BAB 4 -- Hati

4.1K 182 1
                                    

Reen membuka kotak baldu berwarna biru milikya. Pelbagai cenderahati yang diberi oleh Ameer disimpan di dalam kotak itu. Dikunci rapat. Tiada siapa pun boleh buka. Dia membelek nota kecil. Tersenyum dia sendirian.

Sesungguhnya Ameer adalah pinjaman dari Allah yang sangat baik dan bernilai buat dirinya. Ameer yang sangat bersabar. Ameer yang sangat sweet. Tapi ada tegasnya. Dari dulu jika ada perselisihan faham, Ameer yang akan mengalah dulu. Tapi sikap Ameer yang suka mengalah itu tak pernah menampakkan yang dia kalah. Jika ada yang tidak dipersetujui, Ameer akan membantah keras.

Hairannya, dia boleh menerima bantahan dan teguran dari Ameer, tapi tidak dari orang lain. Termasuk Papa dan Mamanya. Pada awalnya, dia menjalinkan hubungan cinta dengan Ameer sekadar ingin membalas dendam. Ini kerana, Ameer selalu membulinya sewaktu dia baru berpindah ke sekolah itu. Rancangannya, dia hanya ingin menjalinkan hubungan dengan Ameer sekejap sahaja dan dia akan putuskan Ameer dengan cara yang paling kejam. So, dendamnya terbalas. Namun, sangkaannya meleset seratus peratus. Ameer berubah 360 darjah hingga akhirnya dia turut jatuh cinta dengan Ameer. Cinta yang tak pernah surut. Cinya yang sangat tulus dan dia tidak pernah menjumpainya.

Reen membaca pula surat-surat cinta dari Ameer. Dia ketawa lucu membaca ayat cinta kanak-kanak dari  Ameer masa mula-mula ingin mengoratnya dulu. Sangat childish. Ameer yang tak ada sikap putus asa itu mengutuskan lima pucuk surat untuknya dalam sehari. Dan isi surat itu hanya pendek sahaja. Kebanyakkan adalah pantun yang tak ada kena mengena dengan hubungan cinta. Reen ketawa lagi. Ada juga ayat merayu supaya Reen menerimanya.

Aku tak perlu makanan manis untuk mengenyangkanku
Aku tak perlu lagu indah untuk menenangkanku
Aku tak perlu pohon rendang yang indah untuk diabadikan bersamaku
Aku tak perlu banyak orang untuk menemaniku
Aku tak perlu suaraku untuk mengeluarkan semua yang mengganjal di hati ini
Kerana kamu hadir di sisi Setia menemaniku

Reen kemudian memegang kertas yang berlipat. Sedikit berkerunyuk. Dibuka kertas itu perlahan-lahan. Tertera chord gitar pemberian Ameer semasa mereka berada di tingkatan empat. Namun, lagu itu tergantung dan tidak ada penyudahnya. Reen masih belum dapat menyelesaikan chord gitar tersebut. Ameer pula tak pernah memainkan lagu itu padanya. Reen pernah memetik gitar menggunakan chord itu. Lagunya sungguh merdu lagu itu.

Sesuatu yang sangat sentimental. Setiap kali melihat semua barang permberian dari Ameer, hatinya disapa dengan rasa hangat yang membahagiakan. Senyumnya mekar dan pipinya berona mengingati sisi Ameer yang romantik.

Telefon di sisinya berdering dan bergetar. Reen menoleh seketika melihat nama si pemanggil. Tertera nama lecturer 'Encik Zainal.'

"Hello? Assalamualaikum, encik." Sapa Reen.

"Waalaikumsalam, Aedrina. Minggu depan YB datang nak rasmi pondok bahasa dekat block A. Awak kena ketuai pertunjukkan kawad kaki, ya."

"Baik, Encik. Nanti saya beritahu team."

"Okey. Make sure pergerakan cantik dan kemas. Start training awal, ya."

"InshaAllah, Baik, encik." Reen mematikan talian.

***

Pagi itu Reen terlewat bangun. Matanya sedikit sembab akibat menangis terlalu lama selepas bergaduh dengan Adam.

'Siapa kata aku tak ada perasaan. Aku masih ada perasaan sensitif tau.'

Ayu roomatenya awal-awal sudah keluar pergi ke kelas. Kesian Ayu, hampir 120 kali ayu mengejutnya pagi tadi. Okey, tipu je. 6 kali rasanya. Tapi Reen bermalasan liat untuk bangun dari tidurnya.

Sayang, You're Mine ✔️Where stories live. Discover now