; MRS KIM : EVIL WIFE
Dia bukanlah perempuan yang baik-baik.
Jauh sama sekali kata sempurna.
Dia gadis liar.
Hidupnya sebati dengan Keseronokkan.
Layakkah gadis seliarnya mencintai dan dicintai lelaki yang sempurna?
Layakkah dia menjadi seorang iste...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
EVIL WIFE
" She is evil but she is my wife "
⭐ ⭐ ⭐
TUBUHNYA yang lengkap berpakaian dipandang dan dibelek melalui cermin. Dress biru gelap menjadi pilihan dan dipadankan pula dengan sepasang subang serta seutas rantai berwarna senada.
Puas dengan padanan yang dipakai, punggungnya dilabuhkan di atas kerusi berhadapan meja solek. Rambutnya yang panjang beralun dibetulkan dan dibentuk beberapa kali.
Memang itu tampilan gaya Min Ra. Dia mahu sentiasa kelihatan bergaya dan elegant sesuai dengan cita rasanya.
Foundation ditempek sedikit pada wajahnya untuk menutupi bahagian wajahnya yang putih pucat. Walaupun begitu, Min Ra masih mengekalkan keaslian cantik wajahnya.
Untuk tacapan terakhirnya, Min Ra meratakan lip gloss serta membentukkan ekor kecil pada bahagian matanya dengan eye liner. Dia tidak perlu melukis atau membentuk kening kerana keningnya itu sememangnya asli terbentuk indah tanpa dicukur. Siap begitu, dia bangkit melihat penampilannya buat kali terakhir sebelum tubuhnya diatur keluar dari bilik.
Beg tangan berjenama Gucci dicapai lalu telefonnya yang berada di dalam diambil. Jam ditilik menunjukkan angka sepuluh tepat. Sesuai janji Taehyung, Min Ra sudah pun bersiap namun kelibat lelaki itu langsung tidak kelihatan. Hal itu membuatkan Min Ra panas hati.
"Semalam bukan main pukul sepuluh sampai. Sekarang aku dah siap, dia pula yang tak muncul-muncul." gerutu Min Ra sendirian.
Makcik Lee yang baru siap menyelesaikan tugasan di dobi memandang hairan Min Ra yang berpakaian lengkap membelakanginya. Wanita itu pantas mendapatkan Min Ra lalu bahu gadis itu ditepuk perlahan.
Seperti biasa, reaksi Min Ra pasti terkejut apabila disergah begitu. Namun dia masih dapat mengawal suaranya daripada menjerit.
"Makcik buat Min Ra terkejut tahu! Nasib tak dapat penyakit jantung." Min Ra bersuara agak tinggi tetapi tidaklah menengking.
Dia masih menghormati wanita tua dihadapannya. Kasihnya pada wanita itu setanding kasih pada ibu. Mustahil untuk dia memarahi makcik Lee yang sudah dianggap seperti ibu sendiri.
Makcik Lee tersenyum kecil melihat wajah cemberut Min Ra. Gadis itu sangat manja dengannya. Cuma yang memilukan hatinya adalah tabiat Min Ra yang sukakan kebebasan dan berbuat sesuatu mengikut kehendaknya.
Soalan yang lupa hendak ditanya tiba-tiba bertandang kembali. Pantas ditanyakan soalan itu.
"Mahu ke mana Min? Pagi-pagi lagi dah pakai baju cantik-cantik macam ni?" soal makcik Lee kehairanan. Mungkin Min Ra sering keluar rumah tetapi jarang gadis itu mahu keluar seawal pagi itu.