MKEV 07

1K 92 67
                                    

EVIL WIFE

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

EVIL WIFE

" She is evil but she is my wife "

⭐ ⭐ ⭐

MIN RA memasuki sebuah pub. Suasana pub yang bising dan mata-mata yang memerhatikannya tidak dia hiraukan. Dia sudah terbiasa. Pub dan kelab bagaikan rumah kedua buatnya kerana hampir setiap hari dia mengunjungi tempat itu.

Langkahnya laju diatur menuju ke meja yang terdapat beberapa perempuan dan lelaki yang sedang meminum-minum. Min Ra tersenyum kecil apabila dia mendapati satu susuk tubuh yang amat dia kenali.

"Mel!" jerit Min Ra apabila suaranya tenggelam dengan muzik yang dipasang kuat di dalam pub itu. Perlahan-lahan Min Ra merapati gadis itu.

Gadis bernama Mel itu berpaling. Wajahnya kelihatan terkejut dengan kehadiran Min Ra tetapi tidak lama senyuman lebar terukir dibibirnya.

"Oh my god! Min Ra!" jerit Mel terkejut. Mel terus bangkit dan memeluk tubuh ramping Min Ra.

"I miss you so much, babe! " pipi Min Ra dilaga.

Mel atau nama penuh pemberian ibubapanya, Melissa Ixora. Gadis berdarah kacukan melayu-inggeris itu menarik dan membawa Min Ra duduk. Segelas bir dipesan dan dihulur kepada Min Ra.

Min Ra hanya diam memandang Mel kemudian dia memandang pula gelas berisi bir pemberian gadis itu. Mel mengerutkan keningnya apabila Min Ra hanya merenung kosong gelas bir yang dihulurnya.

"Hey, babe! Whats wrong? Kenapa kau tak minum?" soal Mel pelik. Keningnya diangkat beberapa kali. Selalunya bila dia menghulur bir, Min Ra lah yang paling rakus meneguk sehingga habis dan terus menambah lagi.

Min Ra menggeleng. Dia menghela nafas sebelum menyambut huluran Mel. Tanpa berfikir dua kali, bir itu terus Min Ra teguk sehingga habis. Gelas kembali diletakkan di atas meja dan Min Ra terus memesan lagi segelas bir baru.

Mel tersenyum kecil sebelum menggelengkan kepalanya.

"Kau ni dah kenapa, Min? Muka masam je dari kau datang tadi. Pengantin baru mestilah kena happy-happy. Kau ni langsung tak ada seri pengantin baru." Mel mencuit bahu Min Ra apabila dia melihat gadis itu bermain dengan gelas kaca kosong.

Min Ra mengangkat bahunya.

"Cuba kau bagitahu aku, macam mana aku nak happy kalau aku kahwin dengan lelaki yang tak sampai sebulan pun aku kenal? Aku tak naklah kahwin dengan Taehyung tu. Aku muda lagi dan aku masih nak enjoy! " Min Ra meluah geram. Semua yang terbuku dihati rasanya mahu sahaja diluahkan dihadapan Mel.

Mel menepuk lembut bahu Min Ra. Dia tahu kawannya itu bukanlah jenis yang suka dipaksa apatah lagi dengan benda yang paling tidak disukainya. Berontak habislah gadis tu.

Love EgoistWhere stories live. Discover now