul di kalangan rakan-rakannya memerhati ke arahnya.

Adam! Mata itu merenung dengan tajam dan lama ke lantai wajah Reen dan Adam akhirnya melangkah mendapatkan Reen.

"Reen. Sabar banyak-banyak, okey. Istighfar. Keep strong.. Aku ada.." Adam berbisik cuba memujuk Reen.

"Am—meer kat mana Adam? Aku nak jumpa dia. Dia okey kan?" Air mata kembali meleleh. Menatap sayu wajah Adam berharap ada khabar yang menyenangkan dari Adam.

"Reen.. Ameer dah tak ada.." Kelihatan Adam cuba mengawal nafasnya yang sudah bergetar. Air matanya turut bergenang.

"Allahhh... Ameerr... Isk.. Iskk.." Reen mula teresak menangis. Dia melorot terduduk di tepi kerusi. Bahunya terhenjut-henjut memecahkan tangisnya. Ayu di sebelah segera memeluk temannya itu.

"Mate.. Sabar mate.. Jangan macam ni mate." Ayu berusaha memujuk Reen. Reen terus-terusan teresak-esak menangis. Rakan-rakan lain mula mengerumuni Reen.

"Jom.. Kita pergi tengok Ameer." Ajak Adam lembut.

"Tak nak.. " Reen menjawab dalam keadaan sedu.

"Mm—macam mana.. Ammer accident?" Reen tergagap bertanya pada Adam. Dia gagal menghabiskan ayatnya dengan lengkap.

"Ameer bawak motor Zul, dan Zul kat belakang. Dia tak masuk lorong motor. Lapan ratus meter sebelum sampai court futsal, ada lori ais rosak tepi jalan. Tak letak kon. Ameer langgar lori tu.. Ameer meninggal kat situ. Zul kritikal sekarang." Terdengar Reen meraung kuat sambil mengetap bibirnya. Gagal ditahan kesedihannya.

Sayang, You're Mine ✔️Where stories live. Discover now