Reen menapak malas ke meja yang menempatkan mama dan juga adiknya. Dari jauh dia sudah nampak mamanya melambai-lambai ke arahnya. Di hadapan mamanya ada boyfriend kesayangannya. Hanya tersenyum manis kepadanya.
"Reen sihat?" Soal mamanya sebaik sahaja dia melabuhkan punggung.
"Hmm.." Hanya itu sahaja yang terbit dari mulut Reen. Ameer memandang Reen dengan pandangan yang penuh dengan keterkejutan. Seketika kemudian, wajahnya tegang tanda dia tidak berpuas hati terhadap layanan Reen terhadap Datin Siti Aisyah
"Kak, Esok dah start minggu orientasi ke?" Soal Edriel kepada Reen.
"Entah. Mana aku tahu!" Jawabnya dingin.
"Mama. Sempat lagi mama nak ubah keputusan. Orang tak suka lah dia kat sini."
"Reen. Tak baik kau cakap macam ni. Edriel ni adik kau." Ucap Adam cuba menenangkan keadaan.
"Aku dah cakap banyak kali, aku tak nak dekat dengan dia. Korang bukan tahu pun apa masalah dalam keluarga aku." Reen masih dalam nada kesal.
"Apa pun masalah yang ada, bukan macam ni cara kau nak seleaikannya. Kau nafikan macam mana pun, dia tetap adik kau. Mereka tetap family kau." Adam masih dalam sabar menasihati rakannya itu. Datin Seri Aisyah kelihatan termalu melihat anaknya bersikap demikian di hadapan orang lain.
"Mama faham, Reen terlalu marah dengan mama dan papa. Mama minta maaf."
"Maaf mama tu tak boleh betulkan semula semua rasa yang orang pernah lalui dulu. Semua orang tak kan faham, macam mana Reen struggle hidup sendiri tak ada orang yang peduli. The way you threw me away was so painful, mama."
"Reen..." Datin Siti Aisyah kelihatan sudah berlinang air mata. Dia tahu, banyak salah dia pada anak perempuannya itu. Apa pun yang dia lakukan, tetap tak akan mampu mengubah masa lalu yang telah mencoretkan kisah sedih hidup Reen. Kini, dia betul-betul menyesal. "Mama tak pernah buang Reen."
"Reen daftar masuk sini seorang diri mama! Can you imagine that? How can you, biarkan anak perempuan mama ni naik flight seorang, heret lugage, bawak dokumen sendiri, naik cab, datang sini daftarkan diri untuk sambung belajar sedangkan semua student, parents dia orang datang hantar, siap dengan makanan berplastik, baldi, gayung, hanger dengan semua barang keperluan yang lain lengkap. Dan Reen? Hanya beg pakaian! Mama, that time I was only seventeen. And tempat ni Reen pun tak pernah datang! Then, look at Edriel? Mama drive dari KL, and I believe mama siap tolong kemas pakaian dia kat hostel!" Reen menghamburkan segala rasa ketidak puasan hatinya. "Mama and papa tak adil dalam membesarkan Reen. That's what I feel. After that mama cakap mama tak pernah buang Reen? Then, what should I call for such an action like that? A concern? An appreciation? Or a priority? No, itu jauh sama sekali. Reen tak pernah rasa itu semua dari papa dan mama. So that, it's okey. Let me treat and heal my self. don't torture me anymore. Just because I looks like I'm strong enough, so I should get this pain more and more? It's not fair, mama." Air matanya dikesat dengan belakang tangan. Sudah tidak peduli pada Ameer dan Adam yang sedang menyaksikan sisi terendah dan terlemah Reen yang sedang luluh dihentam nestapa.
Datin Siti Aisyah diam tidak dapat menjawab segala luahan yang dibentangkan luas di hadapannya. Edriel juga kelu membeku tidak langsung merespon.
"Hey... please, don't cry. You have me, remembered? All of me." Ameer cuba untuk menenangkannya. Tangan Ameer menggosok perlahan belakang tubuh Reen. Reen sedaya upaya cuba untuk menahan tangis.
"Aku penat Ameer. Tolonglah faham."
"Okey-okey. Keep calm and don't stress." Ameer masih cuba memujuk.
"Mama, i'm sorry if i'm hurting you. But, this is the truth that I can't hide anymore. I'm so sorry." Reen menunduk menyembunyikan wajahnya yang basah dengan air mata. Adam yang sedari tadi hanya diam memandang tepat ke arah Reen hanya membuang pandang ke sisi sambil rahang diketapkan. Reen bangun dan terus pergi meninggalkan mereka.
YOU ARE READING
Sayang, You're Mine ✔️
RandomPersahabatan yang dibina sudah hampir 6 tahun. Aedrina, Ameer, Adam. Mereka akan bertiga walau kemana saja mereka pergi. Aedreena Darleesa. Percintaannya dengan Ameer Syafiq tidak kesampaian apabila lelaki itu pergi meninggalkannya. Sikap kasarnya m...