BAB 1 -- KISAH

17.3K 276 9
                                    

"Makan cepat lah. Nanti tak sempat nak tengok barang kau." Marah Ameer.

"Kejap lah. Kau ingat aku robot, makan telan, makan telan."

"Robot boleh makan ke?" Ameer sengih menayang gigi putihnya. Reen menjeling geram.

"Sini korang rupanya." Jejaka tegap di hadapan mereka melabuhkan punggung slumber. Melabuhkan pandangan pada wajah Reen yang sedang memandangnya.

"Kau dari mana?" Tanya Ameer.

"Dating." Jawab jejaka tersebut. Dia mempamerkan senyuman manis di wajahnya. Senyum yang langsung tiada terselit rasa bersalah. Malah mungkin rasa bangga yang menggebu di hatinya kini. Sudah bertahun-tahun lamanya, dan beginilah sikap jejaka itu bila menyangkut hal berkaitan perhubungan antara lelaki dan perempuan.

Adam. Syed Adam Bin Syed Badlishah.

Mereka berkawan sejak di bangku sekolah lagi. Persahabatan yang sungguh setia dan akrab hingga membawa ke alam menara gading. Tidak penah lekang bersama. Ke mana pergi selalunya bersama-sama. Aedrina Darleesa satu kelas dengan Syed Adam. Manakala Ameer Syafiq belajar kelas berlainan. Tapi mereka masih di Institusi yang sama.

"Tu aje lah kerja kau." Reen mengelap mulutnya dengan tisu sambil menolak pinggan menjauh darinya. Matanya menuntas pada Adam yang turut sama merenungnya.

"Habis, takkan korang jer boleh couple. Aku ni nak kena alone forever?" Soal Adam sekadar mengusik perempuan di hadapannya. Dia kenal benar dengan gadis ini. Pantang diusik, pasti akan meradang. Adam seperti dapat menjangkakan reaksi gadis di hadapannya kini. Dia melorekkan senyum puas dengan riak muka yang bersahaja.

"Tak suruh alone. Suruh setia saja. Ni tiap-tiap minggu berlainan orang!" Reen masih membalas pedas. Menyisip air dari gelas Ameer tanpa rasa bersalah. Mukanya berubah dingin. Sedingin ais batu yang berada di dalam gelas teh ais milik Ameer.

"Dah belum jumpa, kena lah pilih."

"Nak yang macam mana lagi sampai tak jumpa-jumpa? Kau tu demand sangat." Reen mencalit sedikit lipgloss yang semakin pudar akibat makan tadi sambil menelek mukanya dengan cermin compact powder. Ameer melepaskan ketawa melihat dua manusia ini yang asyik bertekak sahaja bila berjumpa. Ada saja yang tak kena dan dibahaskan.

"Nak yang macam ni." Adam menyuakan cermin yang masih berada di tangan Reen. Menyuluh betul-betul tepat di mukanya. Reen terkejut tindakan spontan Adam hingga dia menjadi tak keruan. Dengan pantas dia menutup cermin tersebut.

"Takda dah muka comel macam aku kat dunia ni tau! Aku sorang aje. So, better kau ubah taste kau!" Reen segera bangun sambil menjeling Adam. Adam ketawa mengekek melihat Reen yang sedang membanggakan diri dangn penuh keyakinan.

"Comel la sangat!" Kutuk Adam.

"Comel kan yang?" Tanya Reen dengan gedik kepada Ameer. Ameer
yang berada di sebelahnya tersengih meleret sambil menggeleng-gelengkan kepalanya lalu bangun meraih tangan Reen.

"Comel! Macam kuih pau." Serentak itu Ameer dan Adam ketawa. Reen yang hendak mencubit Ameer terhenti apabila kedua-dua tangannya digenggam kejap oleh Ameer. Mulutnya terus dimuncungkan tanda protes dengan komen dari Ameer.

"Kau jangan ngengada nak ikut." Reen memberi amaran kepada Adam sambil menjelirkan lidahnya.

Adam melorekkan senyum lagi. "Bro, petang ni bola kat astaka ey. Jangan dok buat terlajak dating pulak." Adam mengingatkan Ameer.

"Cun." Balas Ameer sebelum beredar.

Sampai di hadapan watson, Reen mengambil bakul dan melangkah panjang masuk ke kedai itu. Dia ke bahagian pharmacies mencari vitamin untuk kulitnya.

Sayang, You're Mine ✔️Where stories live. Discover now