EVIL WIFE
" She is evil but she is my wife "
⭐⭐⭐
MATAHARI pagi sudah pun terpacak di dada langit namun Min Ra masih lagi diulit mimpi. Min Ra yang lena itu terjaga apabila jam locengnya berdering kuat.
Min Ra bangkit perlahan-lahan daripada baringannya untuk menutup jam loceng itu lalu tubuhnya direbahkan semula di atas katil. Matanya pula memandang siling biliknya yang berwarna krim. Bunyi 'tiktok' jam berdetik menjadi peneman.
Sudah seminggu dia begitu sejak pertemuannya dengan bakal suami tidak relanya. Tidur, makan, mandi dan tidur semula itu menjadi rutinnya buat masa sekarang. Pemalas? Dia peduli apa yang penting hidupnya bahagia.
Min Ra menyelimuti seluruh tubuh dan wajahnya apabila cahaya matahari pagi memancar tepat ke arahnya. Tubuhnya digerakkan ke kanan dan kiri, mencari posisi selesa. Niat Min Ra mahu meyambung tidur. Baru sahaja matanya hendak dipejam, satu ketukan membatalkan niatnya.
"Erm..masuklah, makcik. Pintu Min tak kunci pun." laung Min Ra yang seperti sudah tahu punca ketukan pintu itu daripada siapa.
Di rumah, hanya ada dia dan makcik Lee sahaja memandangkan daddynya masih dalam waktu kerja.
"Makcik masuk ya, Min?" samar-samar kedengaran suara makcik Lee dibalik pintu. Min Ra menganggukkan kepalanya walaupun makcik Lee tidak dapat melihatnya.
Kedengaran tombol pintu dipulas dan dibuka. Tersembul wajah tua makcik Lee yang membawa sedulang makanan. Dulang yang berisikan roti bakar dan air teh panas itu dibawa dan diletakkan di atas meja.
"Min bangun sarapan, sayang." belakang tubuh Min Ra di tepuk perlahan membuatkan gadis itu merenggangkan otot-otot tubuhnya.
"Hurm..kejap lagi Min makan. Min nak sambung tidur lima minit ni." kata Min Ra lalu selimut yang terlorot ke bawah ditariknya semula.
Makcik Lee menggeleng melihat sikap Min Ra. Sudah seminggu dia membawa sarapan, makanan tengahari dan minum petang ke bilik Min Ra yang hanya berkurung itu. Sekolah pun Min Ra tidak peduli.
Makan malam pula kalau Min Ra lapar sahaja dia akan turun ke dapur pada waktu malam, mencuri makanan di dalam peti ais.
"Okay, tapi Min kena makan tau. Kalau sakit kan susah, Min juga yang merasa susahnya. Haa, lagi satu kesian bakal suami kamu kalau kamu sakit nanti. Susah hati dia." haa, tu dia ahjumma Lee apabila berkata-kata. Semua ayat mahu tak dikeluarkannya.
YOU ARE READING
Love Egoist
Fanfiction; MRS KIM : EVIL WIFE Dia bukanlah perempuan yang baik-baik. Jauh sama sekali kata sempurna. Dia gadis liar. Hidupnya sebati dengan Keseronokkan. Layakkah gadis seliarnya mencintai dan dicintai lelaki yang sempurna? Layakkah dia menjadi seorang iste...